Tuesday, December 30, 2008

DIRGAHAYU TUANKU


Tok Nal merafak sembah KDYM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Mukriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir atas perlantikan Tuanku sebagai Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ke 11 .

Perlantikan Tuanku adalah melambangkan kebijaksanaan seluruh rakyat Negeri Sembilan dan Tok Nal akan menumpahkan taat setia tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Tuanku .

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku .


Tok Nal - berterima kasih dengan KDYMM Tuanku Jaafar atas anugerah pingat kebesaran

Thursday, December 4, 2008

BENGKEL PENCEGAHAN DADAH PEMIMPIN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN




Minggu lalu Tok nal bersama penghulu lain dari negeri ini dan pemimpin Ngo berbengkel di Hotel Grand Continental KL bagi membincangkan usaha pencegahan dadah diperingkat akar umbi .

Bengkel ini anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama pejabat Setiasuaha Kerajaan Negeri , Negeri Sembilan .

Banyak maklumat yang disampaikan terutamanya oleh Pengarah AADK Negeri Abdul Rahman Hamid yang antara lain memberitahu bahawa 80 peratus penagih dadah dinegara ini adalah orang Melayu .

Begitu sekali penangan dadah kepada orang Melayu dan katanya dalam serbuan di sebuah daerah di negeri ini , dari 17 penagih yang ditangkap , 8 daripadanya adalah positif HIV .

Katanya daerah Jempol mendahului senarai bilangan penagih teramai diikuti Tampin , Seremban , Jelebu , Rembau , Kuala Pilah dan PD .

Kawasan yang dikenalpasti banyak penagih dadah ialah kawasan felda dan usaha mesti dijalankan bukan sahaja oleh AADK dan masyarakat umum tetapi juga oleh pengurusan Felda .

Tidak cukup jika taraf ekonomi mereka bertambah baik apabila masuk ke Felda tetapi kemudiannya hancur disebabkan dadah .

Begitu lah yang Tok Nal diberitahu , patut benar kerajaan amat bimbang dengan gejala penyalahgunaan dadah ini .

Marilah kita sama-sama berganding bahu mencegah dan membantras gejala ini supaya kehidupan kita bertambah baik dan aman .

Amin ...

Wednesday, November 19, 2008

HPPN NEGERI SEMBILAN MERIAH

Hari Peladang Penternak dan Nelayan (HPPN) peringkat Negeri Sembilan di tapak bekas kem Paroi mendapat sambutan yang menggalakan .

Kehadiran meningkat sekali ganda dari 30,000 kepada 60,000 dan menurut Menteri Pertanian Datuk Mustafa Muhamad , sambuatan HPPP peringkat negeri hampir menyamai MAHA peringkat kebangsaan .

Tahniah lah kepada Jabatan Pertanian Negeri termasuk exco kerajaan Datuk Yunus Rahmat yang berjaya menjadi HPPN sebagai daya tarikan ulung rakyat negeri ini .

Juga tahniah kepada Haji Nurashid kerana bijak mengatur program dan susun atur tapak expo , tahun hadapan biarlah Jabatan Pertanian lagi diberikan tanggungjawab ini .

Tahniah juga kepada Datuk Ibrahim Jahaya yang bijak menyampaikan ucapan walaupun dalam majlis penutup kerana orang lama ini memang pandai menyesuaikan diri .

Kalau dah semua diberikan tahniah , kita berikanlah tahniah terakhir kepada jabatan dan orang ramai yang mengambil bahagian .

Jika tidak kehadiran mereka , apa lah HPPN tahun ini .


Tok Nal - pandai MB memilih exco yang sesuai

Tuesday, November 11, 2008

MITC , MELAKA




Minggu minggulepas Tok Nal ke MITC Melaka kerana menjadi Pegawai Pengiring kepada usahawan SDSI bagi daerah Tampin .

Sempena hujung minggu , Tok Nal bawa anak-anak sekali , mungkin nak ajar mereka jadi usahawan satu masa nanti .

