Monday, January 5, 2009

OPERASI RELA .......




Hujung minggu lalu Tok Nal menyertai operasi Rela Kuala Pilah membantras PATI ( Pendatang Tanpa Izin ) .

Biarpun penat , letih dan hanya pulang kerumah kira-kira jam 5.00 pagi , Tok Nal rasa bangga kerana selaku rakyat yang prihatin dan ahli Rela , Tok Nal berpeluang menyumbang sadikit tenaga untuk menjamin kesejahteraan rakyat negara ini .

Operasi di ketuai oleh Pegawai rela Daerah Encik Hassan dan dimulakan dengan taklimat kepada semua anggota , diikuti arahan mengikut kumpulan dan tugas masing-masing dan akhir sekali bergerak ke tempat yang hanya diketahui oleh Encik Hassan sahaja .

Bermula jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi , hampir seluruh kawasan yang telah ditentukan berjaya di periksa dan beberapa Pati yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah , diperiksa dan ditangkap .

Seterusnya mereka dihantar ke pusat tahanan di Lenggeng untuk tindakan selanjutnya .

Oleh kerana ini kali pertama Tok Nal menyertai operasi saperti ini , Tok Nal dapat merasakan betapa berbaktinya anggota Rela kepada negara ini .

Dengan imbuhan yang tidak seberapa , mereka menyelinap mengesan tempat kediaman Pati tanpa rasa penat dan jemu dan bertindak mengikut arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Rela melalui Encik Hassan .

Secara keseluruhan Tok Nal dapat rasakan bahawa sumbangan anggota Rela dalam menjaga kedaulatan undang-undang wajar dihargai masyarakat dan tohmahan bahawa anggota Rela tidak berdisiplin sewaktu membuat pemeriksaan adalah tidak benar .

Komando Reput yang juga saorang anggota Rela nampaknya begitu gembira bila sumbangannya membantras Pati mendapat kejayaan biarpun diwaktu orang ramai tidur lena , mereka bergerak dalam gelap untuk membantu membersihkan negara ini dari pendatang tanpa izin .

Tok Nal merakamkan tahniah kepada semua anggota Rela Kuala Pilah atas komitmen berterusan mereka terutamanya kepada pegawai-pegawainya dan Encik Hassan .


Tok Nal – akan sertai lagi jika di ajak .