Tuesday, August 23, 2011

BALASUNGKAWA - PENGHULU RIDZUAN

TOK Nal mengenali Penghulu Ridwan atau lebih dikenali sebagai Wan sahaja apabila melapurkan diri untuk bertugas sebagai Penghulu di bangunan SUK Seremban . Disana , Tok Nal berjumpa dengan Penghulu Wan dan 17 rakan yang lain dan kami bersama-sama mengikuti kursus induksi khusus selama tiga hari .

Kadang kala tu berbulu juga bila melihat Penghulu Wan begitu kerek sekali , maklumlah semua orang di SUK dia kenal dan kerana perwatakannya yang agak serius menjadikan kami rapat tetapi agak geram .

Pada hari terkhir kursus pada 18 Oktober 1996 , kami mendapat surat arahan melapurkan diri bertugas dan tanpa disangka , Tok Nal dan Penghulu Wan  diarahkan bertugas di Pejabat Daerah Kuala Pilah bersama-sama dua rakan yang lain iaitu Penghulu Mat dan Penghulu Taufik .

Dari situ lah mulanya , Tok Nal rapat dengan Penghulu Wan dan beliau sering memberikan pandangan yang biasanya selari dengan pendapat Tok Nal dan Tok Nal dapat rasakan Penghulu Wan adalah saorang yang kritis tetapi agak tegas pendiriannya .

Beliau aktif dalam sukan terutamanya bowling , bola tampar dan pernah menjadi setiausaha persatuan bola sepak Kuala Pilah sementara Tok Nal pernah menjadi bendahari PBSKP sekejap .

Kemudian pada tahun 2004 , Tok Nal dan Tok Wan diarahkan berpindah dimana Tok Wan ke Seremban dan Tok Nal ke Tampin tetapi hubungan kami tetap erat dan sering bertukar pandangan .

Dan apabila berjumpa kali terakhir pada majlis persukuan adat perpatih di Seri Menanti , Tok Nal dapat rasakan yang Penghulu Wan agak kurang sihat dan beliau memaklumkan bahawa pernah satu ketika beliau diserang penyakit angin ahmar yang menyebabkan sebelah tangannya tidak boleh diangkat tetapi pada ketika itu telah berasur-ansur baik .

Tok Nal doakan semoga roh Penghulu Wan di cucuri rahmat dan di ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh , Penghulu Wan adalah antara rakan-rakan yang sentiasa mendoakan keselamatan Tok Nal semasa hendak mengerjakan haji tahun sudah .

Ramai yanag tidak mengetahui bahawa Penghulu Wan adalah master mind di sebalik cita-cita Tok Nal untuk memimpin kesatuan dulu walaupun beliau jarang menghadiri mesyuarat agung tetapi banyak idea yang Tok Nal lontarkan adalah hasil perbincangan antara Tok Nal dan Penghulu Wan .

Semoga keluarga Penghulu Wan berada dalam kesejahteraan dan bersabar menghadapi dugaan Allah .

KESATUAN PENGHULU NS TIDO ?

TOK Nal tak nak membangkitkan perkara yang menyakitkan hati sepanjang bulan ramadhan ini dan buat dosa tetapi kerana keadaan sudah terlalu mendesak , Tok Nal sebutkan juga tambahan lagi Tok Din Tenai dah beberapa kali bangkit perkara yang sama dengan Tok Nal .

Apa sudah jadi dengan Kesatuan Penghulu Negeri Sembilan , wujud lagi ke atau pun pemimpinya tido kerana perjuangan untuk mengisi perjawatan Penghulu tidak lagi menjadi teras utama mereka .

Salepas dapat gred 32 terus senyap , jika tidak dulu tu saban hari bergelumang mengejar sedara untuk mendapatkan jawatan .

Di Tampin , dari 4 post , hanya ada saorang Penghulu , di Gemas dua jawatan tapi hanya ada Penghulu Khalid manakala di Kuala Pilah , dari 8 jawatan , cuma ada tiga orang sahaja Penghulu .

Seremban pula , ada dua kekosongan , satu yang di tinggalkan oleh Penghulu Sanusi dan satu lagi dengan kembalinya ke rahmatullah Penghulu Ridzuan baru-baru ini .

Di Rembau pula , lansung tak ada Penghulu salepas Penghulu Zainudin Amin bersara , ada kalau tak silap 6 jawatan disitu manakala di Jempol , masih kurang satu jawatan .

Manakala di PD pula khabarnya , masih kurang saorang Penghulu dan di Jelebu , bakal kosong dua jawatan apabila Penghulu Naza bersara pilihan dan Penghulu Karim sedang menunggu permohonan untuk bersara pilihan juga .

Penghulu Sheikh juga khabarnya sedang merancang juga untuk bersara pilihan , betul  ke ?

Begitulah keadaan perjawatan Penghulu dimana Kesatuan Penghulu NS macam tak nampak aje perkara ini .

Tak kan lelap sebab dah naik jawatan kot , tengok lah sikit anak buah ni , bincanglah baik-baik dengan Kerajaan Negeri tentu ada jalan penyelesaiannya .

Itu lah akibatnya kalau hendak jawatan kesatuan untuk mendapatkan jawatan yang lain , yang wajib tinggal , yang sunat pun tak buat .

Tok Nal - sedekahkan Alfatihah untuk arwah Penghulu Ridzuan Jaafar .

MINAL AIDIL WAL FAIZIN

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada pengjengah blog ini terutamanya kepada Pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Tampin , Ketua-ketua Kampung Daerah Tampin , rakan dan taulan , sahabaat handai , saudara mara dan juga sesiapa sahaja yang mengenali Tok Nal .

Tok Nal merakamkan ucapan mohon ampun dan maaf jika ada kesalahan yang Tok Nal lakukan sebelum ini baik secara sadar atau tidak dan bagi mereka yang mungkin mengumpat Tok Nal ke atau apa sahaja , Tok Nal maafkan semuanya .

Juga Tok Nal nak minta ampun maaf kepada ibu Tok Nal , saudara mara dan tak lupa kepada isteri Tok Nal Hajjah Sapura Haji Mokhtar dan kesemua anak Mohamaed'Nadzeem , Mohamed'Nadzir , Mohamed'Nadzmi , Vivi'Asnita dan Mohamed'Naqiudeen .

Tak lupa juga kepada kedua mentua Tok Nal dan ahli keluarga mereka .

Salah dan silap kita maafkan , semoga raya akan meriah dan penuh keberkatan .