Wednesday, September 30, 2009

MALIK YANG KU KENAL


TOK Nal dah kenal Malik , AJK Umno Tampin dan Ketua Umno cawangan Felda Bukit Rokan ini sebelum Tok Nal pindah kerja di Pejabat Daerah Tampin lagi .


Nak kata rapat sangat tu tidak lah tapi kalau setakat kawan baik tu , memang selalu Tok Nal berhubung dengan Malik bila berjumpa .


Orang nya peramah , baik hati , lemah lembut dan sentiasa berpakaian smart .


Mudah didekati , senang berbual dengan cuma Malik agak low profile dan tidak suka terlalu menonjol menyebabkan beliau agak terkebelakang .


Tapi beliau sebenarnya jujur dalam persahabatan , boleh di percayakan dan boleh menjadi petaruhan sebagai pemimpin dimasa hadapan .


Kata orang gaya Malik macam gaya Dato Taha , ikon penduduk Gemencheh .


Mungkin , Tok Nal doakan saja kejayaan Malik yang khabarnya dah lulus U .


Selamat berjaya .

JAMUAN HARI RAYA DAN MAJLIS PERPISAHAN




BIASALAH , bila ada pertemuan akan ada perpisahan , macam bila hidup akan ada mati , bila sihat ada sakit dan bila senang , ada susah .

Bila sampai masanya , perpisahan akan berlaku , tak kira atas sebab apa , perpisahan akan tiba juga .

Macam pelajar praktikal yang membuat praktikal di unit pembangunan , bila habis tempoh praktikal mereka , pulanglah mereka kembali ke destinasi dimana mereka datang dulu .

Kepada dua-dua pelajar ini iaitu Mohd Faris dan Mohd Firdaus dari Institut Latihan Perindustrian , Pedas di ucapkan selamat berpisah dan selamat meneruskan pengajian walau dimana juga .

Ada masa mungkin kita boleh jumpa lagi .

Selamat berjaya dari Tok Nal dan semua rakan-rakan di unit pembangunan .

Tuesday, September 29, 2009

KENANGAN LALU


TAHUN 2000 , Tok Nal dan beberapa rakan ke Kuantan , Pahang kerana menghadiri satu seminar .


Majlis seminar dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Dato Seri Adnan Yaakob .


Bila masa jamuan , Tok Nal dapat lah berbual sadikit dengan MB , boleh tahan juga MB sorang ini , ramah dan mesra dengan peserta seminar .


Last ada yang ajak MB bergambar , Tok Nal ikut sama lah , MB kata lepas ini hantar pada dia tapi kerana gambar itu tiada nilai komersial , Tok Nal perapkan saja .


Bila jumpa balik , baru Tok Nal ingat pesan tersebut , nak hantar gambar lama , jadi kalau Mb nak tenguk , elok di blog saja lah .


Maaf kerana terlupa ....

Sunday, September 27, 2009

HARI RAYA KUDIN MERIAH








TERSENTUH Tok Nal bila terima mesej dari Encik Mohd Nasarudin Mahmud , Timbalan Ketua Umno bahagian Tampin yang menjemput Tok sekeluarga ke rumah beliau dikampung untuk jamuan hari raya .

Modal SMS tu mungkin beberapa sen sahaja tetapi kesannya amat mendalam kerana orang no 2 dalam bahagian sudi melayangkan SMS menjemput Tok Nal .
Bagi Tok Nal , pelawaan yang baik mesti disambut dan tidak ada pilih kasih dalam membentuk pershabatan .
Harap lepas ini tiada yang berkata Tok Nal tak ngam dengan Kudin atau Kudin tak selesa dengan Tok Nal .
Sebagai Penghulu Mukim , Tok Nal sama saja dengan semua , baik yang berjawatan atau tidak .
Jadi atas kesempatan ini , biarlah Tok Nal mohon maaf jika ada kesilapan terutamanya pada Kudin .
Terima kasih atas jemputan , dan Tok Nal mengharga jemputan ini , ramai yang Tok Nal lihat hadir , dari pemimpin politik , kakitangan tinggi kerajaan sampaikan orang kampung .
Tahniah lah ...

