Tuesday, April 13, 2010

BAIK PULIH RUMAH

TAHUN 2010 , Kerajaan Negeri melalui Projek Dana Khas Menteri Besar telah meluluskan sebanyak 26 projek bagi DUN Repah dan 40 projek membaiki rumah bag0i DUN Gemencheh yang keseluruhannya bernilai RM 562,027.53 .

Dari jumlah itu , RM 234 , 634.60 adalah peruntukan untuk Repah manakala bakinya sebanyak RM 327,392.93 adalah bagi  Gemencheh .

Jumlah peruntukan yang besar itu menunjukan keprihatinan Kerajaan Negeri kepada rakyat dengan memberikan bantuan membaiki rumah mereka terutamanya yang mengalami kerosakan teruk dibahagian atap , dinding dan lantai .

Selain itu , kelulusan itu juga memberi nikmat yng besar bukan sahaja kepada pemilik rumah yang dibaiki tetapi juga kepada kontraktor kelas F yang menjalankan kerja-kerja  tersebut .

Kontraktor terpilih adalah 100 peratus kontraktor Melayu dan tentunya kelulusan peruntukan itu memberikan banyak faedah kepada perkembangan ekonomi mereka dan juga daerah ini .

Boleh dikatakan , semua kampung dalam kedua-dua DUN itu mendapat peruntukan membaiki rumah dan sewajarnya mereka yang menerima peruntukan itu , berterima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri khususnya kepada MB dan Wakil Rakyat Kawasan .

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat kontraktor yang membina projek serta penerima bantuan membaiki rumah di kedua-dua DUN itu , boleh lah berhubung dengan Tok Nal untuk mendapatkan penjelasan .

Kerjasama semua pihak termasuk JKKK di perlukan bagi memantau perlaksanaan peruntukan itu supaya hasrat Kerajaan Negeri membaiki rumah rakyat tercapai sepenuhnya dan memuaskan hati semua pihak .

Mudah-mudahan lebih banyak lagi peruntukan untuk rakyat dapat disalurkan di kedua-dua DUN itu dan juga di DUN-DUN lain di negeri ini .