Tuesday, August 31, 2010

GAMBAR MAJLIS BERBUKA PUASA DENGAN MB

MAJLIS berbuka puasa dengan MB di masjid kariah Kg Pulau Air Rawa malam tadi mendapat sambutan yang diluar jangkaan .

500 kerusi yang disediakan untuk tetamu , penuh terisi tidak termasuk dengan mereka yang terpaksa berdiri kerana tidak mendapat duduk .

Di majlis itu MB bukan sahaja berbuka puasa dengan orang ramai , tetapi juga menyampaikan sumbangan kepada nazir-nazir masjid dari seluruh daerah di Tampin , fakir miskin dan juga bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat .

Ramai yang hadir termasuk YB SU Kerajaan Negeri , Pegawai Daerah , Ketua Jabatan Negeri dan Daerah , Dato Kamil dan Tok Nal hadir sama .

Moga-moga majlis ini memberikan impak yang besar kepada penduduk tempatan .

MB juga menghulurkan sumbangan RM 25,000 kepada majid untuk menampung aktibiti yang dijalankan oleh masjid kariah itu .
MB sedang menyampaikan bantuan raya ke fakir miskin
Penerima bantuan dikalangan nazir-nazir masjid
MB sibuk bersalaman dengan hadirin
KPPD Tampin dan Gemas bersama dengan JD JKR Tampin
Tok Dolah Mantai adalah antara hadirin yang hadir dimajlis itu
JD dan KPPD Gemas sedang asyik berbual

Monday, August 30, 2010

BANTUAN HARI RAYA

HARI ini Tok Nal dan rombongan yang terdiri dari Dato Kamil , Encik Fidi dari PPN dan PPD Pejabat Daerah Tampin bersama-sama menyampaikan sumbangan hari raya untuk peserta E Kasih bagi Mukim Gemencheh .

Seramai 10 peserta E Kasih menerima bantuan yang berupa beras , tepung , susu , gula dan lain-lain makanan rengan .

Ada penerima dari Taman Dato Taha , Jelawai , Ulu Rokan , Geduk , Tenai dan Parit Buloh .

Kesemua yang menerima nampaknya sangat berterima kasih kepada kerajaan, harapnya begitu lah .

Tok Nal cuma berharap , jangan pula nanti bila dah senang , lupa pulak jasa kerajaan .

Tuesday, August 24, 2010

MAJLIS BERBUKA DITANGGUH KEPADA 31 OGOS

TOK Nal dimaklumkan sekali lagi  oleh Pentadbiran Daerah , majlis berbuka bersama MB di Kampung Pulau Air Rawa ditangguhkan lagi kepada 31 Ogos 2010 bersamaan hari RABU minggu hadapan .

Maaflah kerana terpaksa ditangguhkan dua kali , khabarnya MB ada tugas lain yang lebih penting .

Sila ambil perhatian terhadap tarikh baru ini .

Datang , jangan tak datang .

Monday, August 23, 2010

MAJLIS BERBUKA DENGAN MB DITANGGUHKAN KEPADA 27 OGOS 2010

TOK NAL MENERIMA MESEJ DARIPADA DATO KAMIL BAHAWA MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MB DI MASJID KAMPUNG PULAU AIR RAWA PADA 24 OGOS INI ( SELASA ) DI TANGGUHKAN KEPADA 27 OGOS 2010 ( JUMAAT )

DIHARAP SEMUA YANG TELAH MENDAPAT JEMPUTAN MAKLUM AKAN PERUBAHAN INI DAN BERSAMA-SAMA LAH KITA HADIR HARI TERSEBUT .

TERIMA KASIH .

Friday, August 20, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DI FBRU

TOK Nal dijemput ke majlis berbuka puasa  anjuran DUN Gemencheh di Felda Bukit Rokan Utara , petang tadi .

YB Dato Mohd Kamil A Aziz , Adun Gemencheh menjadi tetamu kehormat majlis petang itu dimana diadakan juga majlis menyampaikan bantuan hari raya kepada anak yatim , ahli kariah yang rajin ke masjid dan juga yang mendapat rawatan di hsopital .

Sambutan orang ramai sangat baik , ramai yang hadir dan masakan berbuka petang itu juga sangat menyelerakan .

Terima kasih lah , moga bertambah rezeki penduduk FBRU .
Dato Kamil sedang menyampaikan ucapan dalam majlis itu
Tok Nal bersama Ketua Kg FBRU sedang menunggu ketibaan Dato Kamil

Sedang mendengar ucapan dan menunggu waktu berbuka

LAWATAN KE FIDLOT SPKR TAMPIN

BERSAMA-sama dengan Pegawai Daerah Tuan Razali Bakar , Adun Gemas Dato Zainab Nasir dan Adun Gemencheh Dato Mohd Kamil A Aziz serta ahli jawatankuasa fokus group daerah , Tok Nal bersama-sama melawat ke projek fidlot SPKR Tampin di Pasir Besar , Gemas .