TS MUHYIDDIN DAN IAM

MASA Tok Nal bertugas di Pontian , Tok Nal mengikuti kursus sebagai wartawan / pemberita / stringer dengan ramai tokoh kewartawanan terkenal .

Pak Samad Ismail , Pak samad Said , Pak Sako , A Kadir Jasin , Ahmad Nazri Abdullah , Ahmad Sebi , Hishamudin Aun , Tiger dan ramai lagi .

Kursus dinajurkan oleh Institut Akhbar Malaysia dan kalau tak silap , pengerusinya Datuk A Kadir Jasin sendiri .

Paling tinggi Tok Nal diarahkan buat repot ialah TPM DS Anwar Ibrahim dan Tun Ghafar Baba, tapi itu pun dah OK kerana ada pemberita tu setakat berita kampung aje .

Tan Sri Muhyiddin masa tu jadi MB Johor dan majlis penyampaian sijil di buat di Saujana JB .


Tu yang buat Tok Nal bangga kerana selain diajar ilmu menulis pemberitaan dan rencana , bagaimana nak buat liputan dan juga mengenal isi berita yang bernilai dalam dunia kewartawanan .

Susah nak tulis berita yang bernilai tapi tak susah kalau dah tahu bagaimana nak menilainya .

Ramai kawan Tok Nal yang dah berjaya dalam bidang ini tetapi kerana Tok Nal bukan berezekikan bidang ini sebagai sumber pendapatan , jadilah Tok Nal wartawan cabuk aje .

Setakat tulis blog sendiri aje lah .


Walaupun begitu , besar maknanya pada Tok Nal kerana ada juga yang baca .

Sekurang-kurangnya dapat berkongsi sadikit peristiwa .

Jadi lah ..





Thursday, September 24, 2009

RAYUAN SIMPATI

BEGINI lah keadaan kereta proton wira Tok Nal bila di tabrak dari belakang oleh salah satu kereta proto wira lain .

Lepas tu , melancut pula kereta Tok Nal ke depan kerana di henyak bontotnya dengan kuat sekali .

Malang dan lebih malang ianya berlaku berhampira lampu isyarat di Gemencheh , tiga hari lepas raya lalu .

Nak kata kesihan kepada Tok Nal kata lah , yang pandu kereta tu anak sulong Tok Nal , tapi sebagai pemilik , Tok Nal yang merasa pedihnya .

Lampu belakang hancur , lampu depan hancur , cermin pecah , bonet terangkat dan banyak lagi lah .

Tinggi juga nak repair tu , nasib baik ada insuran tetapi bila dah eksiden , memang susah jadinya .
Kalau ada sudi nak bantu sebab banyak lagi duit raya yang belum diagihkan atau dapat banyak sumbangan atau ada anak buah di mukim yang berhajat nak tolong , Tok Nal kecik tapak tangan , nyiru ditadah .
Mudah aje nak tolong Tok Nal , bank in kan sahaja di mana-mana cawangan MBB , akaun semasa dan nombornya ialah 001262101934 , itu pun kalau ada simpati , kalau nak pakai sendiri pun tak cukup , tak apa lah .
Samada rayuan ini diterima atau tidak , samada anda menyumbang atau tidak , atau samada anda gembira atau benci dengan Tok Nal , Tok Nal mohon ampun dan maaf kalau ada kesilapan dan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA .
Jangan lupa akaun tu ya ...

