Tuesday, November 1, 2011

JANGAN TIDO BEB !!!!

UNTUK makluman Ketua-Ketua Kampung dalam Dun Gemencheh termasuk mukim Gemencheh dimana Tok Nal menjadi Penghulu Mukimnya , terdapat sertamai 14,536 pengundi berdaftar dalam senarai SPR sekarang ini .

Dari jumlah itu 8,834 orang adalah pengundi Melayu , 3,454 orang pengundi Cina dan 2,221 pengundi India manakala bakinya adalah lain-lain bangsa termasuk orang asli dan etnik Sabah dan Serawak .

Apa yang Tok Nal mahukan ialah gunakan  maklumat ini untuk kepentingan ketua-ketua kampung ditempat masing-masing , kenalpasti bilangan pengundi berdaftar yang ada di kampung mereka dan pastikan tempat tinggal dan hala tuju undian mereka .

Ini penting kerana undi mereka lah yang akan menentukan arah tuju kawasan Gemencheh pada masa hadapan .

Ada pun maklumat ini di perolihi melalui Adun Gemencheh Dato Mohd Kamil A Aziz dalam mesyuarat pengerusi-pengerusi JKKK dun Gemencheh petang semalam .

Jangan jadikan maklumat diatas sebagai penyedap mata memandang aje kerana statistik itu tidak memberi apa-apa makna jika ianya tidak dipahami , dihuraikan dan diambil maklumbalas yang sesuai diperingkat kampung masing-masing .

Pola pengundian hari ini sudah jauh berbeda , jangan jadikan perbedaan itu sebagai halangan sebaliknya jadikan ianya sebagai cabaran yang perlu ditempuhi dan dicari jalan mengatasinya .

Tidak salah kalau ketua kampung mengutamakan pembangunan fizikal dikawasan masing-masing tetapi mengabaikan sikap dan tingkah laku pengundi dikawasan kampung masing-masing adalah satu kerugian yang besar .

Mulakan dari sekarang , jangan lengah lagi , masih ada masa untuk memperbaiki jika perlu perubahan , Tok Nal doakan kesejahteraan semuanya .

Tuesday, October 18, 2011

KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KAMPUNG

INI bukan kursus yang pertama kepada ketua-ketua kampung Tampin kerana sebahagian daripadanya telah mengikuti kursus yang sama di Institut Kemajuan Desa atau Infra beberapa tahun yang lalu .


Masa tu Tok Nal yang menjadi pegawai pengiringnya tetapi kursus di MITC kali ini dilaksanakan oleh Infra bersama-sama dengan ketua kampung dari daerah Kuala Pilah .


Mana-mana yang baru dan belum cukup ilmu didada , eloklah ambil perhatian kepada isi kandungan kursus ini kerana ianya boleh membantu mereka menunaikan tanggungjawab sebagai ketua kampung .


Jangan nanti bila berlaku kesilapan atau kecuaian menyalahkan pihak lain dan memberikan alasan tidak tahu kerana kursus telah diadakan , belanja telah dikeluar dan terpulanglah kepada ketua kampung untuk memanfaatkan ilmu yang di perolihi .


Jangan ada yang ponteng kelas atau tidak membuat apa yang diminta saperti menyediakan profail kampung , menyediakan minit mesyuarat mengikut format yang disediakan dan juga merancang projek yang memberikam impak yang besar kepada kampung mereka , bukan kepada mereka atau kaum keluarga mereka sahaja .


Ada dua atau tiga ketua kampung yang Tok Nal periksa senarai agak culas , buat banyak alasan untuk tidak hadir atau menghantar wakil .


Jika tak mahu menunaikan tanggungjawab eloklah difikirkan masak-masak tanggungjawab yang diamanah kepada mereka jangan jadikan amanah itu sebagai penghalang untuk mereka menerima anugerah Allah di surga nanti .


Tok Nal harap salepas ini akan ada perubahan kepada kepimpinan ketua kampung dan tidak lah lagi ada ketua kampung yang hanya tahu menyalahkan orang dan malas nak buat kerja walaupun rajin dan sering marah-marah bila elaun lambat .


Tugas dan tanggungjawab ketua kampung sama pentingnya dengan tugas dan tanggungjawab pemimpin akar umbi yang lain dan satul agi Tok Nal nak ingatkan , pandai-pandailah jaga lopak sendiri , jangan cuba cerobohi lopak orang lain atas alasan ketua kampung .


Ketua kampung bukan lesen untuk berbuat begitu .

Tuesday, October 11, 2011

MALU BETOI......

Malu Tok Nal bila berkunjung ke salah satu JKKK untuk dibuat penilaian Anugerah Desa Cemerlang 2011 kerana maklumat yang dibentangkan bukannya kemajuan JKKK itu sebaliknya satu serangan kepada organisasi yang lain , kata mudahnya  menyalahkan pihak lain atas kegagalan sendiri .


Sudah lah yang hadir cuma pengerusi dan setiausaha JKKK , tambah dua lagi makcik yang entah dari mana , pulak tu datang lambat , semua panel hakim dah tiba tetapi balairaya masih berkunci , masih boleh diterima oleh panel hakim tetapi apabila serangan dimulakan kepada badan yang lain atas alasan nak bercakap terus terang , maka jadi lah majlis itu tempat meluahkan rasa geram .


Tok Nal rasa nak geram pun ada , rasa nak marah pun ada tapi yang paling banyak ialah rasa geli hati sebab terfikir , layak ke mereka ini menjadi pemimpin dikampung mereka kalau kepimpinan mereka tidak diterima orang ramai .


Mereka mengakui bahawa sambutan kepada majlis yang JKKK anjurkan tidak memberansangkan , bayangkanlah perjumpaan dengan ketua-ketua jabatan daerah cuma 15 orang penduduk yang datang dan majlis bersama aadk pulak sekitar 15 orang , sementara  barisan JKKK sekerat dua aje yang hadir , itu tandanya ada yang tidak betul pada kepimpinan JKKK disitu .


Tok Nal tak nak menamakan JKKK itu , buat malu aje dan lagi pun menepuk air didulang , terpercik kemuka sendiri , tapi sebagai Penghulu Mukim , Tok Nal rasa , lain kali kalau nak buat perlantikan pengerusi JKKK tu , minta-minta lah pandangan Penghulu .


Kok itu pilihan yang salah , kita betulkan sama-sama ini tidak lansung tak diajak berunding , pasal itu lah jadi teruk , macam mesyuarat budak tadika .


Tok Nal nak katakan , tidak sehebat mana menjadi Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK kalau kepimpinan kita tidak diterima orang , syok sendiri aje , suka sama kumpulan sendiri , sendiri buat majlis , sendiri berucap , sendiri bertepuk dan sendiri makan .


Pada JKKK yang lain , Tok Nal harap ambiklah iktibar dari kejadian itu , jangan berulang ditempat sendiri , berkokok dalam gelanggang sendiri pun tak ada yang sahut , maknanya , kepimpinan itu tak berkualiti lah , tukar dengan yang lain .


Balik dari menunakan haji nanti Tok Nal harap Tok Din dapat betulkan anak buahnya yang syok sendiri buat kerja tapi lansung tak dipedulikan orang , apa lagi dihargai orang ramai , tetapi pandai pula cari helah untuk menutup kelemahan sendiri .


Pengerusi JKKK dan setiausahanya pun macam tak ngam , apa lagi dengan orang ramai .




Kalau nak tahu juga , boleh call Tok Nal

Friday, September 30, 2011

BALASUNGKAWA - PENGHULU TAUFIK ABDULLAH

DALAM  sebulan dua ini , sudah dua rakan sekerja Tok Nal yang meninggal dunia .

Bulan lalu Penghulu Ridwan Jaafar dan sekarang Penghulu Taufik Abdullah .

Kedua-duanya rakan yang Tok Nal kenal sejak 16 Oktober 1996 dan kemudian bekerja bersama-sama di Pejabat Daerah Kuala Pilah .

Banyak yang berkata , Tok Nal dan Penghulu Taufik sering berlaga pawang , sebenarnya tidak , adat orang berkawan , ada pasang surutnya .

Begitu lah , Tok Nal maaf kan semuanya .

Tok Nal doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh .

Amin .....

Tuesday, September 20, 2011

TAHNIAH TOK DIN

TOK Nal ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Tok Din Ketua Kampung Tenai Air Gelugor kerana menerima anugerah berganda sempena syawal ini .

Pertama , pada 1 oktober ini , Tok Din akan menerima menantu , kalau tak silap menantu kedua , moga berbahagia dan kekal sepanjang hayat .

