Sunday, September 26, 2010

JAMUAN HARI RAYA 1 MALAYSIA KRT MELANG

SEBAGAI Pengerusi KRT Melang , Tok Nal bangga dengan barisan AJK yang bertungkus lumus menjayakan aktibiti majlis sambutan hari raya aidilfitri 1 Malaysia yang diadakan sabtu ini ini didataran Desa Melang , Kuala Pilah .

YB Tuan Haji Adnan Abu Hassan , Adun Pilah dan Ybgh Yuan Abdul Halim Hassan , Pengaraha JPNINNS , Pegawai Perpaduan dan sambutan ini dijalankan dengan kerjasama JKKT Desa Melang .

Sambutan yang diterima baik , cuma ada beberapa AJK yang lansung tidak menunjukan muka dari mula sahingga tamat .

Tak tahu apa sebabnya tetapi dengan adanya barisan AJK yang komited kepada tugas dan tanggungjawab masing-masing menjadikan majlis berjaya sepenuhnya .

Titik bengik sikit tu biasalah , mana ada pinggan tak retak bila mengadakan kenduri .

Dibawah ini , gambar-gambar sekitar majlis itu .




Thursday, September 23, 2010

MENUNAIKAN HAJI

INSYA - ALLAH ,Tok Nal dan Isteri akan berangkat menunaikan haji tahun ini pada 11 Oktober 2010 melalui KLIA dan dijangka pulang pada 26 November 2010 .

Sehubungan itu , bagi pihak diri Tok Nal dan isteri Sapura Haji Mokhtar , Kami ingin memohon maaf , halalkan makan minum dan jika ada hutang yang belum langsai  disebabkan kelalaian Tok Nal atau Isteri , sila lah datang berjumpa untuk memaklumkannya pada Tok Nal .

Insya-Allah , Tok Nal akan cuba selesaikannya tapi kalau hutang berjadual , Tok Nal ikut jadual lah .

Kepada saudara mara , sahabat handai , rakan-rakan , ketua kampung , penduduk di mana jua yang kenal dengan Tok Nal dan Isteri , penduduk Taman Desa Melang 2 , Kuala Pilah atau sesiapa sahaja yang mengenali Tok Nal , Tok Nal merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan dokongan selama ini .

Jika ada kesempatan , Tok Nal berhajat untuk mengadakan kenduri pada 1 Oktober 2010 , salepas sembahyang jumaat di rumah Tok Nal di No. 207 , Taman Desa Melang 2 , Kuala Pilah , jemputlah hadir .

Sekali lagi , terima kasih dan doakan keselamatan Tok Nal dan isteri serta jemaah haji yang lain selamat pergi dan balik , selamat semasa mengerjakan haji serta diberikan taufik dan hidayat serta kesihatan yang baik , dapat menunaikan haji dengan sempurna dan memperolihi haji yang mabrur .

Amin ...

Monday, September 20, 2010

SHEIKH TAUFED

MALAM tadi di rumah Penghulu Taufed Mohiden , berlansung kursus haji secara mudah yang dijalankan oleh P Taufed dan isteri .

Tok Nal turut sama bersama isteri menyertai kursus ringkas itu yang dijalankan secara dua hala antara pengajar dan bakal-bakal haji .

Tok Nal ingin mengucapkan terima kasih kepada P Taufed atas daya usahanya itu dan sikap prihatin keluarga beliau yang sanggup bersusah payah untuk membimbing bakal-bakal haji .

Mudah-mudahan kursus singkat itu akan dapat memberikan banyak ilmu kepada bakal haji yang rata-rata baru pertama kali ke Makkah .

Tok Nal mendoakan semoga keluarga P Taufed di berkati Allah .

Amin .

SALAM AIDILFITRI

Sambuta Hari Raya Aidil Fitri KRT Melang akan diadakan pada 25 September 2010 jam 2.30 petang di Dataran Desa Melang , Kuala Pilah .

YB Tuan Haji Adnan Abu Hassan Adun Pilah adalah tetamu kehormat dalam majlis itu .

Orang ramai di sekitar Taman Desa Melang , Taman Desa Aman , Taman Nesa dan Kampung Melang dijemput hadir dalam majlis itu .

Pengerusi-pengerusi KRT dalam DUN Pilah juga turut dijemput hadir sama dalam majlis itu .

Tok Nal berharap , semoga majlis yang akan diadakan itu berjalan dengan lancar .

Amin .

Sunday, September 19, 2010

BERKELAH BERSAMA KELUARGA DI PD

Kudin semasa dalam kereta untuk ke PD

Nadzeem pun turut sama

Vivi dan Kudin

Tok Nal dan Isteri dan kesemua anak-anak ke PD minggu lalu sempena cuti hari raya .