Thursday, September 17, 2009

GAMBAR IBU BAPA

Gambar sebahagian adik beradik dan anak buah Tok Nal yang diambil salepas sembahyang raya . Tok Nal berada di tepi kiri manakala isteri pula berada di tepi kanan .
Gambar kedua Ibu Bapa Tok Nal aruah Haji Saleh Haji Sumon dan Hajjah Hamidah Haji Jali

TOK Nal kehilangan bapa pada 10.10.2004 .

Ibu Tok Nal masih ada , tinggal di kampung bersama anak buah Tok Nal .

Jasa ibu dan Bapa tak ternilai , setiap lepas sembahayang , Tok Nal akan mendoakan kesejahteraan mereka .

Moga Allah mencucuri rahmat kepada kedua-dua Ibu Bapa Tok Nal .

Amin ...
Adik beradik Tok Nal ialah Hajjah Normah , Zulkeflee , Zainalarifin , Zainal Amri , Shaharudin , Shuhaimi , Normanida , Mohd Sanusi , Mohd Syukri dan Ridzuan .

TIGER BH

Tiger bersama dengan stringer Johor termasuk Risman Tahir , Ahmad Daud
Ahmad Burak , Suhaimi Khalid , Zain Ariff , Tok Nal yang memakai T shit merah .
Tiger dan lain-lain staff BH JB antaranya Zamzam Omar ,
Norhasilah Ismail,Karim Sulaiman

Masa Tok Nal jadi stringer BH di Johor , ketua Biro nya ialah Ibrahim Yahaya yang sekarang sudah menjadi Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia , Dato Ibrahim Yahaya @ tiger .

Ramai ketua biro dan rakan yang dah berjaya .

Lepas Tiger , Hishamudin Aun yang kemudian jadi Ketua Pengarang BH , Karim Sulaiman , Mahfar Ali , Zam zam Omar , Norhasilah Ismail dan ramai lagir .

Semua nya telah berjaya dan ada diantaranya menjadi orang penting sekarang .

Tahniah dari Tok Nal , semoga Tok Nal juga menerima rahmat dari kenaikan pangkat mereka .

Untuk Dato Ibrahim Yahaya , ingat dengan Tok Nal @ Zainal Saleh lagi ke ?

Monday, September 14, 2009

STRINGER BH JOHOR









Berita dalam BH
















Antara berita yang Tok Nal
tulis



Kad nama Tok Nal

RAMAI yang tidak tahu , Tok Nal pernah bekerja sebagai wartawan di akhbar kecil atau dulu dikenali sebagai akhbar nyamok dan juga menjadi stringer / pemberita sambilan pada akhbar arus perdana Berita Harian .

Sikit sebanyak etika kewartawan Tok Nal Tahu juga , cuma kerana semasa Tok Nal jadi masuk jadi pemberita kadet di BH , Ahmad Sebi , Kadir Jasin dan Ahmad Nazri Abdullah , minta Tok Nal selesaikan soal biasiswa belajar , baru BH nak kemudkakan surat tawaran .

Kerana perkara itu tak selesai , maka jadi lah Tok Nal stringer saja .

Akhbar nyamok yang Tok pernah jadi wartawannya ialah Mingguan BUMI , Mingguan Tanah Air dan WATAN , dibawah kepimpinan Khiarunie Ali .

Boss Tok Nal masa jadi stringer Bh di Johor ialah Ibrahim Yahaya @ Tiger , Hishamudin Aun , Karim Sulaiman , Mahfar Ali dan ada beberapa lagi .
Harap mereka ingat Tok Nal lagi .

Saturday, September 12, 2009

TANGGUNGJAWAB ANAK

ANAK-anak tidak wajar melepaskan tanggungjawab menjaga ibu bapa mereka kepada kerajaan sebaliknya menjadi tanggungjawab mereka secara hakiki .

Adun Gemencheh Dato Mohd Kamil A Aziz berkata demikian sewaktu berucap menyampaikan bantuan hari raya kepada keluarga miskin di Gemencheh .