Kedua , Tok Din salah saorang yang terpilih menunaikan fardu haji ke Makkah al mukaramah tahun ini dan yang paling syahdu sekali , pemergian Tok Din taja oleh IMD , siap dengan duit poket sekali .

Tahniah lah Tok Din , siapa sangka makin tua makin menjadi , makin bertuah badan .

Moga-moga Tok-Tok Ketua yang lain juga dapat menerima anugerah saperti yang Tok Din perolihi .

Lagi satu , sekarang ini jawatan no wahid dalam persatuan ketua kampung Negeri Sembilan dah kosong , Tok Din tak ingin ke nak naik pangkat ?

Thursday, September 8, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU

BEBERAPA bulan yang lalu , beberapa rakan kita termasuk Tok Mantai dan Tok Hamzah mendapat orang baru sebagai pasangan hidup mereka .

Hebat pemimpin kita ini , dah beruban pun masih bergayo lai dan masih umph..

Tak terlambat lagi rasanya Tok Nal nak mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan kita ni dan semoga kasih sayang yang dibina akan berpanjangan dan kekal sepanjang hayat .

Biarlah panas hingga ke petang , jangan hujan ditengah hari tapi kalau musim tu musim pojo , elok juga kerana lagi sojok , lai lah gomar duduk dokek-dokek .

Yang lain tu , sabar aje lah , jangan cuba-cuba nak pasang angan-angan kerana dari angan-angan akan jadi cita-cita dan dari cita-cita adalah punca bergeloranya perasaan untuk mencapai kejayaan .

Tok Anjang pun jangan cuba-cubo yo , kok ada yang rosah nanti ...

Gurau yo ...




Wednesday, September 7, 2011

17 SEPTEMBER,RUMAH TERBUKA PEGAWAI DAERAH TAMPIN

JANGAN lupa , 17 September ini , hari sabtu , kita bersama-sama ke kediaman rasmi Pegawai Daerah Tampin Tuan Haji Razali Bakar untuk sama-sama meraikan jamuan hari raya aidilfitri dan rumah terbuka Pegawai Daerah dan Yang Di Pertua Majlis Daerah Tampin .

Majlis akan bermula jam 2.00 petang sahingga jam 5.00 petang .

Jemputlah hadir , banyak juadah yang disediakan untuk semua tetamu , jangan lambat , cendol Pilah pun ada , makan lah puas-puas .

Datang , jangan tak datang terutamanya kepada penduduk Kampung Pasir Ambor , Juasseh Tengah , Kuala Pilah kerana Pegawai Daerah ini berasal dari kampung itu .

Selain meraikan sambutan hari raya , dapat berkenalan dengan orang kampung , Tok Nal bangga juga kerana ada juga orang Kuala Pilah yang menjadi DO di Tampin ini .

Kepada Tok Dubai , bawak lah sanak saudara ramai-ramai ya , meriahkan majlis di rumah DO tu .

Insya-Allah , Tok Nal akan hadir sama .

Monday, September 5, 2011

PERKHIDMATAN PERCUMA !!!

KEPADA rakan , sahabat taulan , anak buah dan penjengah blog ini , jika ada maklumat yang hendak dikongsi bersama dengan Tok Nal dan mereka yang lain , sila hubungi Tok Nal .

Boleh Tok Nal muatkan dalam blog ini .

Jamuan hari raya contohnya , percuma , u have pay no money .

Pada 10 September ini , mari kita bersama-sama ke Majlis Sambutan Hari Raya Ahli Parlimen Tampin Dato Haji Shaziman Haji Abu Mansor mulai jam 2.30 petang .

Beramai-ramai kita kesana , sambil menikmati jamuan raya kita memberikan sokongan kepada Tok Man .

Kemudian 19 September pulak ke Felda Bukit Rokan Utara , jamuan hari raya peringkat Dun Gemencheh , jangan lupa pulak tarikh tu  Dato Kamil menunggu kita disana .

Tapi ya lah , dah ramai yang buat jamuan hari raya , kita yang makan ini pun jadi resah kerana penyakit darah tinggi , jantung dan kencing manis mula nak attack kembali .

Makan berpada-pada lah ya .

Saturday, August 27, 2011

19 SEPT. JAMUAN HARI RAYA ADILFITRI DUN GEMENCHEH

PADA 19 September nanti , majlis sambutan hari raya aidul fitri peringkat Dun Gemencheh akan diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Rokan Utara mulai jam 2.00 petang .

Oang ramai terutamanya penduduk dari FBRU sendiri dan yang tinggal berhampiran dijemput datang untuk memeriahkan majlis sambutan hari raya itu .

Selain menikmati hidangan yang disediakan , artis jemputan saperti Ahmad Jais turut diundang sama untuk memeriahkan lagi majlis .

Adun Gemencheh Dato Mohd Kamil A Aziz berkata seramai kira-kira 2,000 tetamu dijangka akan menghadiri majalis sambutan hari raya peringkat dun itu dan inilah kali pertama beliau membuat jamuan hari raya di luar dari pekan Gemencheh .

" Kedudukan FBRU yang strategik dan mempunyai penduduk yang ramai serta mereka adalah penyokong kuat kerajaan , tidak salah kalau kali ini majlis sambutan hari raya peringkat dun diadakan dikawasan felda khususnya di FBRU .

" Semua yang berkesempatan dijemput hadir dan kehadiran orang ramai amat dialu-alukan ," katanya .

Tok Nal juga nak mengucapkan Selamat Hari Raya , maaf dhahir dan bathin  jika ada salah silap harap dimaafkan dan rumah Tok Nal di Kuala Pilah terbuka sepanjang masa , jemput lah datang .

Thursday, August 25, 2011

GENG KPPCNS , TENGOK MANO YANG KOSONG .....

Kali ini Tok Nal nak dedahkan sikit maklumat kepada Kesatuan Penghulu / Penggawa Cawangan Negeri Sembilan (KPPCNS) berhubung maklumat perjawatan yang wujud dan masih kosong serta yang sedang berisi bagi jawatan Penghulu di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan .

Maklumat ini Tok Nal buat sendiri berdasarkan pemikiran brutal Tok Nal , kalau silap maafkan lah , tapi rasenya , lebih 90 peratus maklumat ini betul .

Tujuannya supaya penjengah bog ini tahu , ape keja yang KPPCNS buek , tido ke , main tolo ke atau menjadi pemimpin kesatuan yang berwibawa atau sekadar untuk mengjar jawatan tertentu aje .

Dah dapek , mulah lah nak blah , dan sekarang dah mula riuh semula kerana masih ada jawatan NP 36 yang masih kosong  dan dah mula pasang angan-angan nak isi pulak jawatan tu .

Maaf lah .

Kalau sedara di SUK tu ade lailah , mungkin markah tertinggi di perut dia maklumlah sepusat sepusing .

Tok Nal mulakan dengan di Tampin .

TAMPIN
NP 32 - kosong
NP 27 - Tok Nal sendiri
NP 27 - kosong bekas P Resul
NP 27 - kosong jawatan baru

GEMAS
NP 27 - P Khalid
NP 27 - kosong - aruah P Mail

REMBAU
NP 32 - kosong
NP 27 - kosong bekas P Z , last dapat NP 32 juge he,he,he,
NP 27 - kosong
NP 27 - kosong
NP 27 - kosong
NP 27 - kosong
NP 27 - kosong

KUALA PILAH
NP 32 -  P Resul
NP 27 - P Anan
NP 27 - P Hashim
NP 27 - kosong
NP 27 - kosong
NP 27 - kosong
NP 27 - kosong
NP 27 - kosong

SEREMBAN
NP 32 - P Nizar
NP 27 - P Mazly
NP 27 - P Yan
NP 27 - P Tarmizi
NP 27 - kosong bekas P Nizar
NP 27 - kosong bekas P Sanusi
NP 27 - kosong aruah P Ridzuan

PORT DICKSON
NP 32 - P Sanusi
NP 27 - P Nasir
NP 27 - P Zul
NP 27 - P Ibrahim
NP 27 - kosong

JEMPOL
NP 32 - P Nazri
NP 27 - P Sharif
NP 27 - P Taufik
NP 27 - P Rosdi
NP 27 -kosong bekas P Nazri

JELEBU
NP 32 -  P Naza - bakal kosong kerana bersara pilihan tidak lama lagi
NP 27 -  P Karim - juga telah mohon bersara awal , bakal kosong
NP 27 - P Taufed
NP 27 - P Azmi
NP 27 - P Fauzi
NP 27 - P Shah
NP 27 - kosong

Hah , tengok lah geng KPPCNS , NP 32 masih kosong dua( 2 ) dan NP 27 masih kosong 35 .