Projek yang menelan belanja RM 3.2 juta itu menjadi fokus utama setiap kali mesyuarat fokus group daerah dan saban waktu , dibincangkan serta menjadi tumpuan utama ahli jawatankuasa .

Justeru itu , Pegawai Daerah mengadakan lawatan ke fidlot terbabit yang pada masa ini menempatkan 600 ekor lembu yang sedia untuk dijual .

Walaupun tersekat kira-kira 1/2 jam di pintu pagar utama kerana terkunci , akhirnya ahli jawatankuasa fokus group daerah dapat juga menyaksikan perkembangan projek itu .

Tuan DO dan Dato Kamil terkandas di pintu masuk kerana masih berkunci walaupun telah dimaklumkan sebelumnya untuk datang melawat
Man Bentong (MB) adalah antara jawatankuasa yang turut sama dalam lawatan itu
Lembu-lembu yang sedia untuk dijual
Lembu-lembu sedang makan dedak
Sama-sama lah kita saksikan lembu-lembu di fidlot itu melalui gambar dibawah .

Thursday, August 19, 2010

PROGRAM ADUN GEMENCHEH

TOK Nal sertakan bersama-sama ini jadual  berbuka puasa dan singgah sahur serta penyampaian bantuan hari raya YB Dato Mohd Kamil A Aziz , Adun Gemencheh sempena bulan Ramadhan ini .

Insya-Allah , jika ada kesempatan , Tok Nal pun akan hadir sama .

16/8/10 - Isnin - 2.30 ptg - penyampaian bantuan ihsan kepada mangsa banjir di Pt Buloh dan Air Kuning
19/8/10 - Khamis - 4.00 pg - singgah sahur dan menyampaikan bantuan hari raya di Kg Tenai Air Gelugor
20/8/10 - Jumaat - 6.30 ptg - Majlis berbuka puasa di Masjid Felda Bukit Rokan Utara
23/8/10 - Isnin - 4.00 pg - singgah sahur dan menyampaikan bantuan hari raya di Kampung Batang Rokan
24/8/10 - Selasa - 6.30 ptg - majlis berbuka puasa dengan MB di Kampung Air Rawa
25/8/10 - Rabu - 11.00 pg - pemberian hamper di hospital Tampin
27/8/10 - Jumaat - 4.00 pg - singgah sahur dan menyampaikan bantuan hari raya Felda Bukit Jalor
                             6.30 ptg - majlis berbuka puasa di surau Taman Sri Intan
30/8/10 - Isnin - 6.30 ptg - majlis berbuka puasa dengan warga PDK Gemencheh
                          6.20 ptg - majlis berbuka puasa di Felda Bukit Rokan ( acara Ahli Parlimen )
31/8/10 - Selasa - 4.00 pg - singgah sahur dan menyampaikan bantuan hari raya Felda Bukit Rokan
1/9/10 - Rabu - 6.30 ptg - majlis berbuka puasa Masjid Jamik Gemencheh Lama
4/9/10 - Sabtu - 4.00 pg - singgah sahur dan menyampaikan bantuan hari raya Felda Bukit Rokan Utara
                          6.30 ptg - majlis berbuka puasa di Masjid Kg Sungai Kepong
5/9/10 - Ahad - 6.30 ptg - majlis berbuka puasa dan merasmikan ikhtiqad perdana masjid di Felda Bukit Rokan
6/9/10 - Isnin - 6.30 ptg - majlis berbuka puasa di Masjid Batang Rokan .

SAMA-SAMA LAH HADIR YA...

Wednesday, August 18, 2010

PESAN PEGAWAI DAERAH

TUAN Razali Bakar berpesan kepada kakitangan kerajaan termasuk pemimpin tempatan dan JKKK supaya sentiasa memahami segala dasar yang dibawa kerajaan supaya memudahkan mereka untuk menjelaskannya kepada orang ramai .

Sekiranya mereka kurang paham , mereka perlu mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih dan tidak membuat ulasan atau kupasan tersendiri yang mungkin menyebabkan isi kandungan dasar itu menyimpang jauh .

Dasar 1 Malaysia contohnya memberi penekanan kepada penyatuan dan perpaduan dalam kaum dan diantara kaum dalam negara ini dan bukannya memberi hak samarata saperti yang digembar gemburkan sasatengah pihak .

Justeru itu , jangan pulak ada yang menjadi nasi tambah untuk mengeruhkan suasana kerana sebagai penjawat awam , mereka bertanggung jawab melaksanakan dasar yang di bawa oleh kerajaan .

Tok Nal setuju benar dengan saranan Tuan Pegawai Daerah itu dan berharap JKKK dibawah kepimpinan Tok Nal di Repah dan Gemencheh , melihat saranan ini sebagai satu yang penting .

