Wednesday, July 13, 2011

MAJLIS PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (MPLB)

MPLB alias majlis pembangunan luar bandar peringkat daerah Tampin di tubuhkan dimana mesyuarat pertamanya diadakan di bilik gerakan Pejabat Daerah Tampin dan di pengerusikan oleh Encik Zahirin Adnan KPPD(Pm) mewakili Pegwai Daerah Tampin .

Majlis ini ditubuhkan atas arahan Jemaah Menteri dimana Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato Seri Shafie Apdal telah melantik Dato Shaziman Abu Mansor sebagai pengerusi MPLB .

Urusetia MPLB di peringkat daerah Tampin ialah Pegawai Risda Daerah dimana Pegawai Daerah menjadi Pengerusi Bersama dengan Ahli Parlimen .

Keanggotan MPLB ialah Adun Bn dalam kawasan parlimen Tampin , agensi dibawah KKLW , ajensi lain yang terbabit dengan pembangunan luar bandar termasuk Pejabat Daerah , Penghulu-penghulu Mukim , pengerusi JKKK yang difikirkan sesuai  serta ngo yang berkaitan dengan pembanguan luar bandar .

Menurut surat perlantikan yang diedarkan , peranan MPLB ialah mencadangkan input kepada pembentukan dasar kerajaan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PIPLB) , mencadangkan projek-projek luar bandar yng memberikan impak yang tinggi , menjadi pemudah cara dalam menyelaras isu-isu pembangunan , membantu mempertingkatkan sistem penyampaian dan mengawal serta memantau pembangunan luar bandar secara bersepadu .

Mesyuarat MPLB akan dijalankan secara berkala sebanyak 4 kali setahun dan minit mesyuarat ihantar terus kepada Ketua Setiausaha kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah .

Di peringkat JKKK , Tok Din dilantik mewakili JKKK Tampin manakala Tok Nal dan Tok Khalid mewakili Penghulu di Pejabat Daerah Tampin dan Daerah Kecil Gemas .

Tutur dilantik ialah pengerusi-pengerusi parti komponen BN saperti mca,mic,gerakan dan PPP .


Tok Nal - terima kasih kepada kerajaan kerana melantik Penghulu menduduki jawatankuasa majlis MPLB .

NASIHAT YTM TUNKU BESAR TAMPIN

SEMASA di majlis YTM Tunku Besar Tampin bersama asnaf fakir dan miskin menjelang ramadhan al mubarak di dewan Pejabat Agama Islam Tampin pagi ini , Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus Al Qadri bersabda menasihatkan fakir miskin yang menerima bantauan dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) supaya mengamalkan budaya yang sesuai dengan taraf ekonomi mereka dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk dan berbuat sesuatu yang tidak sesuai dengan taraf mereka .

Mengambil contoh , YTM bersabda , ada penerima dan juga mereka yang memohon bantuan Mains memasang saluran astro dirumah masing-masing sedangkan saluran itu berbayar dan wang sewa boleh digunakan untuk tujuan lain .

Menurut YTM , mereka perlu paham bahawa bantuan diberikan kerana keadaan mereka yang fakir dan miskin , jadi membayar kepada sesuatu keperluan yang mengatasi kedudukan kewangan mereka amat tidak sesuai sekali .

YTM meminta supaya mereka jujur dan tidak menjadikan kemiskinan sebagai alasan sedangkan mereka mampu untuk membayar sewa astro sahingga RM 80 sebulan .

Fakir miskin dari kariah masjid dalam kawasan Tampin menerima bantuan kewangan dalam majlis itu .

Tok Nal rasa nasihat YTM memang wajar diambil perhatian kerana ada fakir miskin yang bukan sahaja menggunakan wang yang ada untuk membayar bil astro malahan memiliki sahingga dua talifon bimbit saorang .

Bagi mereka ini satu keperluan semasa dan memohon bantuan kepada Mains dan kerajaan atas alasan miskin sedangkan mereka mampu untuk membayar segala keperluan mewah yang lain .

Jika ada yang sebegitu , Tok Nal cadangkan supaya permohonan mereka dihentikan sahaja atau yang baru memohon di tolak kerana mereka mengutamakan kepentingan yang tidak utama sahingga menjadikan mereka miskin .



Tok Nal - biar miskin harta agar kaya budi .