Yang berisi pulak ialah NP 32 - 5 dan NP 27 -  18 jawatan .

BANYAK YANG KOSONG DARI BERISI .

Kalau rabun , akan ada maklumat lain lagi ....

Tok Nal - tak mahu subahat untuk membesarkan tembolok SENDIRI aje

Wednesday, August 24, 2011

SOALAN UNTUK KESATUAN PENGHULU NSDK...

TOK Nal bangkitkan dalam blog ini beberapa soalan yang juga dibangkitkan oleh Penghulu-Penghulu lain terutamanya Penghulu Sheikh dari Jelebu .

1. Bagaimana dengan pengisian jawatan NP 32 yang masih kosong di Tampin dan Rembau , dah humbankan kemana jawatan tu ?

2. Perlantikan Penghulu baru masih belum dilaksanakan , apa tindakan KESATUAN dalam soal ini , lelap mata dan tido aje ke ?

3 . Bayaran bil telefon bimbit yang dah terhenti sedangkan beberapa jawatan lain dapat bayaran bil dan telefon sekali , banyak sangat duit ke tak nak minta kerajaan bayaran bil untuk urusan rasmi menggunakan telefon bimbit persendirian .

4 . Kenaikan bayaran elaun khas Penghulu dari RM 150 ke RM 200 dilaksanakan awal tahun 2010 , kenapa tidak bulan Julai 2009 sedangkan itu adalah tarikh pertukaran dari N ke NP , lupa ke atau dah rasa banyak duit sebab dah naik dari RM 150 ke RM 250 kerana naik ke skim NP 32 yang diidam-idamkan selama ini melalui pertolongan sedara sepusat sepusing di SUK dulu .

5 . Bagaimana dengan aktibiti sosial untuk ahli-ahli , dulu masa P Z jadi presiden , ada perjumpaan keluarga di PD , sekarang  habuk pun tarak .

6 . Bagaimana dengan persiapan mesyuarat agung KPPSM tahun ini , dulu masa di Selangor , tak ke bera muka kena belasah depan-depan kerana tak mampu nak anjurkan mesyuarat pada tahun 2010 , malu beb kalau kena sekali lagi .

7 . Apa sumbangan yang telah  dilaksanakan kepada rakan-rakan yang bersara atau ditimpa musibah , gentel telo aje ke ?

Soalan terakhir dari saorang Penghulu di KP , kenapa pegang jawatan di KPPSM sedangkan gagal di KPPNS ?

Buek kojo geng ....

Tuesday, August 23, 2011

BALASUNGKAWA - PENGHULU RIDZUAN

TOK Nal mengenali Penghulu Ridwan atau lebih dikenali sebagai Wan sahaja apabila melapurkan diri untuk bertugas sebagai Penghulu di bangunan SUK Seremban . Disana , Tok Nal berjumpa dengan Penghulu Wan dan 17 rakan yang lain dan kami bersama-sama mengikuti kursus induksi khusus selama tiga hari .

Kadang kala tu berbulu juga bila melihat Penghulu Wan begitu kerek sekali , maklumlah semua orang di SUK dia kenal dan kerana perwatakannya yang agak serius menjadikan kami rapat tetapi agak geram .

Pada hari terkhir kursus pada 18 Oktober 1996 , kami mendapat surat arahan melapurkan diri bertugas dan tanpa disangka , Tok Nal dan Penghulu Wan  diarahkan bertugas di Pejabat Daerah Kuala Pilah bersama-sama dua rakan yang lain iaitu Penghulu Mat dan Penghulu Taufik .

Dari situ lah mulanya , Tok Nal rapat dengan Penghulu Wan dan beliau sering memberikan pandangan yang biasanya selari dengan pendapat Tok Nal dan Tok Nal dapat rasakan Penghulu Wan adalah saorang yang kritis tetapi agak tegas pendiriannya .

Beliau aktif dalam sukan terutamanya bowling , bola tampar dan pernah menjadi setiausaha persatuan bola sepak Kuala Pilah sementara Tok Nal pernah menjadi bendahari PBSKP sekejap .

Kemudian pada tahun 2004 , Tok Nal dan Tok Wan diarahkan berpindah dimana Tok Wan ke Seremban dan Tok Nal ke Tampin tetapi hubungan kami tetap erat dan sering bertukar pandangan .

Dan apabila berjumpa kali terakhir pada majlis persukuan adat perpatih di Seri Menanti , Tok Nal dapat rasakan yang Penghulu Wan agak kurang sihat dan beliau memaklumkan bahawa pernah satu ketika beliau diserang penyakit angin ahmar yang menyebabkan sebelah tangannya tidak boleh diangkat tetapi pada ketika itu telah berasur-ansur baik .

Tok Nal doakan semoga roh Penghulu Wan di cucuri rahmat dan di ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh , Penghulu Wan adalah antara rakan-rakan yang sentiasa mendoakan keselamatan Tok Nal semasa hendak mengerjakan haji tahun sudah .

Ramai yanag tidak mengetahui bahawa Penghulu Wan adalah master mind di sebalik cita-cita Tok Nal untuk memimpin kesatuan dulu walaupun beliau jarang menghadiri mesyuarat agung tetapi banyak idea yang Tok Nal lontarkan adalah hasil perbincangan antara Tok Nal dan Penghulu Wan .

Semoga keluarga Penghulu Wan berada dalam kesejahteraan dan bersabar menghadapi dugaan Allah .

KESATUAN PENGHULU NS TIDO ?

TOK Nal tak nak membangkitkan perkara yang menyakitkan hati sepanjang bulan ramadhan ini dan buat dosa tetapi kerana keadaan sudah terlalu mendesak , Tok Nal sebutkan juga tambahan lagi Tok Din Tenai dah beberapa kali bangkit perkara yang sama dengan Tok Nal .

Apa sudah jadi dengan Kesatuan Penghulu Negeri Sembilan , wujud lagi ke atau pun pemimpinya tido kerana perjuangan untuk mengisi perjawatan Penghulu tidak lagi menjadi teras utama mereka .

Salepas dapat gred 32 terus senyap , jika tidak dulu tu saban hari bergelumang mengejar sedara untuk mendapatkan jawatan .

Di Tampin , dari 4 post , hanya ada saorang Penghulu , di Gemas dua jawatan tapi hanya ada Penghulu Khalid manakala di Kuala Pilah , dari 8 jawatan , cuma ada tiga orang sahaja Penghulu .

Seremban pula , ada dua kekosongan , satu yang di tinggalkan oleh Penghulu Sanusi dan satu lagi dengan kembalinya ke rahmatullah Penghulu Ridzuan baru-baru ini .

Di Rembau pula , lansung tak ada Penghulu salepas Penghulu Zainudin Amin bersara , ada kalau tak silap 6 jawatan disitu manakala di Jempol , masih kurang satu jawatan .

Manakala di PD pula khabarnya , masih kurang saorang Penghulu dan di Jelebu , bakal kosong dua jawatan apabila Penghulu Naza bersara pilihan dan Penghulu Karim sedang menunggu permohonan untuk bersara pilihan juga .

Penghulu Sheikh juga khabarnya sedang merancang juga untuk bersara pilihan , betul  ke ?

Begitulah keadaan perjawatan Penghulu dimana Kesatuan Penghulu NS macam tak nampak aje perkara ini .

Tak kan lelap sebab dah naik jawatan kot , tengok lah sikit anak buah ni , bincanglah baik-baik dengan Kerajaan Negeri tentu ada jalan penyelesaiannya .

Itu lah akibatnya kalau hendak jawatan kesatuan untuk mendapatkan jawatan yang lain , yang wajib tinggal , yang sunat pun tak buat .

Tok Nal - sedekahkan Alfatihah untuk arwah Penghulu Ridzuan Jaafar .

MINAL AIDIL WAL FAIZIN

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada pengjengah blog ini terutamanya kepada Pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Tampin , Ketua-ketua Kampung Daerah Tampin , rakan dan taulan , sahabaat handai , saudara mara dan juga sesiapa sahaja yang mengenali Tok Nal .

Tok Nal merakamkan ucapan mohon ampun dan maaf jika ada kesalahan yang Tok Nal lakukan sebelum ini baik secara sadar atau tidak dan bagi mereka yang mungkin mengumpat Tok Nal ke atau apa sahaja , Tok Nal maafkan semuanya .