Kemudian anak-anak Tok Nal pun masuk melawat gerai pameran dan kagum dengan pencapaian usahawan kita walaupun masih kecil tetapi sangat kreatif dan bermutu tinggi .

Begitulah yang sepatutnya .

Tok Nal dan anak juga melawat pameran aliens , punyalah sempoi sampaikan tak terkata , rupanya selama ini yang keluar kat Tv tu semuanya hanya palstik sahaja .

Tak percaya , tengok anak Tok Nal langsung tak kagum .

Budaya nak tipu orang supaya percaya ia wujud dan boleh buat duit .

Begitu lah .


Tok Nal - ramai eliens yang duduk cuba perati nak tipu kita

Thursday, October 30, 2008

JAMUAN HARI RAYA RELA KP




Tahniah lah kepada Pegawai RELA Daerah Kuala Pilah Encik Hassan kerana berjaya buat jamuan hari raya untuk ahli-ahli Rela dengan sambutan yang begitu baik sekali .

Sampai tak cukup tempat duduk .

Pengarah Rela Negeri dan Pegawai Daerah Kuala Pilah turut hadir sama .

Meriah .

Komando Reput apa lagi , seronok sakan , asyik nak menabik sahaja sampaikan Tok Nal pun di tabiknya .

Tok Nal tahu lah Tok Nal ini Ketua Pergerakan Rela Mukim (KPRM) dan pakai 2 paku , tapi tak kan masa jamuan hari raya pun nak tabik juga .

Biar pun , Tok Nal ucapakan terima kasih kepada Komando Reput yang tak jemu-jemu berkaraoke untuk menghiburkan tetamu .

Bukan sedap sangat suara tetapi kerana Komando Reput biasa bertempik , jadi lagu nyanyiannya kira Ok lah .

Komando Reput ini sebenarnya bukan setakat rakan karib Tok Nal tetapi juga bodyguard Tok Nal bila diperlukan .

Upahnya murah dan perkhidmatannya baik , kalau ada yang nak pakai perkhidmatan Komando Reput , sila hubungi Tok Nal .


Tok Nal - harap ada lah cenderahati dari Pegawai Rela Daerah tahun ini .

Tuesday, October 28, 2008

RAKAN_RAKAN LAMA




Ini adalah antara rakan-rakan lama Tok Nal , baik dalam politik , perniagaan mahupun pekerjaan .

Bagi Tok Nal semua nya rakan baik dan tiada sebarang masaaalah antara kami .

Panjang usia , Tok Nal ingin berjumpa rakan-rakan Tok Nal lagi .

Mengeratkan hubungan silatulrahim adalah baik dan jika ada pembaca blogger yang mengetahui mereka , beritahulah kepada rakan Tok nal tentang blog ini supaya mereka dapat mengetahaui isi hati Tok Nal .

Tentu ada yang tahu call Tok Nal tetapi kalau tak ada no talipon , mesejkan sahaja melalui blog ini di ruangan komen .

Tok Nal pasti akan memberikan maklumbalas .


Tok Nal - terima kasih semua

Saturday, October 25, 2008

BERTEMU KAWAN LAMA


TOK Nal ke Pontian Johor jumaat minggu ini bersama anak sulong yang masih menuntut dikolej bersekutu UUM - kolej negeri dengan tujuan untuk berjumpa dengan rakan dan kawan Tok Nal semasa Tok Nal bertugas di Pontian dulu .

Dulu Tok Nal bertugas di Jabatan Pertanian IPRS Pontian dari tahun 1980 hingga 1993 dan kemudian ke Jabatan Pertanian Ayer Hitam , Kluang sahingga tahun 1996 .

Masa di Pontian , Tok Nal dapat berjumpa dengan Dato Nasir Safar , Dato Ahmad Kosnan , Tuan Haji Yassin Ibrahim , Tuan Haji Muhtaha Tuah , Badang , Bahrin Kailan , Paiman Safar dan ramai lagi , dan ada diantaranya Tok nal tak berapa ingat namanya .

Bukana sombong tetapi satelah hampir 15 tahun tidak berjumpa sudah tentu ingatan menjadi lemah dan nama yang satu masa dulu sentiasa bermain dibibir , sukar untuk diingati .

