Thursday, October 30, 2008

JAMUAN HARI RAYA RELA KP




Tahniah lah kepada Pegawai RELA Daerah Kuala Pilah Encik Hassan kerana berjaya buat jamuan hari raya untuk ahli-ahli Rela dengan sambutan yang begitu baik sekali .

Sampai tak cukup tempat duduk .

Pengarah Rela Negeri dan Pegawai Daerah Kuala Pilah turut hadir sama .

Meriah .

Komando Reput apa lagi , seronok sakan , asyik nak menabik sahaja sampaikan Tok Nal pun di tabiknya .

Tok Nal tahu lah Tok Nal ini Ketua Pergerakan Rela Mukim (KPRM) dan pakai 2 paku , tapi tak kan masa jamuan hari raya pun nak tabik juga .

Biar pun , Tok Nal ucapakan terima kasih kepada Komando Reput yang tak jemu-jemu berkaraoke untuk menghiburkan tetamu .

Bukan sedap sangat suara tetapi kerana Komando Reput biasa bertempik , jadi lagu nyanyiannya kira Ok lah .

Komando Reput ini sebenarnya bukan setakat rakan karib Tok Nal tetapi juga bodyguard Tok Nal bila diperlukan .

Upahnya murah dan perkhidmatannya baik , kalau ada yang nak pakai perkhidmatan Komando Reput , sila hubungi Tok Nal .


Tok Nal - harap ada lah cenderahati dari Pegawai Rela Daerah tahun ini .

Tuesday, October 28, 2008

RAKAN_RAKAN LAMA




Ini adalah antara rakan-rakan lama Tok Nal , baik dalam politik , perniagaan mahupun pekerjaan .

Bagi Tok Nal semua nya rakan baik dan tiada sebarang masaaalah antara kami .

Panjang usia , Tok Nal ingin berjumpa rakan-rakan Tok Nal lagi .

Mengeratkan hubungan silatulrahim adalah baik dan jika ada pembaca blogger yang mengetahui mereka , beritahulah kepada rakan Tok nal tentang blog ini supaya mereka dapat mengetahaui isi hati Tok Nal .

Tentu ada yang tahu call Tok Nal tetapi kalau tak ada no talipon , mesejkan sahaja melalui blog ini di ruangan komen .

Tok Nal pasti akan memberikan maklumbalas .


Tok Nal - terima kasih semua

Saturday, October 25, 2008

BERTEMU KAWAN LAMA


TOK Nal ke Pontian Johor jumaat minggu ini bersama anak sulong yang masih menuntut dikolej bersekutu UUM - kolej negeri dengan tujuan untuk berjumpa dengan rakan dan kawan Tok Nal semasa Tok Nal bertugas di Pontian dulu .

Dulu Tok Nal bertugas di Jabatan Pertanian IPRS Pontian dari tahun 1980 hingga 1993 dan kemudian ke Jabatan Pertanian Ayer Hitam , Kluang sahingga tahun 1996 .

Masa di Pontian , Tok Nal dapat berjumpa dengan Dato Nasir Safar , Dato Ahmad Kosnan , Tuan Haji Yassin Ibrahim , Tuan Haji Muhtaha Tuah , Badang , Bahrin Kailan , Paiman Safar dan ramai lagi , dan ada diantaranya Tok nal tak berapa ingat namanya .

Bukana sombong tetapi satelah hampir 15 tahun tidak berjumpa sudah tentu ingatan menjadi lemah dan nama yang satu masa dulu sentiasa bermain dibibir , sukar untuk diingati .

Begitu lah manusia , bila berjumpa gembira , berbual mesra dan saling bertanya kabar .

Tok Nal juga begitu dan sentiasa berharap hubungan Tok Nal dengan semuanya akan kekal abadi dan sentiasa di ingati hingga keakhir hayat .


Tok Nal - mahu anak mencontohi semangat persahabatan ini.

Monday, October 20, 2008

ANTARA RAKAN DAN KAWAN



BAGI Tok Nal , ada kawan yang setia dan ada kawan yang hanya ingin melihat kita sengsara .

Memang tidak ramai yang suka melihat kita gembira , berjaya serta mencapai apa yang dicita tetapi ramai yang suka melihat kita jatuh , sentiasa berduka dan paling sedih sekali , suka kalau apa yang kita hajati tidak berjaya dicapai .

Itu lah sikap rakan dan kawan kita .

Tok Nal simpati dengan nasib rakan-rakan kita yang sebegitu , malahan Tok Nal juga pernah menerima nasib yang sama .

