Friday, December 31, 2010

BAPA ANGKAT JKKK

41 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung daerah Tampin menerima Bapa Angkat yang terdiri dari jabatan-jabatan kerajaan daerah ini bagi membantu dan menyelaras program dan aktibiti JKKK terbabit .

Kesemua JKKK di perkenalkan dengan ketua-ketua jabatan yang hadir dan diberikan sijil pengesahan bapa angkat mereka .

Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab jabatan terbabit melalui pegawai yang dilantik untuk memantau perkembangan JKKK yang menjadi anak angkat mereka selain memberi nasihat mengikut keperluankan semasa.


Cuma yang menjadi persoalannya ialah kenapa masih ada Pengerusi JKKK yang culas , tidak mahu datang dan tidak berminat dengan usaha yang dijalankan ini serta mengambil mudah arahan yang dikeluarkan kerajaan negeri dan Pegawai Daerah .

Tindakan tegas mesti diambil kerana jika tidak ianya boleh menjadi barah dan merebak kepada JKKK yang lain sahingga boleh melemahkan jentera pentadbiran di kampung .

Pengerusi Ketua kampung Tampin Baharudin Rashid meminta supaya setiap JKKK yang gagal hadir. supaya diberikan surat tunjuk sebab dan jika perlu diambil tindakan termasuk melapurkan kepada kerajaan negeri supaya tugas mereka dapat digantikan dengan calun lain yang lebih layak dan berkeupayaan .

Saranan itu mendapat maklumbalas segera Pegawai Daerah dengan meminta Unit Pembangunan PDT mengeluarkan surat tunjuk sebab itu dan mengenalpasti mana-mana JKKK yanag tidak berminat menjalankan tugas .

YB Dato Hajjah Zainab Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga Adun Gemas turut menyokong usul yang dicadangkan itu dan berharap ianya dapat memberi pengajaran kepada mereka yang terbabit .