Monday, June 29, 2009

PEGAWAI RELA TAMPIN



Tok Nal sempat bergambar dengan Encik Azizan , Pegawai Rela Daerah Tampin semasa bersama-sama dalam lawatan Menteri kerjaraya Dato Shaziman Abu Mansor ke NFC baru-baru ini .

Tok Nal menyertai pasukan Rela sejak tahun 80 an lagi dan menyertai kursus asas di Pusat Latihan Rela Tiang Dua , Melaka di pertengahan tahun 1987 selama dua minggu .

Kemudian pada tahun 1993 , menyertai pula kursus ketua platun di Pusat Latihan Rela , Sungai Udang Melaka selama satu minggu .

Antara rakan Tok Nal yang sama menyertai kursus ketua platun ialah Komando Reput , Mat Petai ( Felda Pasoh 4 ), Mat Misai ( sudah meninggal di Juasseh Tengah ) dan ramai lagi .

Tok Nal juga adalah bekas Ketua Pergerakan Rela Mukim Ulu Muar tetapi oleh kerana Tok Nal masih belum mengikuti kursus KPRM , jawatan Tok Nal sekarang setakat ketua paltun sahaja .

Tak apa lah , yang penting sumbangan bukannya pangkat kerana pangkat tidak bawa kita kemana-mana tetapi sumbangan ikhlas akan diingati orang sampai bila-bila .

Adalah menjadi harapan Tok Nal , Pegawai Rela Tampin ini adalah saorang pegawai yang berdedikasi kepada tugasnya sama saperti pegawai-pegawai Rela di tempat-tempat lain .

NFC - BAKAL MERCU TANDA GEMAS



National Feedlot Corporation ( NFC ) di Gemas bakal menjadi salah satu mercu tanda kegemilangan Gemas dimasa hadapan .

Setakat ini , ladang yang berkeluasan kira-kira 5,000 ekar telah di bersihkan dan sejumlah 4,000 lembu pedaging sedang diternak diatas tanah seluas 2,000 ekar .

Kawasan selebih akan dibangunkan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian .

Selain itu , terdapat pusat penyembelihan yang beroporasi secara sistematik diperingkat akhir penyiapannya dan jika beroporasi sepenuhnya , mampu untuk menyembelih , memproses dan membekalkan daging kepada orang ramai bukan sahaja didaerah ini tetapi juga untuk tujuan eksport .

Dengan jalan masuk yang besar , kemudahan infra yang mencukupi , tidak mustahil NFC bakal menjadi kebanggaan penduduk Gemas .


Menteri Kerjaraya Dato Shaziman Abu Mansor mengadakan lawatan ke NFC baru-baru ini yang turut disertai oleh Adun Gemas Puan Zainab Nasir , Pengarah UPEN NSDK , Pengarah JPVNS dan Pegawai Daerah Tampin Dato Haji Mohd Yusof .

Ketua-ketua jabatan kerajaan di peringkat daerah , pemimpin masyarakat dan peminpin parti politik turut menyertai perjumpaan itu .

Adalah diharapkan NFC bukan sahaja mampu menjana pekerjaan kepada penduduk tempatan tetapi juga dapat membawa nama Gemas ke peringkat antarabangsa .