Monday, June 21, 2010

PERTUNANGAN MALEK


ADIK Ipar Tok Nal , Abd Malek Mokhtar melaqnsungkan pertunangan di Felda Kepis hujung bulan yang lalu .

Tok Nal dan Isteri serta ahli keluarga yang lain hadir dalam majlis itu .

Bersama-sama ini ada beberapa gambar sekitar majlis pertunangan itu .

MAJLIS KAHWIN AZMIR

ANAK buah Tok Nal Khairol Azmir bin Ahmad , selamat melansungkan perkahwinannya hujung bulan lalu dengan gadis cina Islam , Aisyah Abdullah .

Meriah majlis perkahwinan dan ramai jemputan yang datang .

Tahniah lah kepada Azmir dan pasangannya dan semoga kekal ke akhir hayat .

Amin ...


MESYUARAT UMNO TAMPIN


TUAN Pegawai Daerah Tuan Razali Bakar meminta Tok Nal mengiringi beliau ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Tampin di Dewan Majlis Bandaran Tampin malam semalam .

Sebagai kakitangan yang menurut perintah , Tok Nal hadir bersama-sama dengan JD JKR Tampin dan SU Majlis Daerah Tampin .

Majlis dirasmikan oleh Menteri Pertaanian Dato Seri Noh Omar yang merupakan rakan karib Tuan DO kita semasa beliau bertugas di Selangor dulu .

Begitu lah kalau berbuat baik ditempat orang , dimana pun berada sentiasa dikenang orang .

Tahniah lah Tuan .