Thursday, December 31, 2009

DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH TAMPIN 2020

ORANG ramai di sekitar Gemencheh dijemput untuk hadir beramai-ramai ke majlis taklimat Publisiti dan Bantahan Awam , Draf Rancangan Kerajaan Tempatan Daerah Tampin 2020 pada 12 Januari 2010 di Dewan Seri Gemencheh untuk mengetahui perancangan pembangunan daerah ini menjelang tahun 2020 dan mengemukakan pandangan atau bantahan atas deraf yang disediakan MDT .

ADUN Gemencheh Dato Mohd Kamil A Aziz yang juga ahli majlis MDT berkata , orang ramai tidak patut melepaskan peluang untuk memeriksa deraf yang disediakan kerana ia adalah dokumen rasmi yang akan digunakan dalam merancang pembangunan untuk kemudahan penduduk di daerah Tampin .

Selain itu , mereka juga berpeluang mengetahui projek-projek yang yang akan dilaksanakan oleh kerajaan apabila deraf tersebut di luluskan dan orang ramai boleh merancang pembangunan mereka sendiri berdasarkan perancangan kerajaan itu .

Dengan slogan “ gerbang selatan “ daerah Tampin bukan sahaja bakal membangun seiring dengan pembangunan semasa tetapi juga bakal menjadi kawasan tumpuan kemasukan pelancung dan orang ramai dari kawasan selatan tanahair .

Gemas pula akan menjadi pintu masuk utama dari selatan dan perancangan pembangunan termasuk projek perumahan , perindustrian , pendidikan , ekonomi terdapat dalam deraf itu .
Sementara Gemencheh akan menjadi nadi utama pembangunan Tampin dimasa hadapan .

Tok Nal berharap usaha Dato Kamil ini bukan sahaja dapat memberikan peluang kepada penduduk Gemencheh untuk mengetahu perancangan pembangunan setempat disitu tetapi juga membolehkan penduduk juga merancang pembangunan diri mereka sendiri .

Sama-sama kita sokong usaha murni ini dengan hadir beramai-ramai tidak kira samaada kita berada diGemencheh atau tidak atau kita anak jati Gemencheh atau tidak kerana deraf ini terbuka kepada semua yang merasakan ada kepentingan di kawasan ini .

Semua Ketua Kampung telah diminta mewar-warkan perkara ini dan datang bersama-sama dengan jawatankuasa JKKK masing-masing supaya tiada yang ketinggalan dalam mendapatkan maklumat berkaitan .

Tahniah kepada Dato Kamil atas keprihatinan dan daya usaha yang telah diambil itu .

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010