Kadang kala kerana kepentingan peribadi , matlamat menghalalkan cara dan kepentingan ramai menjadi mainan .

Tok Nal ada saorang kawan , namanya Nujum , tinggal di Air Baloi Pontian , pernah bersama-sama belajar di UNAS tetapi tidak tamat dan kemudiannya menyambung pelajaran di UKM dan berjaya lulus dengan sarjana muda sains politik .

Hubungan kami baik , beliau berpegang kepada prinsip dan penyokong kuat parti bulan manakala Tok Nal parti keris tetapi pegangan politik tidak pernah menyekat hubungan kami .

Kami berkawan rapat dan sering bertengkar tetapi akhirnya kami tetap bersatu dalam isu utama yang membabitkan rakyat .

Kalau boleh di katakan rakan dan kawan , Nujum lah orangnya .

Tok Nal memang salute dengan Nujum dan akan singgah kerumahnya di Air Baloi bila ke Pontian .

Dan Tok Nal sentiasa mendoakan Nujum berjaya biarpun berlainan pegangan politik dan kepahaman .


Tok nal - ada rakan dan kawan , ada juga rakan dan lawan , adat lah ....

Wednesday, October 15, 2008

MINYAK TURUN LAGI

Alhamdulillah , minyak petrol dan diesel turun antara 15 hingga 20 sen seliter .

Harap lepas ini boleh turun lagi kerana kenaikan harga minyak di pum bukan sahaja membebankan pemilik kenderaan tetapi juga pengguna lain .

Bayangkan lah , harga minyak meletup sahaja naik , harga barangan lain melambung sama .

Beras naik RM 1.00 sekilo , roti canai 30 sen sekeping , nasi lemak naik sampai 20 sen dan barangan lain juga naik .

Pendapatan macam tu juga sedangkan perbelanjaan bertambah berlipat kali ganda akibat kenaikan harga minyak .

Suka tak suka terima juga lah untuk survival hidup tetapi yang paling penting , usaha kearah menstabilkan harga barangan lebih penting dari menurunkan harga minyak .

Barangan turun harga , yang tak pakai motorsikal atau kereta akan dapat faedahnya malahan berlipat kali ganda pulak .

Tetapi yang paling penting , kita kena percaya dengan kerajaan yang ada sekarang , jangan ragu-ragu kerana kepercayaan kita akan memudahkan kerajaan membela rakyat .



Tok Nal - sentiasa setia dengan kerajaan negeri dan pusat .

Tuesday, October 14, 2008

KESATUAN PENGHULU NS BUAT PERALIHAN KUASA ?

DUA penggal Tok Nal tak bertanding jawatan presiden kesatuan penghulu Negeri Sembilan kerana nak sokong Nizar jadi presiden dengan harapan beliau dapat tunaikan tanggungjawab yang diamanahkan sebagaimana yang dijanjikannya pada Tok Nal , lagi pun Tok Nal dah muak bertanding kerana asyik kalah saja .

Nampaknya , satelah lama menunggu , Nizar tidak berdaya untuk menunaikan harapan ahli-ahli kesatuan kerana pengisian jawatan kanan tetap tertangguh begitu sahaja sedangkan kesatuan sepatutnya berbuat sesuatu untuk menentukan ianya menjadi realiti .

Kalau tak mampu , letak jawatan saja dan serahkan kepada timbalan untuk jalankan tugas , jika tidak Tok Nal akan mencabar beliau dalam pemilihan yang akan datang .

Menang atau tidak , bukan persoalan Tok Nal kerana yang penting hasrat dan aspirasi rakan-rakan dalam kesatuan mesti diambil kira .

Tok Nal mahu mereka yang duduk disitu buat kerja dan ada KPI yang perlu dicapai , kalau setakat untuk bermegah sahaja rentikanlah .

Budak tepi jalan pun pandai buat kerja macam tu , tak payahlah jadi presiden .

Tok Nal memang kritikal dalam soal ini kerana Tok Nal mahukan jawatan untuk buat kerja samaada diterima atau tidak terpulang kepada ahli kesatuan yang lain .

Jangan jadi liabiliti kepada kesatuan , ingat tak apa sindiran MB masa merasmikan mesyuarat agung kesatuan yang lalu , jadi jalan terbaik ialah peralihan kuasa .

Kalau Pak Lah boleh buat tak kan Nizar tak boleh , tak kan Nizar lebih hebat dari Pak Lah .


Tok Nal - sedang meneliti suasana dan kepentingan ahli kesatuan .