Saturday, January 16, 2010

WIFI PERCUMA DI GEMENCHEH

MENJELANG Jun tahun ini , Gemencheh bakal mendapat wifi atau internet jalur lebar tanpa wayar secara percuma yang di letakan di pejabat Adun Gemencheh .

Kemudahan 24 jam sehari ini setidak-tidaknya dapat membantu pemilik lap top persendirian untuk melayari internet mengikut kesesuaian masa mereka secara percuma .

Jika tidak terpaksalah mereka membeli modem sendiri atau melayarinya di cyber cafe berbayar yang ada di sekitar Gemencheh .

Adun Gemencheh Dato Mohd Kamil A Aziz berkata kemudahan itu akan dibekalkan selewat-lewatnya pertengah tahun ini dan mereka yang berada dalam lingkungan 500 meter dari pejabat adun dapat menggunakan kemudahan ini dengan percuma .

Beliau menyarankan agar semua pihak menggunakan kemudahan yang bakal disediakan itu termasuk pelajar sekolah , pemimpin masyarakat dan JKKK .

Setiap JKKK patut mempunyai laman web masing-masing atau sekurang-kurangnya blog yang boleh memaparkan aktibiti JKKK dan projek pembangunan saperti yang dijalankan oleh JKKK Batang Rokan .

Orang ramai perlu diberitahu apa yang JKKK telah buat untuk kemajuan kampung dan medan yang paling sesuai dan mengikut kehendak semasa ialah laman web atau pun blog .

Dato Kamil berharap , usaha beliau ini dapat dihargai oleh orang ramai dengan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan itu untuk kebaikan dan kepentingan bersama .