Juga Tok Nal nak minta ampun maaf kepada ibu Tok Nal , saudara mara dan tak lupa kepada isteri Tok Nal Hajjah Sapura Haji Mokhtar dan kesemua anak Mohamaed'Nadzeem , Mohamed'Nadzir , Mohamed'Nadzmi , Vivi'Asnita dan Mohamed'Naqiudeen .

Tak lupa juga kepada kedua mentua Tok Nal dan ahli keluarga mereka .

Salah dan silap kita maafkan , semoga raya akan meriah dan penuh keberkatan .

Thursday, August 18, 2011

PESANAN UNTUK SEMUA

DALAM mencapai KPI , pentadbiran daerah akan mengambil tindakan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mana-mana ketua kampung dan juga kakitangan pejabat daerah dan tanah yang gagal mengikuti acara yang dianjurkan oleh pentadbiran ini .

Pengerusi JKKK contohnya jika gagal menghadiri mesyuarat yang diwajibkan saperti mesyuarat fokus group mukim tanpa alasan yang munasabah , pentadbiran akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mereka dan mereka dikehendaki memberikan alasan yang munasabah kenapa tidak hadir .

Begitu juga bagi kakitangan pejabat daerah dan tanah yang nama mereka disenaraikan untuk hadir dalam majlis yang dianjurkan tetapi culas tanpa sebab , juga akan diberikan surat tunjuk sebab supaya gejala  ponteng ini tidak mencemarkan imej jabatan dan menjejaskan kualiti perkhidmatan .

Jangan nanti ada yang membuat tuduhan yang bukan-bukan apabila dikenakan tindakan sedangkan hakikat sebenarnya , mereka sendiri yang culas menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan .

Tok Nal tak kisah sangat soal kakitangan pejabat daerah dan tanah kerana ada pegawai pengawalnya sendiri , apa yang Tok Nal ingin mengingatkan diri Tok Nal dan semua Tok Ketua-Tok Ketua , supaya memberikan kerjasama untuk hadir dalam majlis-majlis rasmi dimana jemputan dihantar kepada mereka .

Jika tidak dijemput , rasa marah tetapi jika tidak hadir macamana pulak ?

Tok Din selalu cakap perkara ini , tentang KPI ketua-ketua kampung , tentang elaun yang dah naik dan tentang prestasi ketua-ketua kampung yang semakin meningkat , tetapi masih ada saorang dua yang culas dan membesarkan diri .

Siapa dia , tepuk dada tanyalah selera .

Macam mesyuarat fokus group pagi semalam , hanya 4 ketua kampung yang hadir , dua dari Repah iaitu Tampin Tengah dan Keru dan dua dari Gemencheh iaitu Felda Bukit Rokan dan Tenai , dimana Tok Din jadi ketuanya .

Yang lain mana ?

Tok Nal sekadar mengingatkan aje ......

Monday, August 8, 2011

ARAHAN NO. 1 2010 MAJLIS TINDAKAN NEGARA

BERCAKAP tentang Arahan No 1, 2010 Majlis Tindakan Negara sebagaimana yang disentuh oleh Tok Din , disini Tok Nal catatkan serba sadikit perkara yang berkaitan dengan arahan itu .

Untuk lebih mudah , arahan No. 1 ini adalah arahan dari pemimpin utama kita iaitu Perdana Menteri Malaysia dan sebagai orang No, 1 , arahan ini dikeluarkan dengan jodol Arahan No. 1 2010 Majlis Tindakan Negara .

Arahan ini dikeluarkan oleh setiap Perdana Menteri , Tunku Abdul Rahman mengeluarkan arahan No. 1 ,1971 dengan tajuk untuk menyelaras dan mengawasi perlaksanaan DEB dan ancaman komunis .

Manakala Arahan No. 1 , 1991 dan 1996 , dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan maksud untuk disesuaikan dengan jentera penyelarasan dan senerio pembangunan 1990 an serta DPN manakala Arahan No. 1 , 2001 pula untuk disesuaikan dengan DWN dan RRJP3 serta strategi RMK-8 dan perkembangan era ICT masa kini .

Tun Abdullah Ahmad Badawi melalui Arahan No. 1 , 2004 pula untuk disesuaikan dengan fungsi dan tanggungjawab Majlis Tindakan Negara kearah negara cemerlang.gemilang dan terbilang .

Dan Arahan No. 1 , 2010 , arahan yang terbaharu ialah bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020 selaras dengan usaha-usaha tranformasi menerusi GTP,ETP serta MBE .

Prinsip utama dalam Arahan No. 1 , 2010 ialah pertumbuhan keluaran negara kasar (GDP) sebanyak 6 % setahun sahingga 2015 , pertumbuhan pelaburan swasta sebanyak 12.8 % ( RM115 bilion) setahun , pendapatan perkapita sebanyak USD 12,139 menjelang 2015 dan perlaksanaan RMLT secara berkesan .

Majlis Tindakan Negara di pengerusikan oleh YAB Perdana Menteri sendiri dimana ahli-ahlinya ialah YAB Timbalan Perdana Menteri , menteri-menteri , KSN , Ketua Pengarah ICU dan ahli tetap lain yang dilantik oleh Perdana Menteri .

Dibawah MTN , wujud Majlis Tindakan Negeri (MTNg) yang di pengerusikan oleh YAB Menteri Besar atau Ketua Menteri , Majlis Tindakan Persekutuan Negeri ( MTPNg) yang dipengerusikan oleh anggota pentadbiran kerajaan persekutuan yang dilantik oleh PM , Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara (JKTN) di pengerusikan oleh KSN dan Majlis Tindakan Wilayah Persekutuan (MTWP) di pengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar .

Dibawah jawatankuasa tersebut ada Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri (JKTNg) , Jawatankuasa Kerja Tindakan Persekutuan Negeri ( JKTPNg) , Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JKPK) dan Jawatankuasa Tindakan Wilayah Persekutuan (JKTWP) .

Di peringkat paling bawah ialah Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah / Bahagian (JKTD/JKTB) dan Jawatankuasa Tindakan Zon / Jajahan (JKTZ/JKTJ) .

Di peringkat JKTD , Pegawai Daerah dilantik sebagai Pengerusi manakala Pejabat Daerah (Bahagian Pembangunan ) dilantik sebagai urusetia .

Ahli-ahli Tetap JKTD ialah ahli Parlimen dan Dun , Ketua Polis Daerah , Jurutera JKR , JPS , Pertanian , Pelajaran , MARA , Kesihatan , Pihak Berkuasa Tempatan , Pejabat Agama , Kemas , Belia dan Sukan Pengurus Felda / Felcra Wilayah , Risda dan Penghulu Mukim .

Tugas dan bidang kuasa JKTD ialah memantau dan menilai impak perlaksanaan projek-projek pembangunan , memantau program pembangunan swasta , memastikan kumpulan sasar mendapat impak maksimum dari pembangunan , menyelaras dan mengemukakan cadangan pembangunan , memastikan perlaksanaan projek penyertaan bumiputra dan pembasmian kemiskinan , memastikan perlaksanaan projek pembangunan yang tidak dapat diselesaikan dan juga memastikan pematuhan sepenuhnya pemakaian SPP 11 , ekasih , emerah di peringkat daerah .

Walaupun ahli tetap telah ditentukan , sekiranya perlu Pengerusi boleh memanggil ahli lain untuk turut hadir dalam mesyuarat di peringkat JKTD ini .

Ini adalah jawatankuasa tertinggi di peringkat daerah yang membuat sebarang keputusan dan memantau perlaksanaan di peringkat daerah .

Dengan sadikit penjelasan ini , Tok Nal harap semua Ketua Kampung paham serba sadikit tentang Arahan No. 1, 2010 saperti yang dimaksudkan oleh Tok Din kita itu.

Jika tak paham juga , rujuk kat Tok Nal sendiri kerana Tok Nal memang mempunyai salinan arahan tersebut .

POLITIK DAN KEPIMPINAN KETUA KAMPUNG

Mengikut Sigmund Freud , politik adalah satu cara bagaimana mengatur ekonomi dan sosial mengikut acuan tertentu tetapi kaedah politik di sini ialah bagaimana untuk menjadi pemimpin , mencari pengaruh dan kuasa serta mengumpulkan kekayaan .

Tak kira lah partai mana , hala tuju politik hampirsemuanya kearah itu , dan asas kepada politik ialah demokrasi .

Demokrasi berasal daripada perkataan latin iaitu demos untuk rakyat dan kratin untuk kuasa tetapi sistem ini bukan sistem yang terbaik , sistem ini banyak yang boleh dimanupulasi  serta sering mengundang banyak permasalahan .

