Saturday, June 27, 2009

KEINDAHAN DARI SATU KUNJUNGAN



Bagi mereka yang lumpuh , sakit , tidak berdaya dan memerlukan bantuan , tidak ada yang dapat menggembirakan mereka kecuali perhatian yang diberikan oleh keluarga , mesyarakat dan pemimpin setempat .

Jika ada yang datang melawat , bertanyakan khabar dan menghulurkan sadikit bantuan , itu sudah lebih dari memadai biarpun seketika kerana masih ada yang ingat dan sayang kepada mereka .

Tidak kiralah siapa yang datang , anak , isteri , cucu , ahli keluarga , anggota masyarakat mahupun pemimpin setempat saperti Wakil Rakyat , Penghulu , Ketua Kampung , sekurang-kurangnya mengubati sadikit kerinduan mereka kepada suasana yang pernah mereka nikmati sebelum ini .

Dalam rombongan ramah mesra Wakil Rakyat dikawasan DUN Gemencheh , Tok Nal dapat rasakan perkara ini bilamana pesakit yang dilawati , begitu mesra sekali dengan anggota rombongan yang mengunjunginya .

Tergambar kegembiraan di wajah Mat Awal Achan dan Haji Shaari Abdullah dari Kampong Ulu Rokan dan saorang lagi dari Felda Bukit Rokan sewaktu dikunjungi rombongan ini .



Bukan lah sadikit atau banyaknya sumbangan yang diharapkan , tetapi rasa simpati yang diluahkan sudah cukup untuk mengubati sadikit kesakitan yang mereka alami .

Tok Nal harap usaha ini diteruskan supaya kebajikan rakyat sentiasa terbela dan rakyat menyayangi dan menyanjungi wakil mereka saperti mereka menyayangi saudara mereka sendiri .



Tahniah lah Tok Kamil .

OLEK SEKAMPONG



RAMAI yang hadir dalam majlis Olek Sekampung sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau peringkat Negeri Sembilan 2009 di Dewan Besar Gemas .

Majlis yang bermula pada 26 Jun 2009 ditutup pada 27 Jun 2009 dimana YB Zainab Nasir Adun Gemas adalah antara tetamu yang hadir .

Gerai pameran anti dadah , pameran dari polis , kesihatan , pemeriksaan kesihatan percuma , ceramah dan persembahan malam jalinan mesra nafas baru methadone adalah antara yang dijalankan .

Acara saperti ini bukan sahaja baik bagi menambahakan pengetahuan tetapi juga boleh digunakan bagi mengeratkan perpaduan .

Rakyat tanpa mengira kaum , bangsa dan agama berganding bahu mendengar ceramah yang disampaikan berhubung bahayanya asap rokok kepada mereka .

Selai n membazirkan wang , asap rokok juga merbahaya kepada orang lain terutamanya kanak-kanak dan bayi yang masih kecil .

Moga perlancaran majlis ini akan mengurangkan tabiat merokok dikalangan rakyat yang tidak menguntungkan mereka itu .

Tok Nal dah lama berhenti dan berharap tidak akan merokok lagi . Insya-Allah .

AFENDI TAHIR - Pen Pegawai Pertanian Tampin





Pada tahun 1977 , Tok Nal dan Afendi memasuki IPM , Parit Perak .

Ramai rakan lain yang sama antaranya Ahmat Boit ( sudah meninggal ) Rahmat Gholam , Pak Ya Jelebu dan Afendi sendiri yang dikenali Afendi Bongek kerana , beliau berasal dari Kg Bongek Rembau .

Hari ini , Afendi menjadi Penolong Pegawai Pertanian Daerah Tampin .

Tahniah .

Moga bintang Afendi sentiasa cerah dan mendapat penghargaan .

Tok Nal juga berharap , bintang Tok Nal juga bersinar macam Afendi .