Monday, December 2, 2013

TQ YB DATO SAMAD



TOK NAL ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Dato A Samad Ibrahim , Adun Seri Menanti yang sudi menaja jamuan makan tengahari untuk peserta konvoi ekpedisi semenanjung 11 pada 7 Disember ini .

Bertempat di perkarangan Seri Menanti Resort dan Meseum Seri Menanti , konvoi kira-kira 25 jeep suzuki vitara akan singgah dan bersama-sama santai dengan wakil rakyat tersebut .

Kalau nak main golf pun boleh di Royal Seri Menanti Golf And Country Club ( RSMGCC ) yang dulunya dikenali sebagai Kelab Di Raja Seri Menanti , tapi green fee kena bayar le...

Tok Nal cuma tumpang sekaki saja kerana jadi ahli kelab pun baru , cuma kerana mukim Seri Menanti adalah kawasan yang pernah Tok Nal bertugas 10 tahun lalu , jadi Tok Nal tak canggung untuk kesana .

Moga dengan kemurahan hati YB Samad itu akan mengembirakan ahli kelab suzuki vitara dan penduduk Seri Menanti memang bersedia menyambut kedatangan rombongan tersebut .

Lebih baik lagi jika ahli-ahli kelab dapat datang pertengahan januari 2014 sempena hari keputeraan DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang jatuhnya pada 14 Januari 2014 .

Bila banyak jeep suzuki vitara berbaris di padang Seri Menanti , maka akan bertambah pepulorlah kelab ini dan sambutan orang ramai akan bertambah baik .

Terpulang kepada presiden kelab untuk merenungkannnya ....

He,he,he ........


TOK NAL - sedia jadi orang tengah