Thursday, June 4, 2009

PROGRAM JALINAN KASIH


Program Jalinan Kasih Rabbani anjuran Pejabat Daerah Tampin dan Pejabat Pembangunan Negeri , Negeri Sembilan telah diadakan di dewan Pejabat Agama Islam daerah Tampin , pagi tadi .

Kira-kira 80 peserta yang terdiri daripada peserta SPKR daerah dan keluarga mereka hadir dalam majlis itu yang dirasmikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah , khidmat pengurusan Anirwan Fauzi Mohd Ani .

Antara lain beliau berkata , budaya M iaitu malas menjadikan kita terhimpit oleh kemiskinan kerana mereka yang berjuang tanpa malas , pasti akan mencapai kejayaan .

Kerajaan banyak menyalurkan bantuan kepada keluarga termiskin didaerah ini tetapi kadang kala bantuan itu disalah gunakan dengan tidak memakainya , menjualkan atau membiarkan sahaja ditepi-tepi rumah .

Ini menjadikan kehidupan mereka sentiasa dihimpit kemiskinan sedangkan jika mereka rajin berusaha , sudah pasti nasib mereka akan berubah .

Beliau meminta setiap peserta menghayati setiap motivasi yang diberikan dan mengubah diri kerana hanya kita sahaja yang mampu mengubah kehidupan kita , bukan orang lain .

Adalah diharapkan , supaya mereka sedar bahawa kerajaan amat prihatin kepada nasib mereka dan terpulanglah kepada mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mengubah kehidupan mereka .

Tok Nal mendoakan agar mereka dapat memahami mesej yang disampaikan dan membina kejayaan diri untuk kepentingan diri mereka dan keluarga .