Katakan lah saorang yang rajin bekerja , jujur , mendapat sokongan rakyat , bijak dan berhemah dalam melaksanakan tanggungjawabnya tetapi kerana tidak pandai berpolitik kepartaian tetapi tidak disokong dalam partainya , maka pemimpin ini tidak akan dipilih kerana demokrasi menentukan , satu undi lebih adalah menang dan satu undi kurang , adalah kalah .

Sistem terbaik ialah cara Islam , yang halal tetap halal dan yang halal , tidak menjadi haram disebabkan pengundian .

Jika kumpulan yang mempunyai 10 anggota mengatakan sesuatu yang haram itu halal berasakan undi dimana yang menyokong ianya halal lapan berbanding yang mengatakan haram , tidak menjadikan yang haram itu halal kecuali berasaskan hukum Allah dan nas-nas yang ada .

Begitu lah , dalam pekerjaan juga banyak politiknya , dalam kepimpinan sukarela lagi kuat politiknya apatah lagi dalam partai politik , tentulah kena berpolitik .

Cuma Tok Nal harapkan , dalam kepimpinan Ketua Kampung , tiada yang berpolitik didalamnya , jalankan tanggungjawab secara jujur dan kerana Allah swt dan disitulah letaknya keberkatan tanggungjawab dan amanah yang disempurnakan .

Banyak pahalanya jadi Ketua Kampung sebagaimana imam di masjid , Ketua Kampung adalah tonggak kepada kampung mereka .

Tok Nal doakan kesejahteraan semua Ketua Kampung Tok Nal .

Moga-moga Allah memberikan hidayat dan keberkatan kepada perjuangan dan tanggungjawab semua Ketua Kampung .

Amin ............

Friday, August 5, 2011

BILA TOK DIN BERKATA ....

TOK Nal paste kan apa yang di tuliskan oleh Tok Din dalam blog Kampung Tenai , sekadar untuk mencambahkan fikiran . Baca lah ya .

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia ....

Tok din harap pembaca blog tok din semuanye berada dalam keadaan sihat dan gembira selalu hendaknya.. Kali ni tok din nak sentuh sikit tulisan Tok Nal .... Pertama bila sebut pasal JKKK membelakangkan Penghulu Mukim dalam melaksana sesuatu aktiviti Tokdin rasa ad 3 sebab ... Yang pertama ,, ada dikalangan Pengerusi JKKK tak faham kedudukan JKKK dalam Jentera Kerajaan ( Berdasarkan arahan No 1 , Majlis tindakan Negara ) garis panduan yang dikeluarkan oleh KPLW ... Yang kedua ... tak sengaja atau sengaja ... Yang ketiga .. Sengaja ... Apa pun terima kasih pada Tok nal sebab ingatkan Tok din .. Insyaallah .. Dalam perjumpaan dengan ketua-ketua kampung ,, Tok din akan ingatkan rakan-rakan tok din .. Naik bulu roma tokdin bila tok nal puji tok din .. hehehehe.. Ikhlas tok din cakap , taklah sehebat mana kampung tok din . Tok din selalu ingatkan diri tok din, kerjaya tok din satu ibadat , ini pesanan arwah ayah tok din ,, " ibarat kain yang koyak inilah penampalnya .." .. tok din akui kelemahan tok din bila berkata-kata agak "laser" .. ni yang kadangkala orang tak seberapa suka .. Dalam tampin ni ada 41 buah JKKK .. Setiap JKKK mempunyai permasalahan yang berbeza .. Tok din rase belum terlambat pentadbiran daerah memperbaiki dan mengenal pasti puncanya ... Bagi tok din kaedah '3P' - Perancangan , Perlaksanaan , Pernilaian sangat-sangat penting .. Tok din rase Tuan DO , pemimpin-pemimpin lebih arif hal ni .. sebelum tok din undur diri .. tok din nak berpantun ...


Jangan dibuka pintu lukah ,


Kalau dibuka ikan meluru ,


Jangan suka mencari susah ,


Salah sendiri dicari dahulu ..


Sekian salam sayang dari tokdin .. insyaallah sehingga kita berjumpa lagi ......................

JANGAN LUPA 18 0GOS...

KEPADA penduduk Repah dan kawasan sekitarnya termasuk penduduk Tampin , jangan lupakan tarikh 18 Ogos 2011 ini kerana pada masa itu YAB MB akan berbuka puasa dan menyampaikan bantuan kepada penduduk dikawasan itu .

YB Dato Shaziman juga akan hadir sama , meriahlah majlis itu bila dua pemimpin besar hadir dalam satu majlis dan penduduk Repah yang beruntung , dapat jumpa pemimpin , dapat berbuka puasa bersama-sama mereka dan dapat pula menerima sadikit sebanyak sumbangan hari raya tahun ini .

Tok Nal tumpang gembira dengan kehadiran tokoh besar kita itu , moga majlis akan berjalan dengan lancar dan mengembirakan semua pihak .

Yang dah terima bantuan tu , jangan pulak salepas berbuka , ambil bantuan dan terus balik rumah , selesaikan dulu sembahyang magrib dan isya' serta solat tarawikh .

Yang sudah-sudah , orang tengah sembahyang maghrib , mereka berebut-rebut mengambil bantuan yang diberikan dan kemudian cabut begitu saje , banyak yang tak sembahyang di situ .

Tok Mat Hasan , Ketua kampung tolong beri perhatian kepada perkara ini , masa berbuka ada 1000 orang , tapi masa moreh salepas solat tarawikh , tinggal 200 orang aje , mana yang lain , ngelat ke .

Semua ketua kampung daerah Tampin juga dijemput hadir sama , jangan tak datang kerana kehadiran mereka amat penting bagi menunjukan kasih sayang mereka kepada kerajaan negeri .

Sama-sama kita meriahan hari 18 Ogos nanti .

Jangan di lupakan .

Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN AL MUBARAK





TOK Nal mengucapkan selamat berpuasa kepada semua penjengah blog ini .

Tidak lupa juga kepada sanak saudara , rakan-rakan serta anak buah di kawasan pengendalian Tok Nal .

Moga ramadhan tahun ini akan memberikan lebih keberkatan dari sebelumnya .

Wednesday, July 27, 2011

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN KETUA KAMPUNG TAMPIN

TOK Nal nak ucapkan tahniah kepada persatuan ketua kampung daerah Tampin yang berjaya mengadakan mesyuarat agung persatuan mereka di Pejabat Daerah dan Tanah Kecil Gemas petang semalam .

Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Encik Zahirin Adnan merasmikan mesyuarat agung itu mewakili  Pegawai Daerah Tuan Haji Razali Bakar .

Antara lain , Encik Zahirin mengingatkan ketua-ketua kampung supaya menjalankan tugas dengan jujur , beramanah dan beretika selain bekerja keras sebagai mata dan telinga kerajaan .

Katanya , ketua kampung menjadi penggerak utama pembangunan di peringkat kampung dan wajar jika ketua kampung mengutmakan intergriti masing-masing .

Beliau mengingatkan bahawa amanah sebagai ketua kampung adalah satu tangungjawab yang mesti ditunaikan dan dilaksanakan dengan penuh berhemah selain tanggungjawab terhadap diri sendiri .

Katanya , kerajaan sentiasa peka dengan kebajikan ketua kampung dan sering memberikan perhatian kepada kebajikan mereka .

Beliau berkata , pentadbiran daerah sendiri sentiasa merancang untuk mempertingkatkan ilmu dan jati diri ketua kampung dengan menganjurkan kursus dan latihan dalam usaha melahirkan ketua kampung yang berwibawa .

Hadir sama dalam majlis itu ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Gemas Encik Khatib , Penghulu Khalid dan wakil persatuan ketua kampung Negeri Sembilan .

Tok Nal yang hadir sama merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan ketua kampung dan kesanggupan mereka menunaikan tanggungjawab dan amanah kepada bangasa dan agama .

Wednesday, July 20, 2011

TOK DIN MENGAMOK SAKAN

ORANG kuat Persatuan Ketua Kampung Tampin  Baharudin Rashid yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Din mengamuk sakan dalam mesyuarat fokus group mukim petang semalam .

Habis diserangnya sampaikan Tok Nal pun tak menang mulut nak memintas serangan Tok Din .

Tapi Tok Nal cuba buat rilek aje , cool maklumlah Tok Nal tahu , mulut Tok Din laser tapi Tok Din bercakap berdasarkan bukti , siapa makan cili dialah yang rasa pedasnya , Tok Nal  sekali sekala aje makan cili , jadi tak lah pedas sangat .

