Thursday, April 1, 2010

TANAH TERBIAR

Simposium Tanah Terbiar peringkat negeri di PD awal minggu ini berjaya mencapai matlamat yang dirancangkan dimana penyertaan JKKK sangat baik dan sambutan sewaktu sessi mendengar juga memberansangkan .

Biarpun jumlah tanah terbiar di negeri ini tidak banyak lagi sementara kedudukanya pula berselerak serta dalam keluasan yang kecil , tetapi usaha mesti dijalankan supaya aktibiti pertanian dapat dilaksanakan bagi menyediakan tanaman makanan untuk rakyat negeri ini .

Sejajar dengan slogan Kebun Orang KL , pemilik tanah terbiar patut mengambil daya usaha memajukan tanah mereka dengan pelbagai tanaman  bagi menjana tambahan pendapatan selain menyediakan bahan makanan untuk mereka dan penduduk negara ini .

Peluang ini perlu direbut oleh semua pihak dan kerajaan  boleh membantu jika terdapat sebarang masalah , cuma yang penting ada kemahuan dan usaha sahaja .

MB Tok Mat berharap keluasan tanah terbiar ini akan berkurangan secara mendadak dan meminta kerjasama Dato Lembaga Adat bagi bersama-sama mencari jalan memajukan tanah-tanah terbiar terutamanhya tanah adat .

Tok Nal menyokong  penuh saranan Tok Mat itu dan akan berusaha keras melalui mesyuarat JKKK bagi meminta orang ramai memajukan tanah terbiar di kampung mereka baik secara individu mahupun berkelompok dengan pembabitan agensi tertentu .

Dimana ada ausaha , disitulah ada jalan .