Wednesday, December 4, 2013

SELAMAT BERJUANG ....



TOK NAL dimaklumkan Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan melalui Pejabat Daerah supaya semua wakil rakyat menghantar senarai nama calun Ketua Kampung / Pengerusi JKKK untuk kelulusan .

Ketua kampung baru atau diperbaharui semula dijangka akan memulakan khidmatnya awal januari 2014 dan calun-calun  mestilah memenuhi beberapa kriteria yang telah ditetapkan .

Antaranya sihat tubuh badan , berpendidikan menengah , diterima masyarakat , masih dibawah 65 tahun dan mendapat sokongan YB kawasan masing-masing ( pastinya YB kerajaan yang memerintah ).

Beberapa nama baru bakal ketua kampung telah terdengar ditelinga Tok Nal bagi mukim Gemencheh yang mana Tok Nal menjadi Penghulunya sejak 9 tahun yang lalu , antaranya Kg Pulau Air Rawa , Ulu Rokan , FBR dan FBRU serta beberapa kampung lainnya .

Siapa pun yang di cadangkan dan dipilih oleh Kerajaan Negeri , Tok Nal menerima sahaja dan mengharapkan kerjasama erat daripada Tok-Tok Ketua ini terutaman nya dalam merancang , memantau dan memastikan setiap pembangunan membawa manfaat kepada penduduk setempat .

Tidak ada gunakan jika tumpuan hanya di berikan kepada projek pembangunan fizikal sahaja kerana espek pembangunan insan juga perlu dititik beratkan .

Sebagai Pengerusi JKKK ( tentu maknanya Jawatankuasa Kemajuaan dan Keselamatan Kampung ) maka soal keselamataan setempat juga perlu diberikan perhatian .

Pembangunan tetap berjalan tetapi jika espek keselamatan diabaikan , erti pembangunan itu tidak akan membawa kemana-mana .

Kepada yang tidak di calunkan semula , bersabarlah , masa kita menjadi ketua kampung dulu , kita bersorak gembira dan bila tidak dicalunkan semula , terimalah dengan redha .

Khabarnya juga , lebih separuh ketua-ketua kampung sedia ada akan diganti baru dan bersedialah menumpahkan taat sedia dan berkerja keras menjalankan tugas dengan ikhlas .

Jangan semata-mata hendakan jawatan ketua kampung untuk mendapatkan elaun dan kuasa sahaja kerana semua itu adalah amanah dari Allah jua .

Yang penting , mesyuarat 12 kali setahun , rapatkan saf dalam kampung dan sering-sering berhubung dengan Pejabat Daerah khususnya Penghulu Mukim bagi melicinkan pentadbiran di kampong , mukim dan daerah kita .

Mudah-mudahan .....



TOK NAL - berpengelaman sebagai Penghulu hampir 20 tahun

SELAMAT DATANG PESERTA KONVOI EKSPEDISI SEMENAJUNG 11 kelab suzuki vitara malaysia




ADUN SERI NENANTI , KRT SERI MENANTI dan TOK NAL  menunggu tarikh 7 disember ini dengan hati berdebar-debar .

Berjaya ke majlis yang diuruskan dan baik kah sambutan yang diterima dan diberikan ?

Itu yang bermain di kepala otak Tok Nal , walau pun begitu , Tok Nal berserah kepada Allah , yang baik itu datangnya dari Allah jua .

Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar .

Kalau ada salah dan silap , sepuloh jari Tok Nal pohon , maafkan lah .......



TOK NAL - cuba buat yang terbaik