Sebenarnya , catatan diatas adalah main-main aje , sekadar nak bergurau dengan Tok Din , mana boleh Ketua Kampung mengamuk dengan Penghulu Mukim ?

Sorry lah Tok Din , acah aje tu , Tok Din bila bercakap nadanya memang keras tetapi isinya hebat , kalau tak tak kan terpilih sebagai Ketua Kampung Daerah Tampin , besar jawatan tu .

Kena respek bro .

Sebagai Penghulu Mukim , Ketua Kampung adalah rakan sejawat Tok Nal , banyak jasanya pada Tok Nal , siapa yang bagikan maklumat kampung kalau tak ketua kampung dan siapa yang jaga kemajuan dan keselamatan kampung kalau tak ketua kampung .

Khabarnya , ahad ini ada mesyuarat agung persatuan ketua kampung Tampin di Gemas , bagus juga , dapek makan nasi ayam gemas dan Tok Nal harap Tok Din berjaya lagi memimpin persatuan yang berprestige tu .

Tok Nal tumpang gembira aje .

MAJLIS BERBUKA PUASA MB NSDK

TAHUN ini majlis berbuka puasa YAB Menteri Besar NSDK bagi daerah Tampin akan diadakan di Dun Repah dan masjid kariah Repah telah dipilih untuk tujuan itu .

Majlis akan diadakan pada 18 Ogos 2011 , hari khamis malam jumaat dimana seramai 1,000 jemputan termasuk anak yatim , penerima bantuan Mains , JKM , penduduk setempat dan orang ramai akan bersama-sama hadir selain tetamu kehormat yang terdiri daripada barisan exco kerajaan , SUK dan pemimpin  tempatan .

Mesyuarat penyelarasan berhubung perkara itu telah pun diadakan dan segala perancangan mengadakan majlis tersebut sedang giat diatur .

Sebagai Penghulu Gemencheh yang juga Penghulu Repah , Tok Nal harap , mereka yang berkesempatan untuk hadir , datang lah beramai-ramai .

Ini majlis pemimpin kita bersama rakyat , sepatutnya lah kita hadir beramai-ramai dan memberikan sokongan kepada pemimpin kita tidak kira samada kita pemimpin tempatan , daerah mahu pun negeri .

Kepada Pengerusi JKKK dalam daerah Tampin , ini peluang untuk kita bersama-sama dengan pemimpin kita dan berikanlah komitmen sepenuhnya dalam menjayakan majlis ini .

Saturday, July 16, 2011

HPPN 2011

MULAI 23 Julai ini hingga 30 Julai 2011 , hari peladang , penternak dan nelayan peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus akan  diadakan di tapak bekas kem Paroi , Seremban .

Pesta yang berlansung selama 7 hari ini akan menampilkan pameran , jualan dan demonstrasi berbagai bidang yang berkaitan dengan pertanian , ternakan dan juga perikanan .

Orang ramai di jemput untuk bersama-sama hadir memeriahkan HPPN tersebut .

Banyak acara yang disediakan termasuk pameran dan jualan hasil pertanian , pertandingan masakan daging puyoh , karaoke , ceramah perdana , persembahan kebudayaan , explorace dan berbagai-bagai lagi termasuk durian party iaitu pesta memakan buah duriah sahingga muntah-muntah dengan bayaran hanya RM 15 bagi dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak .

Selain itu , DYMM Tuanku Yang DiPertuan Besar dan Tuanku Ampuan akan turut bercemar duli ke majlis itu pada 26 Julai selain HPPN dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan .

YB Menteri Pertanian akan menutup rasmi majlis itu pada 30 Julai manakala pada 26 Julai diadakan majlis pelancaran Hari Vaterinar Negeri .

Sama-sama kita meriah HPPN tahun ini .


Tok Nal - bertindak sebagai urusetia bgi daerah Tampin je .

Wednesday, July 13, 2011

MAJLIS PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (MPLB)

MPLB alias majlis pembangunan luar bandar peringkat daerah Tampin di tubuhkan dimana mesyuarat pertamanya diadakan di bilik gerakan Pejabat Daerah Tampin dan di pengerusikan oleh Encik Zahirin Adnan KPPD(Pm) mewakili Pegwai Daerah Tampin .

Majlis ini ditubuhkan atas arahan Jemaah Menteri dimana Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato Seri Shafie Apdal telah melantik Dato Shaziman Abu Mansor sebagai pengerusi MPLB .

Urusetia MPLB di peringkat daerah Tampin ialah Pegawai Risda Daerah dimana Pegawai Daerah menjadi Pengerusi Bersama dengan Ahli Parlimen .

Keanggotan MPLB ialah Adun Bn dalam kawasan parlimen Tampin , agensi dibawah KKLW , ajensi lain yang terbabit dengan pembangunan luar bandar termasuk Pejabat Daerah , Penghulu-penghulu Mukim , pengerusi JKKK yang difikirkan sesuai  serta ngo yang berkaitan dengan pembanguan luar bandar .

Menurut surat perlantikan yang diedarkan , peranan MPLB ialah mencadangkan input kepada pembentukan dasar kerajaan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PIPLB) , mencadangkan projek-projek luar bandar yng memberikan impak yang tinggi , menjadi pemudah cara dalam menyelaras isu-isu pembangunan , membantu mempertingkatkan sistem penyampaian dan mengawal serta memantau pembangunan luar bandar secara bersepadu .

Mesyuarat MPLB akan dijalankan secara berkala sebanyak 4 kali setahun dan minit mesyuarat ihantar terus kepada Ketua Setiausaha kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah .

Di peringkat JKKK , Tok Din dilantik mewakili JKKK Tampin manakala Tok Nal dan Tok Khalid mewakili Penghulu di Pejabat Daerah Tampin dan Daerah Kecil Gemas .

Tutur dilantik ialah pengerusi-pengerusi parti komponen BN saperti mca,mic,gerakan dan PPP .


Tok Nal - terima kasih kepada kerajaan kerana melantik Penghulu menduduki jawatankuasa majlis MPLB .

NASIHAT YTM TUNKU BESAR TAMPIN

SEMASA di majlis YTM Tunku Besar Tampin bersama asnaf fakir dan miskin menjelang ramadhan al mubarak di dewan Pejabat Agama Islam Tampin pagi ini , Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus Al Qadri bersabda menasihatkan fakir miskin yang menerima bantauan dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) supaya mengamalkan budaya yang sesuai dengan taraf ekonomi mereka dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk dan berbuat sesuatu yang tidak sesuai dengan taraf mereka .

Mengambil contoh , YTM bersabda , ada penerima dan juga mereka yang memohon bantuan Mains memasang saluran astro dirumah masing-masing sedangkan saluran itu berbayar dan wang sewa boleh digunakan untuk tujuan lain .

Menurut YTM , mereka perlu paham bahawa bantuan diberikan kerana keadaan mereka yang fakir dan miskin , jadi membayar kepada sesuatu keperluan yang mengatasi kedudukan kewangan mereka amat tidak sesuai sekali .

YTM meminta supaya mereka jujur dan tidak menjadikan kemiskinan sebagai alasan sedangkan mereka mampu untuk membayar sewa astro sahingga RM 80 sebulan .

Fakir miskin dari kariah masjid dalam kawasan Tampin menerima bantuan kewangan dalam majlis itu .

Tok Nal rasa nasihat YTM memang wajar diambil perhatian kerana ada fakir miskin yang bukan sahaja menggunakan wang yang ada untuk membayar bil astro malahan memiliki sahingga dua talifon bimbit saorang .

Bagi mereka ini satu keperluan semasa dan memohon bantuan kepada Mains dan kerajaan atas alasan miskin sedangkan mereka mampu untuk membayar segala keperluan mewah yang lain .

Jika ada yang sebegitu , Tok Nal cadangkan supaya permohonan mereka dihentikan sahaja atau yang baru memohon di tolak kerana mereka mengutamakan kepentingan yang tidak utama sahingga menjadikan mereka miskin .



Tok Nal - biar miskin harta agar kaya budi .

Tuesday, July 12, 2011

GEJALA MINUM ARAK MEMBIMBANGKAN

MESYUARAT JK Gejala Sosial Daerah yang di pengerusikan YB Dato Mohd Kamil A Aziz , Adun Gemencheh pagi ini di maklumkan bahawa gejala minum arak dikalangan orang ramai terutamanya peneroka felda semakin membimbangkan .