Begitu lah manusia , bila berjumpa gembira , berbual mesra dan saling bertanya kabar .

Tok Nal juga begitu dan sentiasa berharap hubungan Tok Nal dengan semuanya akan kekal abadi dan sentiasa di ingati hingga keakhir hayat .


Tok Nal - mahu anak mencontohi semangat persahabatan ini.

Monday, October 20, 2008

ANTARA RAKAN DAN KAWAN



BAGI Tok Nal , ada kawan yang setia dan ada kawan yang hanya ingin melihat kita sengsara .

Memang tidak ramai yang suka melihat kita gembira , berjaya serta mencapai apa yang dicita tetapi ramai yang suka melihat kita jatuh , sentiasa berduka dan paling sedih sekali , suka kalau apa yang kita hajati tidak berjaya dicapai .

Itu lah sikap rakan dan kawan kita .

Tok Nal simpati dengan nasib rakan-rakan kita yang sebegitu , malahan Tok Nal juga pernah menerima nasib yang sama .

Kadang kala kerana kepentingan peribadi , matlamat menghalalkan cara dan kepentingan ramai menjadi mainan .

Tok Nal ada saorang kawan , namanya Nujum , tinggal di Air Baloi Pontian , pernah bersama-sama belajar di UNAS tetapi tidak tamat dan kemudiannya menyambung pelajaran di UKM dan berjaya lulus dengan sarjana muda sains politik .

Hubungan kami baik , beliau berpegang kepada prinsip dan penyokong kuat parti bulan manakala Tok Nal parti keris tetapi pegangan politik tidak pernah menyekat hubungan kami .

Kami berkawan rapat dan sering bertengkar tetapi akhirnya kami tetap bersatu dalam isu utama yang membabitkan rakyat .

Kalau boleh di katakan rakan dan kawan , Nujum lah orangnya .

Tok Nal memang salute dengan Nujum dan akan singgah kerumahnya di Air Baloi bila ke Pontian .

Dan Tok Nal sentiasa mendoakan Nujum berjaya biarpun berlainan pegangan politik dan kepahaman .


Tok nal - ada rakan dan kawan , ada juga rakan dan lawan , adat lah ....

Wednesday, October 15, 2008

MINYAK TURUN LAGI

Alhamdulillah , minyak petrol dan diesel turun antara 15 hingga 20 sen seliter .

Harap lepas ini boleh turun lagi kerana kenaikan harga minyak di pum bukan sahaja membebankan pemilik kenderaan tetapi juga pengguna lain .

Bayangkan lah , harga minyak meletup sahaja naik , harga barangan lain melambung sama .

Beras naik RM 1.00 sekilo , roti canai 30 sen sekeping , nasi lemak naik sampai 20 sen dan barangan lain juga naik .

Pendapatan macam tu juga sedangkan perbelanjaan bertambah berlipat kali ganda akibat kenaikan harga minyak .

Suka tak suka terima juga lah untuk survival hidup tetapi yang paling penting , usaha kearah menstabilkan harga barangan lebih penting dari menurunkan harga minyak .

Barangan turun harga , yang tak pakai motorsikal atau kereta akan dapat faedahnya malahan berlipat kali ganda pulak .

Tetapi yang paling penting , kita kena percaya dengan kerajaan yang ada sekarang , jangan ragu-ragu kerana kepercayaan kita akan memudahkan kerajaan membela rakyat .



Tok Nal - sentiasa setia dengan kerajaan negeri dan pusat .

Tuesday, October 14, 2008

KESATUAN PENGHULU NS BUAT PERALIHAN KUASA ?

DUA penggal Tok Nal tak bertanding jawatan presiden kesatuan penghulu Negeri Sembilan kerana nak sokong Nizar jadi presiden dengan harapan beliau dapat tunaikan tanggungjawab yang diamanahkan sebagaimana yang dijanjikannya pada Tok Nal , lagi pun Tok Nal dah muak bertanding kerana asyik kalah saja .

