Sunday, December 1, 2013

WALAU pun anak bongsu Tok Nal , Mohamed ' Naqiudeen @ Kudin hanya mendapat 3 A dan 2 B dalam UPSR baru-baru ini , Tok ucapkan syabas kepada Kudin dan berharap Kudin akan berusaha dengan gigih lagi .
Comel tak Kudin ni ?

Keputusan itu bukan bermakna gagal cuma tidak menepati kehendak sahaja kerana Kudin wajar mendapat 5 A atas daya usaha yang dijalankan sebelum itu .

Tak apa lah , keputusan itu juga wajar diterima dengan kata Alhamdullillah dan bersyukur dengan kurniaan NYA .

Lepas ini , Kudin akan belajar di tingkat satu di Tunku Muhammad School ( TMS ) Kuala Pilah salah sebuah sekolah yang dikira baik didaerah ini .

Tok Nal juga bercadang nak masukan Kudin ke asrama kerana anak bongsu Tok Nal ini , meroyan sakan dengan permainan game komputer .

Dilarang pun susah nak ikut , kalau dah tak ada kemudahan itu lagi , moga-moga Kudin dapat tumpukan perhatiannya kepada pelajaran .

Amin ....
Anak bongsulah katakan ...

Tok Nal - di pohon doa moga kejayaan berada dihadapan Kudin .

NAMI DI UiTM SEGAMAT

Uitm Segamat Johor

Nami sewaktu mendaftar dan menyelesaikan dokumen-dokumen

Nami dan Ibu salepas penat mengemas dibilik





NAMI atau Nadzmi , anak kedua Tok Nal , 24 November lalu mendaftar untuk menyambung pelajaran di semester dua diploma DBS - pengangkutan  di Uitm Segamat .

Sebenarnya Nami ditawarkan tempat di Uitm Pasir Gudang tetapi dimaklumkan kampus disana belum lengkap lagi jadi di transitkan sementara di kampus Segamat .

Alhamdulillah , pencapaian semester satu baik dan memberansangkan , gred pertama dengan CGPA 3.63 .

Teruskan usaha Nami semoga lebih cemerlang lagi dan sebagai bapa Tok Nal mendoakan kejayaan yang cemerlang buat anak-anak Tok Nal .

Mudah-mudahan Nami akan terus mencipta kejayaan demi kejayaan untuk dirinya , keluarga , masyarakat dan negara ini .

Amin ....


Tok Nal - gembira dengan kejayaan anak-anak .

GRADUASI VIVI AT MRSM SERTING

Vivi dan Ibu - Hajjah Sapura Haji Mokhtar

Vivi bersama Tok Nal salepas majlis graduasi di MRSM Serting

VIVI ' ASNITA BINTI ZAINA'LARIFIN

ANAK ke empat Tok Nal yang juga adalah satu-satunya anak perempuan Tok Nal VIVI ' ASNITA berjaya memperolihi perncapaian yang memberansangkan dalam peperiksaan akhir di MRSM Serting dengan memperolihi CGPA 3.32 .

Kedudukan itu adalah kelas dua atas dan Tok Nal harap salepas ini tingkatkan usaha lagi untuk mendapat tempat dalam kelas pertama pula .

Perjuangan saorang pelajar ialah memperolihi markah yang baik dalam peperiksaan dan kedudukan yang baik dikalangan mereka-mereka yang terbaik .

Vivi bercita-cita nak jadi dokter dan Tok Nal doakan semoga cita-cita Vivi akan dimakbulkan Allah .

Amin ......


Tok Nal - mendoakan kejayaan semua anak dari yang pertama hingga yang bongsu .


EKSPEDISI SEMENANJUNG 11 KELAB SUZUKI VITARA



 

SAMADA anda ahli kelab suzuki vitara atau tidak , asalkan ada memiliki atau menggunakan suzuki vitara , mari kita sokong usaha kelab suzuki vitara menganjurkan ekspedisi semenanjung 11  yang akan bermula 7 disember ini di Putrajaya .

Tak dapat ikut sampai habis , ikut separuh jalan pun jadilah .

Tok Nal pun ikut tapi dari Kuala Pilah ke Gunung Ledang aje , lepas tu pusing semula ke KP .

Bukan tak mahu ikut sampai habis cuba komitmen lain banyak , mungkin lain kali , kalau dekat dan masanya agak singkat sikit , Tok Nal akan ikut sampai tamat .

Kepada rakan-rakan ahli Kelab Suzuki Vitara , Tok Nal ucapkan selamat ber'sahabat' dengan Tok Nal dan semoga persahabatan kita akan membawa banyak kebaikan kepada kita semua .

Terima akasih atas kesudian Tuan-Tuan semua yang sudi menerima Tok Nal sebagai rakan , Tok Nal akan cuba buat yang terbaik untuk kita semua .

Mudah-mudahan ........


Tok Nal - jumpa di Seri Menanti , Kuala Pilah .
SALAM...


Tok Nal dah ada suzuki vitara 1.6 JLX , dah masuk kelab suzuki vitra ..


Lepas ini boleh masuk 4X4  he,he.....


Tok Nal mohon maaf kerana lama menyepi , tiada kabar berita dan sonyap ajo . Sebenarnya Tok Nal macam biasa aje , ok , tiada masalah cuma entah macam mano , mood nak menulis hilang . Sebab tu menyepikan diri .

Lepas berehat ini , Tok Nal nak kembali aktif semula . Berbicara tentang kerja , keluarga , masyarakat dan sekali sekali memberikan analisa politik  .

Buat bacaan semua aje , sekadar nak berkongsi maklumat .

Tak lebih dari itu .


So , jumpa lai ......................


Tok Nal - dah rindu nak membaca tulisan sendiri semula