Sunday, July 5, 2009

VESPA ANTIK UNTUK DI JUAL


TOK Nal bercadang nak jual vespa kesayangan Tok Nal untuk beli motor lain buat anak Tok Nal kerana generasi muda sekarang tak berapa minat dengan motor antik .

Kalau nak , boleh lah hubungi Tok Nal , nak murah tak dapat lah kerana modal baikinya besar .

Motor ini masih ori lagi , sarung kerusinya kulit asli , ada road tax dan insuran , siap untuk digunakan .

Dah overhaul , dah tukar banyak barang , dari sarang ayam jadi motor vespa yang cantik , berbaloi kalau belinya .

Beli dulu RM 500 aje tetapi kalau nak tahu kos repair barang antik ini , belilah motor burok dan repair balik .

Tok Nal nak harga kos beli dan repair sahaja .

Harga …. , boleh runding , tapi kira-kira RM 3.0 K