Nampaknya , satelah lama menunggu , Nizar tidak berdaya untuk menunaikan harapan ahli-ahli kesatuan kerana pengisian jawatan kanan tetap tertangguh begitu sahaja sedangkan kesatuan sepatutnya berbuat sesuatu untuk menentukan ianya menjadi realiti .

Kalau tak mampu , letak jawatan saja dan serahkan kepada timbalan untuk jalankan tugas , jika tidak Tok Nal akan mencabar beliau dalam pemilihan yang akan datang .

Menang atau tidak , bukan persoalan Tok Nal kerana yang penting hasrat dan aspirasi rakan-rakan dalam kesatuan mesti diambil kira .

Tok Nal mahu mereka yang duduk disitu buat kerja dan ada KPI yang perlu dicapai , kalau setakat untuk bermegah sahaja rentikanlah .

Budak tepi jalan pun pandai buat kerja macam tu , tak payahlah jadi presiden .

Tok Nal memang kritikal dalam soal ini kerana Tok Nal mahukan jawatan untuk buat kerja samaada diterima atau tidak terpulang kepada ahli kesatuan yang lain .

Jangan jadi liabiliti kepada kesatuan , ingat tak apa sindiran MB masa merasmikan mesyuarat agung kesatuan yang lalu , jadi jalan terbaik ialah peralihan kuasa .

Kalau Pak Lah boleh buat tak kan Nizar tak boleh , tak kan Nizar lebih hebat dari Pak Lah .


Tok Nal - sedang meneliti suasana dan kepentingan ahli kesatuan .

Thursday, September 25, 2008

BERSYUKURLAH .....


Tok Nal ucapkan syabas kepada kerajaan kerana prihatin kepada nasib orang miskin dinegara ini .

Banyak bantuan yang diberikan kerajaan kepada mereka , baik bantuan rumah baru , baiki rumah , projek peningkatan pendapatan , anak sekolah dan berbagai-bagai lagi .

Kalau nak ikutkan mewah orang miskin ini , hari raya dapat bantuan , rumah bocor dapat bantuan , anak sekolah dapat bantuan dan bermcam-macam lagi .

Tinggal lagi , mereka ingat ke tidak ? .

Harap-harap jangan ada yang saperti kacang lupakan kulit . Kalau tak ada kulit , kacang tak ada tetapi bila dah jadi kacang , dia mula lupa kepada kulit lamanya .

Tugas Tok Nal nak mengingatkan mereka supaya sentiasa ingat jasa kerajaan biarpun mereka dah tak susah lagi .

Kalau minta tolong pangkah tu , pangkah lah tanpa banyak soal .

Dah banyak kerajaan tolong , tak kan kerja senang pun tak banyak tanya dan terikut-ikut kata orang lain yang tak sukakan kerajaan .

Lihatlah contoh meriahnya hari raya tahun ini kepada orang miskin di kawasan Tok Nal .

Bersyukurlah ......



Tok Nal - beraya dengan bonus kerajaan saja .

Monday, September 22, 2008

KENANGAN DI LANGKAWI






Pada 24 - hingga 27 November 2007 , Tok Nal dan keluarga ke Langkawi .

Tok Nal pergi bersama isteri dan 3 anak , menginap di Hotel Bay View dan membeli belah di sekitar Langkawi .

Seronok pergi dengan keluarga , cuma harga barangan dah makin mahal .

Tok Nal dah kesana hampir 10 kali dan dua kali dengan keluarga , yang seronok sangat anak-anak Tok Nal tetapi Tok Nal tak kisah sangat biarpun banyak keluarga belanja .

Pokoknya mereka seronok .

Friday, September 12, 2008

SELAMAT HARI RAYA

SEBELUM terlambat , Tok nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua bloggers dan pembaca blog Tok Nal .

Blog ni tak sensasi , cuma sekadar untuk suka-suka sahaja .

Saja nak bagi nasihat sikit , nak bagi pandangan sikit dan kalau boleh nak dapat pandangan atau komen pembaca sikit tentang isu semasa .

Itu saja tak lebih dari itu .

Lagi satu nak coretkan hal keluarga Tok Nal .

