Wednesday, December 9, 2009

KEMALANGAN DI BUKIT PUTUS

Bukit Putus bukan sahaja ada di sempadan Kuala Pilah - Seremban tetapi juga berada di sempadan Tampin - Alor Gajah .

Keadaan jalan disitu baik cuma selekohnya agak tajam dan jika tidak berhati-hati memandu , boleh berlaku kemalangan .

Masa ke Gemencheh , Tok Nak terserempak dengan kejadian kemalangan yang membabitkan lori papan terbalik .

Nasib baik tiada kejadian kemalangan maut kerana lori tersebut mungkin terbabas sendiri .

Jadi berhati-hati lah semasa memandu di Bukit Putus .

MELAKA BANJIR




ENTAH mana silapnya , bila hujan lebat saja , kota Melaka pun banjir .

Hari itu , Tok Nal sekeluarga ke Melaka , tiba ditengah kota , hujan lebat dan banjir kilat berlaku .

Adalah sebuah dua kereta yang ditenggelami air , walaupun Tok Nal dapat mengelak dari merempuh banjir itu , tapi Tok Nal kurang selesa kerana jika banjir , semuanya ajadi susah .

Yang bawa kereta susuah , bawa motor lagi susah , peniaga susah , pembeli juga susah dan yang kereta mereka tenggelam juga turut susah .

Macam mana nak atasi banjir ini , kena fikirkan caranya dan Tok Nal harap , banjir tidak berlaku lagi .

Mudah-mudahan .