Katanya , ada anak yang berjaya dalam pelajar , berkedudukan tinggi , mempunyai kereta yang besar sanggup meninggalkan ibu bapa mereka di kampung dalam keadaan dhaif sedangkan mereka mampu untuk menyara kedua ibu bapa mereka .

Katanya lagi , walaupun kerajaan amat prihatin dengan nasib keluarga miskin tetapi melepaskan tangungjawab itu kepada kerajaan adalah tidak adil kerana yang membesar dan memberikan pelajaran kepada mereka adalah ibu bapa mereka sendiri .

Jangan jadi saperti kacang lupakan kulit atau si tenggang yang tidak mengaku ibu bapanya lagi satelah berjaya dalam pelajaran dan mendapat kedudukan yang tinggi .

Jika ini berjaya dilaksanakan oleh anak-anak , bilangan keluarga miskin akan berkurang dan hanya mereka yang tidak mempunyai keluarga yang berada sahaja yang perlu dibantu oleh kerajaan .

Di majlis itu Dato Kamil menyampaikan 40 bantuan sumbangan hari raya kepada penduduk miskin di Gemencheh dan juga menyampaikan bantuan miskin bandar bagi kawasan Tampin .

Tok Nal tersentuh hati mendengar teguran dato Kamil itu dan berharap Tok nal akana menjadi anak yang baik kepada ibu Tok Nal .

Bapa Tok Nal telah meninggal kira-kira 5 tahun yang lalu .

KESIBUKAN SHAZIMAN

DATO Shaziman memang saorang yang sangt sibuk .

Habis tugas di JB terus berkerjar ke Gemas untuk menyampaikan bantuan kepada fakir miskin sumbangan Umno bahagian .

Kemudian , beliau terpaksa pula ke majlis yang lain dan gambaran ini memberitahu kita , ahli parlimen Tampin ini memang kuat bekerja .

Jadi kalau ada yang kecik hati kerana sukar bertemu muka dengan Dato Shaziman , maafkan sahaja lah .

Tugas negara lebih penting dari selalu berdampingan dengan kita .

Biar pun begitu , semua rakyat Tampin tetap berada dihati beliau .

Bila ada kesempatan beliau pasti akan berjumpa dengan mereka dan sebagai menteri , beliau memang mempunyai banyak peluang untuk membantu rakyat .

Samasa-sama kita doakan kejayaan Dato Shaziman dalam kerjaya politik .

Tok Nal memang bangga dan rasa bertuah mempunyai pemimpin sebegini walaupun Tok nal sebenarnya menetap di KP .

Setidak-tidaknya rasa sayang Tok Nal berbaloi bila mempunyai pemimpin yang gigih dan kenal muka kita .

Wednesday, September 9, 2009

SELAMAT HARI RAYA

TOK Nal dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog ini , semua kawan-kawan , rakan-rakan , Ketua-Ketua Kampung , Ahli JKKK dan semua anak-anak buah dalam mukim Gemencheh .

Kalau ada salah silap tu , Tok Nal nak mohon maaf .

Bagi Tok Nal , Tok Nal akan maafkan semuanya .

Kira kosong kosong lah .

Sekali lagi , SELAMAT HARI RAYA

PERBINCANGAN KESAN PEMBALAKAN

Satu perbincangan bagi mengkaji kesan pembalakan dan pembersihan kawasan untuk tujuan tanaman kelapa sawit telah diadakan di balairaya Kg Sungai Jerni baru-baru ini .

Perbincangan di pengerusikan oleh Dato Pegawai Daerah yang turut dihadiri sama oleh wakil rakyat Gemencheh , Dato Mohd Kamil A Aziz .





Perbincangan itu dibuat hasil dari kebimbangan penduduk kampung berhubung dengan kesan kerja-kerja pembalakan dan pengeluaran kayu serta pembersihan kawasan bagi mengusahakan tanaman kelapa sawit diatas tanah kerajaan di kampung itu .