Sebagai kenangan terutamanya bila Tok Nal dah tak ada lagi .


Tok Nal - mohon maaf jika tersilap dan terkasar bahasa .

TAK TURUN PUN ....!

TERPERANJAT beruk Tok Nal bila harga barang tak turun-turun juga walaupun minyak dah turun .

Dulu masa naikan harga , minyak menjadi faktor utamanya , minyak naik 40 % , harga pun naik 40 % .

Kemudian minyak turun 15 sen , harga barangan tak turun juga .

Harga ayam standar di Kuala Pilah 7.50 seekor , kalau ayam yang dicucuh api untuk buang bulu , lagi lah mahal .

Macam tak ada kesudahannya harga barang ni .

Naik dan naik , turun tak juga .

Begitu lah nasib pengguna .

Tok Nal nak nasihatkan anak buah , mana yang boleh jimat , jimatlah .

Tanam sayur sekeliling rumah , ternak ikan sembilang dalam tangki dan beli satelah buat perbandingan .

Jangan nak berlagak dengan membeli saja , kurangkan belanja barang dapur kerana harganya tinggi sangat dan melampaui kemampuan kita .

Dengan cara itu , penggunaan dapat dikurangkan dan harga dapat dikawal , tak payah lah kerajaan kawal kerana sendiri kawal lagi baik .

Dengan cara itu , dapat lah anak buah tolong usaha kerajaan mengawal harga .


Tok Nal - dah lama tak makan luar kerana harga makanan siap pun naik juga .

Tuesday, September 2, 2008

SALAM RAMADHAN

Tok Nal ucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam terutamanya kepada anak buah Tok Nal di mukim Gemencheh .

Juga Selamat Menyambut Hari Raya yang akan menjelang tiba .

Kalau ada salah dan silap , mohon di maafkan dan kepada sesiapa yang mungkin ada kesalahan dengan Tok Nal , Tok Nal maafkan .

Hari baik , bulan baik , elok kalau kita bermaaf-maafkan .


Tok Nal - berhasrat nak tunaikan haji tahun 2010

Thursday, August 21, 2008

BLOGGER SONGSANG

APA lah punya blogger bila membuat cadangan yang bukan sahaja menghina negara dan rakyat , malahan menjatuhkan maruah bila meminta mereka yang tidak setuju dengan kerajaan supaya mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik .

Bangang betul blogger tu , bukan sahaja menjatuhkan maruah dia tetapi juga blogers lain .

Kalau pun benar tidak setuju dengan kerajaan , biarlah beri cadangan yang tulus , membina , dan tidak mencerminkan kebodohan sendiri .

Kan lebih baik buat cadangan supaya lebih ramai mengibarkan bendera sempena hari kemerdekaan daripada mengibarkan secara terbalik kerana cadangan itu bukan sahaja menjijikkan tetapi juga melambangkan kebodohan blogger itu sendiri .

Kadang kala Tok Nal tak percaya ada orang semacam ini kerana dalam memberikan pandangan atau mengutarakan isu , ada juga yang cuba menjerat tengkuknya sendiri .

Blogger saperti ini mesti dihapuskan dan jangan biar mereka merosakan blogger yang menulis untuk kebaikan , kesejahteraan dan ketulusan peribadi tanpa sebarang bayaran semata-mata kerana ingin menyumbang sesuatu kepada minda rakyat .

Kerajaan kena bertindak dan bertindak dengan wajar , budaya ini mesti dihentikan dan sebagai blogger , Tok Nal tidak setuju dengan sikap ini .

Tidak suka kerajaan , boleh , menyokong pembangkang juga boleh tetapi menjatuhkan maruah negara tidak boleh sama sekali biar pun mereka pembangkang , apa lagi kalau mereka kerajaan .



Tok Nal - sendiri mahu fikir lah

Wednesday, August 20, 2008

MAHA 2008 SERDANG

Hari tu Tok Nal pergi melawat ke MAHA di Serdang , Selangor dengan keluarga .

Best . banyak ilmu yang Tok Nal dapat termasuk sakit kaki kerana berjalan jauh .