Jangan lupa , JKKK adalah badan yang ditubuhkan kerajaan dan dibahu mereka lah terletaknya imej kerajaan yang memerintah hari ini .

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MB

24 Ogos ini , hari Selasa , di Masjid Kariah Kampung Air Rawa Pulau ,Gemencheh ,  MB akan turun bagi menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat dan menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan .

Majlis itu dianjurkan oleh Pejabat MB , Pejabat Daerah serta Majlis Agama Islam Negeri Sembilan serta di dokong oleh pejabat ADUN Gemencheh .

Mereka-mereka yang tinggal di kampung Air Rawa Pulau atau dikawasan sekitarnya di jemput hadir .

Dan bagi yang menerima bantuan samaada dari MAINS atau pun JKM , sila datang awal kerana majlis akan bermula jam 6.00 petang .

Sama-sama lah kita hadir dalam majlis itu yang bukan sahaja membantu memeriahkan majlis tersebut tetapi juga dapat mengimarahkan masjid kampung itu .

Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan majlis  dan juga kepada MB yang kita sayangi itu .

Insya - Allah , Tok Nal pun akan hadir juga .

Tuesday, August 17, 2010

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

Tok Nal sedang menerima bendera dari Dato Razi Kail
Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat KRT-KRT dalam daerah Kuala Pilah telah dilancarkan di KRT Taman Putra , Juasseh oleh Adun Juasseh sendiri Dato Haji Mohd Razi Kail .

Sebagai Pengerusi KRT Melang , Tok Nal juga hadir dalam majlis itu bagi menerima bendera dari Dato Razi .

Tahun ini , kata Dato Razi kerajaan tidak bekalkan bendera kepada aorang ramai secara menyeluruh kerana mahukan rakyat membeli sendiri bendera sebagai satu tanda semangat patriotik mereka kepada negara ini .

Pemberian bendera hari ini , hanya sebagai simbolik sahaja dan jika perlu lebih lagi , kena beli sendiri .

Kira-kira 200 pengerusi KRT , pengerusi JKKK dan orang ramai hadir dalam majlis itu .

Bergaya sakan anak-anak kita dengan bendera di tangan dan pakaian mereka
Nami pun hadir untuk memeriahkan majlis itu
Pertandingan memasang bendera pada basikal
Kyusuk nampak ?
Anak dan isteri Tok Nal pun hadir sama dalam majlis tersebut .

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN BAJIR

SERAMAI 119 penduduk dari beberapa buah taman dan kampung di sekitar Air Kuning menerima bantuan ehsan RM 200 saorang dari Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana rumah mereka dinaiki air awal bulan lalu .

Mereka terdiri dari penduduk Kg Parit Buloh , Taman Semarak dan juga penduduk dari kampung Baru Air Kuning .

YB Dato Mohd Kamil A Aziz , Adun Gemencheh telah menyampaikan bantuan yang berjumlah RM 23,800 itu .

Rata-rata yang menerima bantuan bergembira kerana setidak-tidaknya ada ehsan kerajaan bagi mengurangkan beban mereka akibat banjir yang melanda kawasan mereka .

Sebeluim ini , Ahli Parlimen Tampin Dato Shaziman Abu Mansor juga menyampaikan sumbangan yang sama kepada mereka .

Bertuahlah penduduk yang dinaiki air itu kerana kerajaan sentiasa prihatin kepada setiap masalah mereka .

Saperti kata Dato Kamil , jangan kerana sadikit musibah , kita mudah mengubah haluan dan mengibarkan bendera lain kerana kerajaan sentiasa memberikan perhatian keatas kebajikan mereka .

Hadir sama ialah Tok Nal sendiri dan beberapa ketua jabatan kerajaan di daerah ini .

Pengarah JKM Negeri Sembilan sedang berbual dengan wakil Pegawai Daerah Tampin di majlis itu
Tok Nal juga hadir dalam majlis itu
Berbagai kaum menerima bantuan wang ehsan banjir
Dato Kamil dan Pengarah JKM sedang menyampaikan wang ehsan kepada penerima
Wang sudah terima , nanti sokong kerajaan ya , kata Dato Kamil
Boleh buat duit raya ni ?

Thursday, August 12, 2010

RAMADHAN AL MUBARAK


Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak Tok Nal ucapkan kepada semua yang mengenali dan melayari blog ini .

Semoga semuanya mendapat hidayah Allah jua .

Lepas raya ini , Tok Nal dan Isteri akan membuat persiapan untuk mengerjakan haji tahun ini .

Doa kan lah Tok Nal dan Isteri , selamat pergi dan balik , selamat semasa berada disana dan diberikan kekuatan serta kesihatan yang baik disamping beroleh haji yang mabrur .

Amin .