Thursday, May 13, 2010

JKKK ULU ROKAN




SEMALAM 12 Mei 2010 , mesyuarat kali kedua JKKK Ulu Rokan telah diadakan .

Sebahagian besar ahli JKKK hadir termasuk beberapa wakil jabatan saperti pertanian , JKR , Rela termasuk Tok Nal sendiri .

Tahniah dari Tok Nal kerana JKKK Ulu Rokan dah mula mengadakan mesyuarat JKKK mengikut jadual kerana sepanjang tahun lalu , JKKK itu tidak pernah mengadakan mesyuarat .

JKKK Ulu Rokan dah maju setapak bila dah wujud blog sendiri jkkkulurokan.blogspot.com .

Disamping itu , kampung itu juga tengah buat persiapan untuk menyertai pertandingan kebersihan dan kecerian kampung yang dianjurkan oleh pejabat Adun Gemencheh .

Apa-apa pun , Tok Nal nak ucapkan tahniah dan selamat maju jaya .