Friday, December 31, 2010

BAPA ANGKAT JKKK

41 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung daerah Tampin menerima Bapa Angkat yang terdiri dari jabatan-jabatan kerajaan daerah ini bagi membantu dan menyelaras program dan aktibiti JKKK terbabit .

Kesemua JKKK di perkenalkan dengan ketua-ketua jabatan yang hadir dan diberikan sijil pengesahan bapa angkat mereka .

Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab jabatan terbabit melalui pegawai yang dilantik untuk memantau perkembangan JKKK yang menjadi anak angkat mereka selain memberi nasihat mengikut keperluankan semasa.


Cuma yang menjadi persoalannya ialah kenapa masih ada Pengerusi JKKK yang culas , tidak mahu datang dan tidak berminat dengan usaha yang dijalankan ini serta mengambil mudah arahan yang dikeluarkan kerajaan negeri dan Pegawai Daerah .

Tindakan tegas mesti diambil kerana jika tidak ianya boleh menjadi barah dan merebak kepada JKKK yang lain sahingga boleh melemahkan jentera pentadbiran di kampung .

Pengerusi Ketua kampung Tampin Baharudin Rashid meminta supaya setiap JKKK yang gagal hadir. supaya diberikan surat tunjuk sebab dan jika perlu diambil tindakan termasuk melapurkan kepada kerajaan negeri supaya tugas mereka dapat digantikan dengan calun lain yang lebih layak dan berkeupayaan .

Saranan itu mendapat maklumbalas segera Pegawai Daerah dengan meminta Unit Pembangunan PDT mengeluarkan surat tunjuk sebab itu dan mengenalpasti mana-mana JKKK yanag tidak berminat menjalankan tugas .

YB Dato Hajjah Zainab Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga Adun Gemas turut menyokong usul yang dicadangkan itu dan berharap ianya dapat memberi pengajaran kepada mereka yang terbabit .

Tuesday, December 28, 2010

IDEAS DI KG TENGAH

PROGRAM IDEAS atau Intergrasi Desa Daya dan Siswa 2010 bersama-sama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) berlansung dengan meriahnya di Kampung Tengah , petang semalam .

Program yang dirasmikan oleh YB Dato Hasan Malek Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah di hadiri kira-kira 500 yang terdiri daripada pemimpin masyarakat , ketua kampung , ketua jabatan dan anggota Kemas Negeri Sembilan .

Tok Nal turut hadir bersama dalam majlis itu , Pegawai Daerah Tuan Haji Razali Bakar dan Ketua Pemuda Mohd Isam Mohd Isa pun hadir sama selain penyelia Kemas Gemencheh Encik Anuar .

Tahniah kepada semua pihak yang hadir dalam majlis itu termasuk Adun Gemas dan juga NC Usim sendiri .

YB Dato Hasan Malek Timbalan Menteri KKLW sedang rancak berbual semasa menunggu masa ke majlis perasmian di salah sebuah restoren di Gemencheh

Isam , KPU Tampin antara pemimpin yang menyambut Dato Hasan

Dato Zainab Nasir juga turut hadir dalam majlis itu

Tok Jo , Ketua Kampung Tengah sedang menyampaikan ucapan alu-aluan

Sebahagian hadirin yang hadir dalam majlis itu

Tuesday, December 14, 2010

PERUBAHAN MAKKAH DAN MADINAH

SEPULOH tahun lalu , mereka yang mengerjakan haji dan sekarang datang kembali , banyak bezanya .

Dulu tiada jam terbesar didunia yang menjadi mercu tanda masjidil haram , sekarang mercu tanda itu dah hampir siap dan berdiri dengan megahnya .

Dari jauh dah kelihatan jam besar setinggi bangunan 5 tingkat , dan disitu lah terletaknya Makkah dan Masjidil Haram .

Lihat perbezaan gambar yang Tok Nal ambil di kedua-dua tempat itu .

Dulu Gambar Masjid Nabawi tidak seindah sekarang , sudah berkali ganda besarnya , dan senibina bangunan juga indah dan mengkagumkan .

Makkah apa lagi , sudah banyak hotel mewah dan kedudukannya juga amat strategik disamping banyak kemudahan lain .

Setahun dua lagi , perkhidmatan keretapi letrik antara Makkah ke Mini dan Arafah , Insya-Allah akan dapat digunakan oleh jemaah haji .

Sekarang perkhidmatan itu dah separuh siap dan digunakan musim haji tahun ini oleh penduduk tempatan yang hendak melontar Jamrah di Mina .