Lagi pun Serdang tak asing pada Tok Nal , dulu Tok nal selalu disana masa belajar .

Cuma sekarang sebab dah kerja di Pejabat Daerah , kurang sikit tetapi masa di Jabatan Pertanian , Serdang macam rumah kedua .

Pada yang belum pergi ke MAHA , jangan lepaskan peluang kesana .



Tok Nal - teringat kenangan lama

Wednesday, July 23, 2008

GAMBAR ISTERI MASA MUDA






Ini semua sebahagian gambar isteri penulis masa muda . Gambar rahsia ni . Cun tak . Masa tu penulis baru nak ngorat Sapura , tak sangka pulak dia berkenan kepada penulis dan tahun 1986 satelah berkahwan selama 2 tahun , terus kahwin .

GAMBAR TERINDAH






Ini gambar-gambar perkahwinan penulis yang dilaksanakan pada 6 April 1986 di Batu Pahat Johor . Ini bermakna sudah 22 tahun penulis hidup berdua dengan Puan sapura Haji Mokhtar . Moga jodoh penulis kekal hingga ke akhir hayat .

Dan gambar kenangan ini akan menjadi memori indah kepada kami berdua untuk anak-anak dan semua ahli keluarga Zainal dan Sapura .

Amin ............

RUKUN TETANGGA


Penulis adalah Pengerusi KRT Melang yang juga Pengerusi Penyelaras KRT Daerah Kuala Pilah . Sebelum ini penulis adalah Pengerusi KRT Pilah Pekan dan Timbalan Pengerusi Penyelaras KRT Daerah Kuala Pilah .

Penulis mula aktif dalam KRT sejak tahun 80 an dengan menjadi ahli biasa KRT Bandar Pontian , Pontian . Kemudian tahun 1993 , penulis berpindah ke Yong Peng dan menjadi AJK KRT Taman Kota Yong Peng . Dimasa yang sama Penulis menjadi Pengerusi JK Tabika Perpaduan Taman Desa Aman Yong Peng .

Apabila penulis berpindah ke Kuala Pilah tahun 1996 , penulis menjadi AJK KRT Pilah Pekan dan setahun lepas itu , penulis dilantik menjadi Pengerusi KRT Pilah Pekan dan Timbalan Pengerusi Penyelaras KRT Daerah Kuala Pilah sahingga sekarang . Ini adalah gambar sijil perlantikan penulis sebagai Pengerusi KRT Melang yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Negeri Sembilan .

Wednesday, July 16, 2008

JAWATAN YANG DISANDANG ( RASMI DAN NGO'S )






Gambar-gambar semasa di Istana Besar Seri menanti bersama keluarga dan Hakim Mahkamah Syariah Negeri Sembilan Ustaz Razak dan bekas Pegawai Daerah Kuala Pilah Tuan Haji Zainal Abidin Mokhtar yang sekarang sebagai Setiausaha Sulit Kebawah DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan

JAWATAN YANG DIPEGANG SEKARANG
Pengerusi JK Penyelaras Mukim Gemencheh
Ahli Jawatankuasa Pemadam Daerah Tampin
Pengerusi Pemadam Mukim Gemencheh
Ahli Majlis Perunding Belia Daerah Tampin
Pengerusi KRT Melang Kuala Pilah
Pengerusi Penyelaras KRT Daerah Kuala Pilah
Ahli UMNO Melang , Kuala Pilah
Ketua Pergerakan Rela Mukim (KPRM) Kuala Pilah
Penguatkuasa Agama (sukarelawan) JHEAINS
Pengawal Kawalan Harga , KPDNHEP
Pengawal Bekalan , KPDNHEP
Inspektorat Timbang dan Sukat , KPDNHEP
Penguatkuasa RELA , Kementerian Dalam Negeri
Pengerusi Musabaqah Alquran Mukim Gemencheh
Urusetia Satu Daerah Satu Industri Daerah Tampin
Urusetia Hari peladang,Penternak dan Nelayan , Daerah Tampin .
Ahli Jawatankuasa majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD) Tampin
Ahli Jawatankuasa Bertindak Pertanian Daerah Tampin
Ahli Jawatankuasa Membasmi Kemiskinan Daerah Tampin
Ahli Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Peringkat Daerah Tampin .
Ketua Tempat Mengundi (KTM) Pilihanraya Umum Ke 12 2008
Pegawai Penyelaras Pengaduan Awam (PPPA) Daerah Tampin