Peneguk arak ini bukan hanya terdiri daripada  kalangan bukan Melayu tetapi di kalangan orang Melayu juga ramai yang meminum  terutamanya arak buatan rendah atau liquour termasuk di Felda Pasir Besar yang 100 % penerokanya adalah dari kalangan orang Melayu .

Apa sudah jadi beb , minum sirap tak enak lagi ke atau kopi O yang menjadi kemegahan orang Melayu dah berukar kepada arak botol kecil , yang lebih murah harganya dan lebih kick kesannya .

Dimaklumkan juga , peneguk arak ini kebanyakannya terdiri daripada kalangan yang sudah berusia , bak kata rumah kata pergi , kubur kata mari tetapi masih tidak insaf dan tidak mahu bertaubat dari meneguk air kencing syaitan itu .

Semua pihak mesti elert tentang perkara ini , jika tidak akan wujud bukit-bukit botol arak di felda-felda macam di FBR dimana port mereka telah berpindah ke tepi padang futsal salepas di robohkan tidak lama lalu .

Hebatnya , mereka di port itu bukan sahaja tua-tua belaka tetapi juga berbagai bangsa dan keturunan dan sekali tu Tok Nal diberikan salam semasa lalu ditepi mereka .

Warak bukan main , siap beri assalamualaikum tapi selangkah kedepan terus togok arak lagi .

Dato Kamil  bimbang dengan gejala ini dan minta pihak  berkuasa supaya mengambil tindakan bukan sahaja di kawasan felda tetapi  dimana jua peneguk arak ini minum .

Mari kita sokong usaha adun kita untuk membantras gejala penogokan arak ini .

Bahaya untuk kesihatan , haram mengikut hukum agama dan kadang kala arak yang di togok itu arak haram , tak bayar cukai , dua kali lah haram .


Tok Nal - togok lah yang halal kan lebih baik .

DO MASUK HOSPITAL LAGI

MARI kita sama-sama doakan keselamatan dan kesejahteraan tuan DO kita Tuan Haji Razali Bakar yang dimasukan ke hospital Seremban malam tadi kerana khabarnya diserang sakit jantung  semula.

Banyakan bersabar tuan DO dan kami semua staff Pejabat Daerah dan Tanah serta penduduk di Tampin mendoakan agar tuan DO cepat sembuh .

Kalau boleh kita buatlah sembahyang hajat mohon tuan DO yang baik hati , kuat bekerja dan rajin berjumpa dengan masyarakat di peringkat akar umbi mendapat perlindungan Allah dan diberikan kesihatan yang baik bagi membolehkan beliau menjalankan tugas dengan baik .

Tok Nal dah bekerja dengan ramai DO , tidak kurang 10 orang , dan Tok Nal dapat rasakan tuan DO kita adalah antara DO-DO yang amat mesra dan baik dengan kakitanganya walaupun ada sebahagianya itu memang mengambil kesempatan dari kebaikan dan kelembutan tuan DO kita .

Masa depan tuan DO buat muka baik dan dibelakangnya mula lah tunjuk lagak dan mempertikaikan keputusan yang dibuatnya .

Kepada Puan , isteri tuan DO kita , banyakan bersabar , Isya- Allah , Tuhan sentiasa melindungi umatnya yang baik dan berhati mulia .

Tahun lalu Tok Nal dan isteri bersama-sama menunaikan haji ka Makkah bersama dengan tuan DO dan isteri dan beberapa kali berjumpa semasa di Makkah serta di Mina .

Cepatlah sembuh Tuan ...

Monday, July 11, 2011

BLOG AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN , INSYA-ALLAH .

DAH lama Tok Nal tak kemaskinikan blog ini , bukan apa , cuma maleh aje maklumlah dah tinggal sorang , terkoteng-koteng buek kojo , sebab tu rasa kurang semangat .

Lepas ini , jika ada news , Tok Nal akan up-datekan semula .

Mungkin banyak berita dari gambar , maklumlah , kamera dah rosak , yang baru pulak tak berapa baik .

Tak kan nak minta orang sponsor kot ?

Sudahkah anda mendaftar dan menyemak daftar pemilih SPR .

Copek copek poi semak , dah dokek nak pilihanraya ni .

Nanti kok tak dapek ngundi , rugi lo.

Jangan sia-siakan peluang anda !!!!!!

Thursday, June 9, 2011

ALFATIHAH BUAT AYAHANDA

AYAHANDA aka Mohd Isa Borhan bekas pengerusi JKKK dan Ketua Kampung Seri Repah meninggal dunia di Seremban tengahari semalam .

Tok Nal mendapat berita yang disampaikan oleh Azizan MDT semasa menghadiri majlis sepetang bersama masyarakat di Kg Sungai 2 .

Pegawai Daerah Tuan Haji Razali Bakar dan YB Dato Mohd Kamil A Aziz yang bersama-sama dalam majlis itu , kemudiannya bergegas ke rumah ayahanda di Kg Seri Repah untuk menziarahi jenazah ayahanda .

Sesampai di  Seri Repah , Tok Nal dapat rasakan bahawa semangat ayahanda memang kuat , ramai yang menziarahinya dan tidak kurang pula ramai yang bersama-sama ke masjid untuk sembahyang jenazah dan mengiringinya kek kubur untuk di kebumikan .

Tok Nal merakamkan ucapan takziah kepada keluarga ayahanda dan berdoa semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang soleh .

Marilah kita hadiah alfatihan kepada Allahyarham Ayahaanda .

Alfatihah ........

Sunday, May 22, 2011

NASIR SAFAR DI GEMAS

RAKAN Tok Nal semasa dalam Umno Pontian Datuk Nasir Safar , bersama-sama merasmikan mesyuarat agung berkelompok MAYC Tampin di Gemas petang semalam .

Tok Nal hadir sama dan Tok Nal dapat rasakan , Nasir Safar masih gagah macam dulu .

Cakapnya masih berbisa , tuturnya memang menarik dan sambutan kaum muda terhadap intipati ucapan beliau juga memberansangkan .

Tok Nal ucapkan tahniah kepada Nasir atas ucapanya yang berapi-api itu .

Juga tahniah kepada Saiful , Datuk Kudin dan yang lainnya yang turut hadir pada petang itu .

Semoga MAYC yang mana Tok Nal pernah menjadi salah saorang pemimpin kecilnya terus gagah di nusantara ini .

Mudah-mudahan .

Friday, May 6, 2011

INGATAN ULANGAN...

TOK Nal dah berkali-kali  menmberi ingatan kepada Pengerusi JKKK aka Ketua Kampung di Tampin supaya tidak membelakangkan pentadbiran daerah khususnya Penghulu Mukim bila buat sebarang aktibiti .

Sebagaimana arahan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri , semua pengerusi JKKK tertakluk kepada arahan dan kawalan YB Adun dan juga Penghulu Mukim dan arahan ini WAJIB di patuhi .

Namun ada juga JKKK yang "hebat" dan bijak sahingga berbuat sesuatu tidak memaklumkan kepada Tok Nal .

Tak apa lah , tapi jangan tuduh pulak Tok Nal tak ambil peduli jika Tok Nal tak hadir kerana buat majlis pun Penghulu tak dijemput , DO apa lagi lah .

Nak projek pembangunan , panggil Penghulu , jumpa dan merayu sakan tapi bila buat majlis dan jemput orang ramai , Penghulu di ketepikan .

Sekali lagi Tok Nal nak ingatkan , patuhi arahan Kerajaan Negeri supaya semua menjadi teratur kerana jika tidak , lebih banyak masalah mungkin timbul dari manfaatnya .

Tok Din sebagai Pengerusi Ketua Kampung Tampin patut mengingatkan ahlinya tentang perkara ini .

Sabtu ini pun ada majlis di  Repah , Tok Nal tak dijemput pun , nampaknya pergi ke majlis di dewan MDT sempena Kempen Keluarga bahagia yang dirasmikan oleh Tunku Besar Tampin .

Moga-moga majlis itu mendapat berkat . Amin .

Tuesday, May 3, 2011

SABAU AJE LAH

TOK Nal terbaca tulisan Tok Din dalam blog Kg Tenai , hebat .

Tulisannya indah dan penuh dengan puitis , macam orang sedih dan agak seimbang , Tok Nal rakamkan ucapan , sabau aje lah , begitu lah jadi pemimpin , bukan setakat menyelesaikan masalah diri , masalah orang lain pun sangkut sama .

