Monday, August 31, 2009

KELAB PIDATO PEMUDA UMNO


Masa Tok Nal jadi Ketua Pemuda cawangan dan AJK Pemudan Bahagian Pontian , Tok Nal adalah salah saorang Ahli Kelab Pidato Pemuda UMNO Malaysia dibawah kepimpinan Datuk Ahmad Zahid Hamidi , Menteri Pertahanan sekarang .

Masa itu Dato Zahid ialah Ketua Penerangan PPU Malaysia selain Setpol kepada DSN , PM satu Malaysia .

Ketua PPU Pontian masa itu ialah Dato Nasir Safar yang sekarang menjawat jawatan Pegawai Khas PM .

Rakan-rakan Tok Nal masa menyertai kelab itu dah jadi YB , yang jadi exco kerajaan negeri pun ada , tapi itu nasib mereka , nasib Tok Nal macam ini lah .

Tapi Tok Nal bersyukor kerana dapat belajar cara berpidato dan menyampaikan hujjah , setidak-tidak pada masa itu , jangan cabar lah Tok Nal berhujjah , kalau tak Tok Nal balas balik .

Tanyalah Ketua Umno Pontian sekarang , Dato Hasni Muhamaad bagaimana Tok Nal libas dia masa mewakili PPU bahagian Pontian ke mesyuarat cawangan Bandar Pontian .

Tapi itu dulu , sekarang Tok Nal dah jadi macam biasa balek , kalau ada silap tu maafkan saja lahterutamanya kepada Dato Hasni .

Kalau ada ahli-ahjli kelab yang masih ingat pertemuan ini dan terlihat gambar yang Tok Nal papar , hubungilah Tok Nal di talian 019-27118958 .

Tok Nal sekadar nak bertanya kabar , tidak lebih , dapat berborak di talipon pun jadilah .

Seingat Tok Nal Ahmad Maslan , sekarang timbalan menteri adalah salah saorang penceramah dalam kursus termasuk ahli parlimen PKR di Kelantan , Saifuddin Nasution .