KELUARGA KU

Ini adalah gambar keluarga ku yang sangat ku sayangi . Antaranya gambar bersama isteri , gambar anak-anak semasa berkelah di PD , gambar semasa anak kedua menerima sijil tadika dan gambar kenangan bersama ahli keluarga yang lain .



Monday, July 14, 2008

ANDAI KU TAHU......

Marilah kita hayati lagu Andai Ku Tahu nyanyian Unggu yang benar-benar menyentuh nurani penulis sekeluarga . Semoga anda juga begitu


Andai ku tahu
Kapan tiba ajal ku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umur ku
Andai ku tahu
Kapan tiba masa ku
Aku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawa ku
Aku takut
Akan semua dosa-dosa ku
Aku takut
Dosa yang terus membayangi ku
Andai ku tahu
Malaikat Mu kan menjemput ku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat pada mu
Aku takut
Akan semua dosa-dosa ku
Aku takut
Dosa yang terus membayangi ku
Ampuni aku
Dari segala dosa-dosa ku
Ampuni aku
Menangis ku bertaubat pada Mu
c/o
Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga
Andai ku tahu
Kapan tiba ajal ku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat pada Mu
Aku takut
Akan semua dosa-dosa ku
Aku takut
Dosa yang terus membayangi ku
Ampuni aku
Dari segala dosa-dosa ku
Ampuni aku
Menangis ku bertaubat pada mu

Thursday, July 10, 2008

BA ( Bahasa Dan Sastera ) UNAS



Salepas penulis lulus STPM pada tahun 1985 , penulis cuba untuk memasuki Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang . Penulis mohon sokongan daripada Datuk Aziz Shamsudin yang ketika itu rapat dengan penulis dan berjawatan Setpol PM .

Rezeki penulis tiada disitu , penulis disuakan borang Universitas Nasional (UNAS) di Jakarta Indonesia .

Penulis mohon dan berjaya mengikut pengajian dalam jurusan Bahasa Dan Sastra dan dari tahun 1986 hingga 1991 , penulis belajar disitu .

Antara dosen yang masih penulis ingat ialah Sultan Takdir Alaisyahbana , HB Jasin , Drs Sidi Gazalba , Dra Haryati , Haji Ghazali Dunia , Dr Mansor di UPM dan ramai lagi .

Antara rakan penulis masa itu ialah Pengerusi Persatuan penulis Pulau Pinang Drs Anuar Asmadi , bekas guru di Segamat Drs Ungku Zaman Tahir , penulis buku pepulor yang juga pegawai di Jabatan Penerangan Johor Bahru dan ramai lagi .

Jihaty Abadi adalah satu universiti dengan penulis tetapi beliau lulus lebih awal lagi .

Untuk menyelesaikan BA , skripsi atau tesis penulis ialah Sistem Adat Perpatih di Negeri Sembilan dan Naning Melaka .

Penulis kemudian menyambung ke peringkat doktoral , tetapi atas sebab-sebab tertentu , penulis tidak dapat menghabiskan kerana masaalah masa dan kewangan .

Lagipun penulis dah kawin pada masa itu . Tesis pun dah buat tetapi terpaksa dibuang kerana tidak menghabiskan kulliah .

Kalau ada masa dan kesempatan , penulis ingin menamatkan pengajian itu , mungkin di Malaysia kali ini kalau ada kesempatan .

Kalau sesiapa nak tahu UNAS , sila lihat Astro rancangan Cinta Ku Di Rumah Susun dimana sebahagian besar penggambaran sinetron tersebut di buat di UNAS .

Moga-moga universiti kedua tertua di Indonesia ini akan terus berkembang pesat lagi .

Sama-sama doakan kesungguhan penulis itu .

