Saturday, August 29, 2009

BERSAHUR BERSAMA RAKYAT



TIADA perkataan yang dapat digambarkan oleh Ekcik A Rahman Arshad dari Kampung Ulu Rokan , Gemencheh bila beliau sekeluarga di kunjungi oleh Adun Gemencheh serta isteri dan rombongan ketika bersahur hujung minggu lalu .

Beliau yang tinggal bersama saorang isteri dan lima anak mengucapkan terima kasih atas kunjungi itu dan mendoakan agar kesemua anggota rombongan termasuk Dato Kamil A Aziz dan Datin Siti Halimah Bahaman mendapat kesejahteraan Allah .

Rombongan bersahur di rumah keluarga miskin ini adalah idea Dato Kamil sendiri dimana beliau akan kerumah keluarga yang dikenalpasti susah untuk diberikan sadikit bantuan kewangan dan peralatan dapur dalam usaha meringankan beban mereka menghadapi hari raya .

Rombongan beliau bukan sekadar datang dengan tangan kosong sebaliknya membawa juadah bersahur sekali dan tuan rumah tidak perlu bersusah payah untuk menjamu mereka sebalik rombongan Dato Kamil yang menjamu tuan rumah .

Bersusah payah Datin Siti Halimah memasak makanan di rumah , membawa pinggan mangkuk ke rumah yang dilawati dan menghidangkanya kepada tuan rumah dan rombongan yang mengikuti beliau sebagai satu usaha untuk mengutamakan tuan rumah dan tidak mahu mereka merasa terbeban dengan kehadiran anggota rombongan .

Sesuai benar dengan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN .


Tok Nal yang dijemput mengikuti rombongan itu dengan kira-kira 20 rakan yang lain terharu dengan keprihatinan Datok Kamil dan Datin yang begitu beriya-iya membantu mengurangkan beban mereka yang difikirkan susah .

Walaupun idea ini baru mulakan tahun ini , tapi Tok Nal rasa ianya lebih berjaya menambat hati rakyat jelata berbanding memberikan bantuan dalam majlis yang ramai .

Menurut Dato Kamil , sebanyak 5 buah rumah dalam DUN Gemencheh telah dipilih untuk dilawati dalam program bersahur bersama rakyat dan kesemua ketua kampong yang akan dilawati telah dihubungi untuk mendapatkan kerjasama .

Tok Nal beri jaminan , sebagai penghulu Tok Nal akan meminta semua ketua kampong terbabit memberikan kerjasama sebaik mungkin bagi menjayakan program Dato Kamil itu .

Kalau ada masa lai , Tok Nal pun nak ikut juga walaupun terpaksa bangun jam 2.00 pagi .