Wednesday, February 18, 2009

BUKIT FRASER



BUKIT FRASER BEGITU INDAH

Balik dari kursus di INSTUN , Tok Nal singgah sekejap di Bukit Fraser , satu tempat yang Tok Nal pernah dengar tetapi baru sekarang dapat kesana .

Berkenalan dengan Penghulu Pontian yang akan bersara mei ini dan Penghulu Kota Tinggi yang punya banyak pengelaman semasa kursus di Instun begitu indah sekali .

Ke Bukit Fraser punyalah sukar bila pertama kali memandu di jalan yang berliku dari Kuala Kubu Baru yang jaraknya cuma kira-kira 45 minit perjalanan .

Tambah memeritkan bila melalui tebing bukit yang lebar jalannya hanya muat sebuah kereta sepanjang kira-kira 9 kilometer , tetapi dalam menggigil ketakutan memandu , Tok Nal teruskan juga kerana peluang saperti itu tidak selalu datang .

Satengah jam di Bukit Fraser memang tidak cukup , Tok Nal menikmatinya sebaik mungkin biarpun hasrat hati ingin menikmati secawan the tarik kat situ tak tercapai .

Tapi Tok Nal amat berpuas hati melalui kesukaran sebelumnya kerana memang Bukit Fraser amat mengkagumkan .

Susananya nyaman , selesa dan amat menyenangkan selain indah dengan alam semula jadinya .

Sesuai untuk dijadikan tempat istirehat , riadah dan bersantai bersama keluarga .

Tok Nal teringin untuk bersantai bersama isteri dan anak jika berpeluang kesana lagi .

Tak sangka , disebalik bukit wujud satu pekan kecil yang begitu indah dan menyenangkan .

Patutlah ramai pelancung luar negeri kesana .

Tidak ada kurangnya tempat perlancungan di negera ini kita rupanya .


Tok Nal – war-war produk negara kita .

Sunday, February 8, 2009

SELAMAT TAHUN BARU CINA


SELAMAT TAHUN BARU


BERSAMA-SAMA Adun Chennah YB Tuan Siow Chen Pin , Ketua MCA Tampin , Pengerusi JKKK Kg Baru Gedok dan Pegawai Kg Baru , Tok Nal menyambut Tahun Baru Cina dan merasmikan pintu gerbang di Gemencheh baru-baru ini .

Kehadiran Tok Nal adalah atas jemputan pengerusi JKKK terbabit selain menjadi wakil kepada Adun Gemencheh Dato Mohd Kamil Aziz mempunyai tugas penting di Kuala Terengganu .

Terima kasih Dato atas kepercayaan itu dan Tok Nal sentiasa bekerja sama erat dengan semua wakil rakyat kawasan kita .

Biarpun tak ramai kaum bukan Cina yang bersama-sama dalam majlis itu , tetapi kehadiran Tok Nal dan beberapa lagi kaum Melayu dan India menunjukan bahawa keharmonian antara kaum di negara ini khususnya di Gemencheh amat baik sekali .

Inilah kali pertama Tok Nal bersama dengan wakil rakyat Chennah tersebut , Tok Nal sudah dapat merasakan betapa akrabnya hubungan YB ini dengan semua masyarakat tidak kira Melayu , Cina atau India .

Moga-moga YB sentiasa mendapat sokongan rakyat dan menjadi pemimpin yang disukai dan menjalankan tugas dengan cemerlang , gemilang dan terbilang .

Begitu juga harapan Tok Nal pada YB Dato Kamil .

Amin ……

ATEH IBRAHIM

Tok Nal nak ucapkan tahniah kepada Datuk Ibrahim Jahaya bekas Adun Seri Menanti yang tidak pernah putus-putus menerima anugerah Tuhan .

Lepas bersara sebagai Guru Besar , beliau dilantik sebagai wakil rakyat Seri Menanti selama dua penggal biarpun sebelum itu macam ada perjanjian bahawa wakil rakyatnya hanya sepenggal sahaja tetapi Ateh Brahim berjaya mengubahnya .

Kemudian dipilih pula menjadi Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan , satu jawatan yang paling tinggi kedudukannya dalam hieriki petani di negeri ini .

Dan khabar terbaru yang Tok Nal terima , Ateh Brahim dilantik pula oleh Kebawah DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan sebagai Penyelaras Adat Istana Besar Seri Menanti .

Begitu lah nasib orang bertuah , tak henti-henti menerima anugerah Tuhan dan moga Ateh Brahim sentiasa di beri rahmat dan hidayah dalam menunaikan tanggungjawabnya .

Amin …..


Tok Nal – sentiasa bersama dengan Ateh Brahim

Wednesday, February 4, 2009

BOTA DALAM INGATAN


Mengimbau kenangan 30 tahun lalu di Bota Kanan , Perak , mengingatkan Tok nal kepada deretan kedai papan di pekan kecil itu .

Hujung minggu lalu Tok Nal singgah sekejap di pekan itu dan apa yang ada 30 tahun lalu masih sama dengan sekarang , dan kalau berubah pun bangunan kedainya yang dah dinaikan batu .

Lagi satu sudah wujud pusat pembiakan tuntung spesies yang seakan-akan labi-labi atau penyu , yang lain masih sama .

Tidak banyak pembangunan disitu , kilang getah Mardec yang terletak dijalan Parit masih macam tu juga .

Cuma sungai Perak yang pernah Tok Nal mandi manda satu ketika dulu terutamanya bila hostel ketiadaan bekalan air paip , sudah semakin cetek .

Mungkin kerana kerja-kerja mengorek pasir telah dihentikan .

Tahun 1978 bila Tok Nal belajar disana , Tok Nal dapat merasakan betapa dekatnya Bota dengan Tok Nal kerana seakan-akan sama dengan kampung Tok Nal di Jempol .

Sekarang Bota telah agak berubah tetapi perubahan itu masih dalam bentuk lama , entah bila penduduk Bota dapat menikmati pembangunan yang seimbang saperti pekan-pekan lain .

Walau pun begitu , Tok Nal masih merasakan hangatnya Bota di hati Tol Nal , satu pekan koboi yang menimbulkan berbagai kenangan pahit manis .


Tok Nal - berkata kepada anak-anak bahawa pembangunan tidak sepenting nostalgia .