Monday, December 7, 2009

KARNIVAL 1 TAMPIN MERIAH







Tok Nal sekali lagi nak ucapkan tahniah kepada Dato Shaziman kerana 1 Tampin bukan sekadar berjaya menarik perhatian ramai , malahan sambutan yang diterima amat baik sekali .
Tok Nal yang sejak lepas subuh dah berada disitu sahingga tamat jam 6 , dapat merasakan bahawa orang ramai mula menerima peranan yang dimainkan Dato Shaziman .
Ini berkat kerjasama semua termasuk pimpinan bahagian , kakitangan kerajaan , orang awam dan juga mereka-mereka yang mengambil bahagian .
Dato Shaziman sorang tak terbuat perkara itu , tambahan lagi sokongan dari barisan AJK bahagian yang di ketuai Kudin dan the geng menjadikan ianya meriah dan berjaya .
Begitulah menjadi jawatankuasa , sokong ketua dan buat kerja supaya kehadiran mereka dapat memeriahkan lagi suasana pada hari tersebut .
Tak sangka pulak , Tok Nal yang kecik ini dipanggil untuk menyampaikan hadiah cabutan bertuah oleh Kudin dan rakan-rakannya , terima kasih lah .
Bagi Tok Nal , mana yang baik dan patut disokong , apa salahnya kita sokong , lagipun Dato Shaziman adalah saorang pemimpin dan beliau juga ahli parlimen Tampin .
Jika tak Penghulu Mukim yang bantu , siapa lagi ?
Sayangnya kerana Tok Nal menyertai acara mencari harta karun , tak sempat ambil gambar Dato Shaziman tetapi Tok Nal bangga kerana Tok Nal dapat bersalaman dengan Dato Shaziman dn Dato Kamil sebelum majlis pelepasan dijalankan .
Tok Nal doakan semua acara yang lain juga mendapat sambutan yang baik .
Bravo Dato Shaziman , Dato Kamil , YB Zainab dan Kudin and the geng nya .
Terima kasih daun keladi .