KESAYANGAN PENULIS



Ini gambar isteri penulis bersama -sama dua dari lima anak kesayangan penulis dan isteri .

Yang lelaki bernama Mohamed Naqiudden manakala satu-satunya anak gadis penulis ialah Vivi Asnita .

SELAMAT HARI LAHIR .....

BESOK 11 July ialah hari lahir penulis dan anak bungsu Mohamed Naqiuddeen . Moga panjang umur dan murah rezeki .

Juga mohon pembaca mendoakan kesejahteraan penulis dan keluarga terutamanya anak bungsu penulis yang tarikh lahirnya sama dengan penulis .

Sekarang Kudin berada dalam tahun satu SK Tunku Kursiah Kuala Pilah .

Amin....

SELAMAT HARI LAHIR


BESOK 11 July adalah hari lahir penulis dan anak yang bongsu Mohamed Naqiudeen .Anak penulis berumur 7 tahun sekarang dan bersekolah di tahun satu di Sekolah Kebangsaan Tunku Kursiah , Kuala Pilah .

Moga-moga Kudin berjaya dalam pelajaran dan menjadi manusia yang mampu menyumbang kepada bangsa , agama dan negara ini .

Itu doa penulis kepada Allah untuk Kudin .

Doakan juga kebahagiaan keluarga penulis seramai 7 orang iaitu saorang isteri Sapura Haji Mokhtar dan 5 anak dimana 4 daripadanya adalah lelaki .

Wednesday, July 9, 2008

LATAR BELAKANG PENULIS

Penulis dilahirkan 48 tahun yang lalu di Kampung Kuala Jempol , dimana pada masa itu terletak dalam daerah Kuala Pilah . Anak ketiga dalam keluarga seramai 10 orang yang terdiri daripada 8 lelaki dan 2 wanita .

Bersekolah awal di Sekolah Kebangsaan Jempol sahingga darjah 6 , kemudian ke Sekolah Menengah Dato Mansor Bahau sahingga tamat SPM pada tahun 1977 . Kemudian memasuki Institut Pertanian Malaysia dan lulus pada tahun 1980 .

Mula bekerja sebagai juruteknik Pertanian dan kemudian pada tahun 1993 bertukar ke Pembantu Pertanian di Unit Pengurusan Tanah , Ayer Hitam , Kluang Johor dan bertugas di Unit Kesuburan Tanah , Ayer Hitam . Beliau di tugaskan untuk menjaga unit tersebut bagi daerah Segamat , Johor .

Pada tahun 1981 , mengambil kelas malam dan lulus STPM pada tahun 1985 , 1986 memasuki Universitas Nasional , Jakarta dan lulus iiazah Sarjana Muda dalam pengkhususan Bahasa dan Sastra .

Pernah memohon menjadi pegawai di beberapa jabatan antaranya Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur , PKENJ dan Pusat Zakat WP .

Mula menjadi Penghulu mukim pada tahun 1996 di mukim Pilah , Juasseh , Seri Menanti dan pada tahun 2004 , menjadi Penghulu mukim Gemencheh hingga sekarang.

Dari segi kemasyarakatan , beliau pernah menjadi AJK UMNO / PPU bahagian Pontian selain aktif dalam Rukun Tetangga , Pemadam , Rela dan Askar Wataniah .

Beliau juga pernah bertugas sebagai wartawan dengan akhbar Watan dan Mingguan Tanahair serta menjadi stringer Berita Harian di Johor Bahru , Batu Pahat dan Kuala Pilah serta pernah menjadi Presiden Wartawan Sambilan BH di Johor .

Mempunyai saorang isteri Sapura Binti haji Mokhtar dan 5 orang anak yang terdiri daripada 4 lelaki dan saorang perempuan .

Anak yang sulong sedang mengikuti pengajian Sumber Manusia dan UUM .

Tuesday, July 8, 2008

SELAMAT DATANG KE BLOG INI > SEMOGA IANYA MEMBERI SADIKIT SEBANYAK MAKLUMAT KEPADA ANDA SEMUA ...... TERIMA KASIH