TOK Nal tak nak membangkitkan perkara yang menyakitkan hati sepanjang bulan ramadhan ini dan buat dosa tetapi kerana keadaan sudah terlalu mendesak , Tok Nal sebutkan juga tambahan lagi Tok Din Tenai dah beberapa kali bangkit perkara yang sama dengan Tok Nal .
Apa sudah jadi dengan Kesatuan Penghulu Negeri Sembilan , wujud lagi ke atau pun pemimpinya tido kerana perjuangan untuk mengisi perjawatan Penghulu tidak lagi menjadi teras utama mereka .
Salepas dapat gred 32 terus senyap , jika tidak dulu tu saban hari bergelumang mengejar sedara untuk mendapatkan jawatan .
Di Tampin , dari 4 post , hanya ada saorang Penghulu , di Gemas dua jawatan tapi hanya ada Penghulu Khalid manakala di Kuala Pilah , dari 8 jawatan , cuma ada tiga orang sahaja Penghulu .
Seremban pula , ada dua kekosongan , satu yang di tinggalkan oleh Penghulu Sanusi dan satu lagi dengan kembalinya ke rahmatullah Penghulu Ridzuan baru-baru ini .
Di Rembau pula , lansung tak ada Penghulu salepas Penghulu Zainudin Amin bersara , ada kalau tak silap 6 jawatan disitu manakala di Jempol , masih kurang satu jawatan .
Manakala di PD pula khabarnya , masih kurang saorang Penghulu dan di Jelebu , bakal kosong dua jawatan apabila Penghulu Naza bersara pilihan dan Penghulu Karim sedang menunggu permohonan untuk bersara pilihan juga .
Penghulu Sheikh juga khabarnya sedang merancang juga untuk bersara pilihan , betul ke ?
Begitulah keadaan perjawatan Penghulu dimana Kesatuan Penghulu NS macam tak nampak aje perkara ini .
Tak kan lelap sebab dah naik jawatan kot , tengok lah sikit anak buah ni , bincanglah baik-baik dengan Kerajaan Negeri tentu ada jalan penyelesaiannya .
Itu lah akibatnya kalau hendak jawatan kesatuan untuk mendapatkan jawatan yang lain , yang wajib tinggal , yang sunat pun tak buat .
Tok Nal - sedekahkan Alfatihah untuk arwah Penghulu Ridzuan Jaafar .
No comments:
Post a Comment