Seabagai pemimpin peringkat akar umbi , Tok Nal ucapkan tahniah kepada Tok Din kerana berjaya mengemudikan Kg Tenai dengan cemerlang , soal membaiki kemuddahan yang rosak akibat banjir dan sebagainya , sedang dalam tindakan dan berjalan saperti biasa dari masa kesemasa .

Sabau aje lah .

Pemimpin tempat orang ramai mengadu , minta pendapat dan pandangan serta membuat kata putus , jangan jadi saperti di salah satu tempat tu , pemimpinnya cakap dolak dalik .

Dengan pegawai kerajaan kata dah hubungi orang kampung , dah bagi tahu nak laksanakan projek melalui kawasannya tapi bila dah kantol , depan pegawai dan orang kampung , sendiri mengaku , tak bagi tahu .


Punya lah pandai bersilat tapi kalau sekadar silat pulut , elok jangan buat lagi , jika tak akan menimbulkan banyak masalah yang lain .

Satu Tok Nal nak ingatkan , sepatah kata Tok Din , sabau aje lah ......

Wednesday, April 27, 2011

RM 2 JUTA ATASI BANJIR DI TAMPIN

Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 2 juta bagi menjalankan kerja-kerja mendalamkan sungai , meluruskan serta memperbaiki sungai dan sistem pengairan dan saliran dalam usaha untuk mencegah dan mengurangkan kejadian banjir didaerah ini .

Peruntukan yang disalukan melalui ahli parlimen Tampin , Dato Shaziman Abu Mansor diharap bukan sahaja berupaya mengawal banjir yang semakin kerap berlaku , malahan  dapat mencegahnya dari terus berulang dan membawa banyak kerugian kepada orang ramai .

Antara kawasan yang menjadi tumpuan ialah sekitar kawasan Gemas , Sungai Kelamah , Sungai Dua , Keru , Tampin serta kawasan Gemencheh .

Perbincangan  berhubung projek tersebut telah diadakan di pejabat Dato Shaziman sendiri di Jabatan Kerja Raya KL dan antara yang dijemput hadir ialah Pegawai Daerah , Juretera JPS , Adun Gemas , Penghulu Khalid dan Tok Nal sendiri .

Terima kasih kepada Dato Shaziman khususnya kepada Encik Ujang yang telah memberikan layanan baik dan mesra kepada Tok Nal dan pegawai lain yang hadir .

Semoga projek yang menelan belanja RM 2 juta ini akan dapat mengatasi masalah banjir sekali gus mengurangkan beban mereka yang sering dilanda musibah itu .

Thursday, February 17, 2011

KUNJUNGAN PEGAWAI DAERAH MENYELESAIKAN MASALAH

SALEPAS majlis sepetang bersama masyarakat di balairaya Kampung Tengah petang semalam , Pegawai Daerah Tuan Haji Razali Bakar bersama-sama dengan KPPD(P) Encik Zahirin dan PPD(P) Encik Khairol Azmi bersama-sama dengan Tok Nal dan Tok Jo dan ketua-ketua jabatan lainnya , mengadakan lawatan singkat ke kawasan perumahan PPRT Kampung Tengah .

Lawatan satengah jam itu bukan sahaja dinanti-nantikan oleh penghuni disitu tetapi juga menjadi medan kepada mereka mengadu kepada Pegawai Daerah .

Bekalan air bersih ke penempatan itu , walaupun paip utamanya telah ada tetapi bekalan air belum dipasang lagi kerumah mereka .

Akhirnya atas kebijaksanaan Pegawai Daerah , Tuan Haji Razali meminta KPPD(P) supaya membantu menyelesaikan masaalah itu dengan segera dan jika perlu , mengambil tindakan memasang tapping paip dan membuat tuntutan kepada kontraktor utama yang memasang paip utama disitu .

Walaupun begitu , Pegawai Daerah juga meminta supaya perkara ini di rujuk dulu kepada KKLW , pemilik projek supaya beban peserta PPRT ini dapat diringankan kerana sebahagian darinya adalah terdiri daripada mereka yang sudah berusia .

Keprihatinan Pegawai Daerah mendapat sanjungan dan pujian penduduk disitu , tinggal lagi kita menunggu  projek tapping paip itu dilaksanakan .

Tok Nal mendoakan kesejahteraan Pegawai Daerah yang sama mengambil berat kepentingan rakyat kerana selain beliau ketua pentadbir Tok Nal , Tuan Haji Razali juga sama-sama menunaikan haji ke Makkah tahun lepas .

Tok Nal harap , semua JKKK juga mendoakan kesejahteraan Tuan Razali dan semua staf Pejabat Daerah dan kakitangan kerajaan lain yang bekerja keras untuk menjaga kebajikan rakyat .

Amin

Saturday, February 12, 2011

SEPETANG BERSAMA MASYARAKAT

SEJAK Tuan Haji Razali Bakar menjadi Pegawai Daerah Tampin menggantikan Dato Yusof Yunus , sudah banyak program bersifat mesra arakyat yang beliau anjurkan dan hadiri .

Pertama program mendengar permasalahan rakyat dimana hampir kesemua JKKK dalam daerah Tampin dilawati oleh beliau sambil mendengar dan menyelesaikan masalahan rakyat .

Dan baru-baru ini , di Kg Repah diadakan pula majalis Sepetang Bersama Masyarakat yang turut dihadiri oleh beliau serta ketua-ketua jabatan daerah dan juga penduduk setempat .

Berbanding dengan pejumpaan yang lalu , kali ini , soalan yanag diajukan agak mudah , tidak banyak masalah dibangkitkan dan rakyat mula memahami isu-isu semasa kerana di majlis itu , Tuan Haji Razali turut memberikan penerangan berhubung isu-isu semasa .

Ramai yang hadir memuji usaha Pegawai Daerah dan sama-sama lah kita berdoa semoga usaha murni itu akan mendapat kejayaan yang setimpal .

Tok Nal sebagai salah saorang kakitangan PDT bersyukur mempunyai saorang PD yang berjiwa rakyat dan prihatin memajukan dan menyelesaikan permasalahn rakyat .

Moga-moga Allah memberikan ganjaran yang setimpal kepada  keprihatinan Tuan Haji Razali Bakar itu .

Amin .

Tuesday, February 8, 2011

VIVI KE MRSM

ANAK ke empat Tok Nal dan satu-satunya anak perempuan , Vivi'Asnita berjaya dipilih memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) serting , Jempol .

Tok Nal  dan isteri serta Uwan Vivi Hajjah Hamidah turut sama menghantar Vivi ke MRSM tersebut .

Seramai lebih 150 pelajar terpilih ke MRSM Seting dan kebanyakannya adalah dari Negeri Sembilan , Pahang , Selangor dan Melaka .

Rata-rata ibu bapa gembira dengan pemilihan anak mereka kesitu dan membuat bayaran yang ditetapkan walaupun kadar yang dikenakan itu agak membebebankan mereka .

Kalau tak di pecahkan ruyong , mana kan dapat sagunya .
Vivi sedang memeriksa dokumen dalam fail yang dibawa

VV dan ibu sedang berbaris untuk memeriksa dokumen

Pemandangan dalam kawasan sekolah , pintu masuk ke asrama MRSM Serting

Taklimat sedang disampaikan , mamat sorang tu pulak sibuk-sibuk togak kek dopan .
 

Uwan VV Hajjah Hamidah turut sama menghantar VV ke MRSM

BANJIR DI TAMPIN

MINGGU lalu , Tampin dan Gemas dilanda banjir , bandar Gemas tenggelam sedalam dua kaki manakala beberapa bahagian di Sungai Dua , Air Kuning , Tenai , Kg Tengah , Gedok dan Keru dinaiki air .

Banjir kali ini lebih teruk berbanding tahun 2006 dimana kali ini seramai kira-kira 500 orang berada di pusat-pusat pemindahan .

Walaupun begitu , pengelaman mengalami banjir tahun 2006 menjadikan pentadbiran daerah cukup berpengelaman dalam mengendalikan banjir kali ini .

Bilek gerakan banjir daerah di Pejabat Daerah Tampin dibuka 24 jam dan disitu gerakan membantu mangsa banjir diselaraskan di bilik gerakan itu .

Tok Nal bersimpati dengan mangsa-mangsa banjir yang terpaksa bermalam di pusat-pusat pemindahan yang kurang sempurna tetapi setidak-tidaknya ianya lebih selesa dan selamat berbanding dirumah yang dinaiki air .

Kerjasama ketua-ketua kampung dalam menyelaras mangsa banjir amat baik dan wajar diberikan ucapan tahniah .

Friday, January 28, 2011