Tujuannya hanya hendak berkelah bersama semua ahli keluarga , semua anak-anak Tok Nal ada bersama .

Rasa gembira bila melihat anak-anak gembira .

Tak selalu dapat bersama macam ini kerana kadang kala ada yang tidak dapat balik beraya sama kerana kerja atau bersekolah .

Doa Tok Nal semoga semua anak Tok dilindungan Allah jua .

Amin .

Tok Nal dan dua anak Nadzir dan Nami
Ibu dan Vivi bawa bekalan ke pantai
Nami dan Nadzir

Sedang membersihkan badan salepas mandi laut
Nadzir sedang memerah pakain yang basah

Friday, September 10, 2010

RAYA BERSAMA KELUARGA


RAYA tahu ini , Tok Nal beraya di kampung Tok Nal sendiri di Kg Chachar .

Lepas tu baru balik ke kampung isteri di Batu Pahat , Johor dan hari ahad bercadang nak beraya di Pontian pula .

Begitu lah selalunya Tok Nal beraya .

Gambar-gambar dibawah semaa Tok nal beraya di rumah ibu Tok Nal .

Bersama-sama adik beradik , ibu dan anak-anak di kampung

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI





TOK Nal dan keluarga mengucapkan Selamat Hari raya Aidil Fitri kepada semua pembaca blog ini .

Kalau ada kesalahan yang Tok Nal lakukan , Tok Nal mohon maaf .

Juga kepada semua kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Tampin , Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK daerah Tampin , pimpinan politik dan masyarakat termasuk sesiapa juga yang mengenali Tok Nal atau keluarga .

Sama-sama lah kita bermaaf-maafan dan semoga kita bertemu lagi di Aidil Fitri tahun yang akan datang .

Amin ....

Tuesday, September 7, 2010

LAWATAN BERSAMA SAINS

Tok Nal dan Tok Kamil bersama-sama keluarga Encik Ruslan di Kg Batang Rokan
Pam bagi mempertingkatkan tekanan air di Air Kuning Selatan
JT Sains bergaya sakan dengan aair yang memancut keluar
Tok Dolah , Ketua Kampung Mantai yang turut menerima kemudahan itu
RAYA  memang membawa erti yang besar kepada umat Islam terutamanya kepada mereka yang sebelum ini menghadapi banyak masalah berkaitan dengan bekalan air .

Langkah kerajaan negeri menambahkan pam tekanan air di Felda Bukit Rokan Utara dan Air Kuning Selatan setidak-tidaknya memberikan cahaya kegembiraan kepada mereka semua .

500 rumah di FBRU dan kira-kira 50 rumah di sekitar Air Kuning Selatan dan Mantai mendapat nikmat dari projek kerajaan itu .

Dengan menambahkan tekanan air , tempat-tempat tinggi yang selama ini sukar dinaiki air akan mendapat limpahan air sejak semalam lagi .

Tok Nal bersama dengan Adun Gemencheh YB Dato Mohd Kamil A Aziz meninjau kemudahan yang disediakan itu dan berharap nikmat yang di perlolihi penduduk terbabait menjelang syawal ini di manfaatkan sepenuhnya .

Sementara itu di Kampung Batang Rokan , sebuah rumah mesra rakyat yang sudah dua tahun tidak mendapat bekalan air , berjaya memperolihinya dengan sambungan 30 batang paip keluli dari paip utama dengan kos melebihi RM 8,000 yang di tanggung kerajaan negeri melalui sumbangan Menteri Besar .

Raya tahun ini bagi Encik Ruslan amat indah dan beliau bersyukur atas keprihatinan kerajaan membela nasibnya dan keluarga .

Tok Nal berharap , mereka yang telah mendapat kemudahan yang disediakan kerajaan ini tahu bagaimana untuk membalas jasa kerajaan yang membanmtu mereka .

Sunday, September 5, 2010

JUMAAT RAYA

Mengikut kiraan falak , hari raya aidilfitri tahun ini akan jatuh pada hari jumaat .

Maknanya , pada hari itu kita akan ada dua kali kutbah , pertama kutbah hari raya dan kemudiannya kutbah sembahyang jumaat .

Betapa indahnya raya tahun ini kerana ianya jatuh pada hari Jumaat , Penghulu segala hari .

Mudah-mudahan raya tahun ini memberikan banyak kebahagian dan kesejahtraan kepada Tok Nal dan keluarga .

Jika ada yang hendak berhari raya kerumah Tok Nal , sila lah datang salepas 4 hari raya di Taman Desa Melang , Kuala Pilah .

Amin .