Thursday, February 17, 2011

KUNJUNGAN PEGAWAI DAERAH MENYELESAIKAN MASALAH

SALEPAS majlis sepetang bersama masyarakat di balairaya Kampung Tengah petang semalam , Pegawai Daerah Tuan Haji Razali Bakar bersama-sama dengan KPPD(P) Encik Zahirin dan PPD(P) Encik Khairol Azmi bersama-sama dengan Tok Nal dan Tok Jo dan ketua-ketua jabatan lainnya , mengadakan lawatan singkat ke kawasan perumahan PPRT Kampung Tengah .

Lawatan satengah jam itu bukan sahaja dinanti-nantikan oleh penghuni disitu tetapi juga menjadi medan kepada mereka mengadu kepada Pegawai Daerah .

Bekalan air bersih ke penempatan itu , walaupun paip utamanya telah ada tetapi bekalan air belum dipasang lagi kerumah mereka .

Akhirnya atas kebijaksanaan Pegawai Daerah , Tuan Haji Razali meminta KPPD(P) supaya membantu menyelesaikan masaalah itu dengan segera dan jika perlu , mengambil tindakan memasang tapping paip dan membuat tuntutan kepada kontraktor utama yang memasang paip utama disitu .

Walaupun begitu , Pegawai Daerah juga meminta supaya perkara ini di rujuk dulu kepada KKLW , pemilik projek supaya beban peserta PPRT ini dapat diringankan kerana sebahagian darinya adalah terdiri daripada mereka yang sudah berusia .

Keprihatinan Pegawai Daerah mendapat sanjungan dan pujian penduduk disitu , tinggal lagi kita menunggu  projek tapping paip itu dilaksanakan .

Tok Nal mendoakan kesejahteraan Pegawai Daerah yang sama mengambil berat kepentingan rakyat kerana selain beliau ketua pentadbir Tok Nal , Tuan Haji Razali juga sama-sama menunaikan haji ke Makkah tahun lepas .

Tok Nal harap , semua JKKK juga mendoakan kesejahteraan Tuan Razali dan semua staf Pejabat Daerah dan kakitangan kerajaan lain yang bekerja keras untuk menjaga kebajikan rakyat .

Amin