Tuesday, October 20, 2009

RUMAH TERBUKA DATO SHAZIMAN

TOK Nal nak ucapkan tahniah kepada Dato Shaziman kerana rumah terbuka aidilfitri yang diadakan baru-baru ini mendapat sambutan yang menggalakan .

Mungkin antara 5,000 hingga 10,000 yang hadir .

Berdasarkan sambutan itu , bermakna rakyat Tampin memang bergembira dengankepimpinan Dato Shaziman dan tidak betullah kalau ada yang mengatakan Dato Shaziman tidak pepulor di Tampin . Buktinya , majlis yang diadakan mendapat sambutan hebat dan tentunya ini petanda baik kepada kepimpinan Dato Shaziman sendiri .

Harap Dato Shaziman dapat terus mengekalkan keyakinan rakyat dan Tok Nal memang sentiasa berdoa , agar Dato Shaziman sentiasa berjaya dan bidang politik .

Setidak-tidaknya Dato Shaziman ingat dengan Tok Nal sebagai salah saorang penghulu di Tampin ini .


MB Negeri Sembilan , KM Melaka dan ramai lagi pemimpin yang dapat Tok Nal lihat hadir sama dalam majlis itu . Tahniah lah kepada barisan AJK bahagian , wanita , pemuda dan puteri yang bekerja keras menjayakan majlis itu .

Tok Nal lihat tak menang tangan pemimpin utama saperti Encik Nasharudin Mahmud , Ujang @ Encik Shamsudin Adam , Encik Isam dan Encik Malek dari FBR .

Tok Jo pun kerja keras juga , begitu lah kalau dah jadi AJK bahagian .




JAMUAN HARI RAYA JKKK FBRU

JKKK Felda Bukit Rokan Utara mengadakan majlis sambutan hari raya aidil fitri dan mendapat sambutan yang menggalakan dari penduduk tempatan .

Antara yang hadir ialah Ujang , Isam , Pengurus , Tok Nal sendiri dan OCS Balai Polis Gemencheh .