Thursday, September 23, 2010

MENUNAIKAN HAJI

INSYA - ALLAH ,Tok Nal dan Isteri akan berangkat menunaikan haji tahun ini pada 11 Oktober 2010 melalui KLIA dan dijangka pulang pada 26 November 2010 .

Sehubungan itu , bagi pihak diri Tok Nal dan isteri Sapura Haji Mokhtar , Kami ingin memohon maaf , halalkan makan minum dan jika ada hutang yang belum langsai  disebabkan kelalaian Tok Nal atau Isteri , sila lah datang berjumpa untuk memaklumkannya pada Tok Nal .

Insya-Allah , Tok Nal akan cuba selesaikannya tapi kalau hutang berjadual , Tok Nal ikut jadual lah .

Kepada saudara mara , sahabat handai , rakan-rakan , ketua kampung , penduduk di mana jua yang kenal dengan Tok Nal dan Isteri , penduduk Taman Desa Melang 2 , Kuala Pilah atau sesiapa sahaja yang mengenali Tok Nal , Tok Nal merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan dokongan selama ini .

Jika ada kesempatan , Tok Nal berhajat untuk mengadakan kenduri pada 1 Oktober 2010 , salepas sembahyang jumaat di rumah Tok Nal di No. 207 , Taman Desa Melang 2 , Kuala Pilah , jemputlah hadir .

Sekali lagi , terima kasih dan doakan keselamatan Tok Nal dan isteri serta jemaah haji yang lain selamat pergi dan balik , selamat semasa mengerjakan haji serta diberikan taufik dan hidayat serta kesihatan yang baik , dapat menunaikan haji dengan sempurna dan memperolihi haji yang mabrur .

Amin ...