Biarpun , mereka yang terbabit tidak berapa ramai tetapi bilangan kolam yang terlibat adalah kira-kira 30 buah dan kebanyakannya telah mengusahakan kolam itu sejak lama dulu .


Perbincangan merumuskan bahawa syarikat yang mengeluarkan kayu balak dan syarikat yang membersihkan kawasan untuk tanaman kelapa sawit perlu mematuhi arahan kerajaan melalui JPS dan Jabatan Hutan supaya menjaga kualiti kawasan yang dikerjakan dan meminimakan kesan kerosakan kepada pengusaha terbabit .

Mereka juga dikehendaki mengambil insuran keatas kerja-kerja mereka terutamanya jika terdapat tuntutan daripada penduduk yang mengalami kerugian atas ternakair yang rosak diakibatkan dari kerja-kerja pembalakan dan pembersihan kawasan itu .

Sementara itu , Dato Kamil meminta supaya usaha pembangunan tanah untuk tujuan tanaman kelapa sawit dijalankan secara sistematik dan bersungguh-sungguh bagi menjamin kejayaan dan dapat memberikan pulangan setimpal kepada orang asli di kampung Sg Lerek .

Katanya banyak projek kerajaan tidak menepati sasaran sahingga merugikan disebabkan sikap sambil lewa pihak tertentu dan kesannya kepada kerajaan adalah amat berat sedkali .

Beliau berharap , projek ini bukan sahaja memberikan pulangan yang baik tetapi juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada generasi muda di kampung itu .

Thursday, September 3, 2009

KENANGAN MASA LALU

Gambar bersama anak-anak .
Gambar kenangan perkahwinan Tok Nal dengan Puan Sapura Mokhtar di Batu Pahat Johor pada tahun 1986



Anak perempuan yang pertama dan satu-satunya anak perempuan Tok Nal , Vivi Asnita Binti Zainal

Meraikan anak kedua yang tamat mengikut kelas Tabika Perpaduan , Yong Peng , Johor

Gambar-gambar kenangan yang selalu menggamit nostalgia Tok Nal .

Siapa kata Tok Nal tak hensem dulu , sekarang lain lah .

Dah berumur sikit , jadi macam tu lah ....

Wednesday, September 2, 2009

IHYA RAMADHAN JHEOA




Penduduk orang asli Sungai Lerek , adalah satu penempatan baru hasil perpindahan penduduk setempat akibat pembinaan empangan Gemencheh .

Seratus peratus penduduknya adalah terdiri daripada orang asli yang beragama Islam dibawah pimpinan Batin Jaafar .

Perkampungan itu yang terletak kira-kira 10 kilometer dari pekan Gemencheh , mempunyai kemudahan asas mencukupi termasuk jalan tar , bekalan air , bekalan eltrik dan juga sebuah surau dan dewan orang ramai .

Pihak JHEOA sentiasa berusaha untuk memperbaiki kehidupan orang asli ini dan baru-baru ini sempena bulan ramadhan , JHEOA memberikan bantuan bahan masakan dana peralatan dapur kepada mereka .

Sumbangan ini telah disampaikan oleh ADUN Gemencheh Dato Mohd Kamil A Aziz kepada semua keluarga orang asli yang mendiami penempatan tersebut .

Adalah diharapkan , mereka dapat merayakan samabutan hari raya dengan meriah dan merasa dihargai kerajaan atas sumbangan mereka selama ini .

Menurut Dato Kamil , kerajaan tidak pernah meminggirkan orang asli dan satu projek ekonomi iaitu tanaman kelapa sawit seluas 100 ekar akan dimajukan oleh pihak Risda bagi membantu menambahan pendapatan mereka .

Kita harap , tidak berlaku lagi migrasi orang asli dari satu tempat ke satu tempat saperti dulu bagi mencari sesuap nasi dengan adanya usaha kerajaan menyediakan keperluan ekonomi mereka .