Mudah-mudah , dengan kemudahan yang semakin baik , lebih ramai jemaah haji dapat kesana dan menunaikan ibadat mereka .

Mudah-mudahan juga Tok Nal dapat pergi menunaikan haji sekali lagi .

Amin .


Gambar Masjidil Haram masa lalu

Gambar Masjidil Aqsa

Masjid Nabawi di Madinah yang asal , bandingkan dengan keadaan masjid itu sekarang

Gambar terbaharu Tok Nal , 2 minggu salepas menunaikan haji


Pemandangan dalam Masjid Nabawi masa Tok Nal mengerjakan haji dan ziarah ke masjid itu

Pemandangan dalam Masjidil Haram dan keadaan Kaabah sekarang

Begini lah keadaan bila jemaah melakukan tawaf pada musim haji

Pemandangan di Mina dari atas bukit

Monday, December 6, 2010

TUNAIKAH HAJI MASA KITA MAMPU

TOK Nal buat kesimpulan , tunaikanlah haji masa kita MAMPU .

Mampu dari segi kewangan , kesihatan , kekuatan fizikal dan mental , ketahanan diri , keupayaan untuk bersaing kerana ibadah haji memang memerlu kesemuanya itu .

Keadaan yang sesak , ramai jemaah , kemudahan yang kurang dan tidak mencukupi serta senangnya penyakit saperti batuk dan selesema serta deman menyerang kita , menjadi ibadah ini tidak semudah yang di sangka .

Apa lagi susuk tubuh orang Melayu agak kecil berbanding dengan orang Turki , Pakistan, Afghan , Negro atau sekurang-kurangnya Arab , menjadikan kita mudah tersisih apabila berlaku saingan .

Yang patut dipuji , orang Malaysia , berdisiplin walaupun time naik bas dan lif , berebut-rebut tetapi bab beribadat , mereka memang berdisiplin .

Tabung Haji juga banyak perkara yang boleh diperbaiki walaupun perkhidmatan yang diberikan memang memuaskan , tetapi masih ada ruang untuk perkhidmatan itu di pertingkatkan .

Insya-Allah , Tok Nal akan mengulas bab itu nanti .


Makam Nabi SAW di dalam Masjid Nabawi , Madinah

Keindahan masjid Nabawi memangmengasyikan
 
Pemandangan dari luar masjid Nabawi





Pemandangan waktu senja di masjid Nabawi


Bergambar dalam kawasan masjid nabawi

SEBAHAGIAN GAMBAR MENGERJAKAN HAJI BERSAMA ISTERI

TOK Nal muatkan beberapa keping gambar yang memberikan banyak kenangan semasa Tok Nal dan Isteri mengerjakan haji baru-baru ini .

Insya-Allah , Tok Nal akan muatkan lagi gambar-gambar lain .

Selain itu , Tok Nal juga akan cuba coretkan pengelaman Tok Nal mengerjakan haji dengan maksud untuk berdakwah dan memberikan pengetahuan dan pengelaman kepada bakal-bakal haji yang lain .

Moga-moga usaha Tok Nal itu akan diberkati Allah .

Amin ...
Bersama keluarga di Komplek Kelana Jaya , Kuala Lumpur


Di depan masjid nabi di Madinah

Bersama Tuan Haji Zulkarnain dari ALAM Melaka yang sama-sama mengerjakan haji

Salepas menunaikan solat fardu subuh di masjid nabawi di Madinah
 
Bergambar di sewaktu singgah dalam perjalanan antara Madinah keMakkah


Semasa mengerjakan Saie umrah

Di kawasan Saie antara Safa dan Marwah

Dalam kawasan masjidil haram

Dalam kawasan Masjidil Haram Makkah


Lihat lah betapa lengangnya Kaabah apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Makkah dan menunaikan umrah
 
Bergambar depan Kaabah salepas selesai menunaikan tawaf umrah



Bayangkan keadaannya salepas seminggu berada di Makkah , begitu ramai yang sedang melakukan tawaf

Pemandangan dari tingkat satu Masjidil Haram , Makkah sebelum melakukan tawaf sunat

Menikmati hidangan di D Saji , Felda , harga , mengalahkan hotel 5 bintang

Bergambar dengan isteri di kedai kamera satelah kamera rosak dan baik sendiri salepas berdoa di Majidil Haram

Ziarah di Jabal Rahmah , tempat Nabi Adam dan Hawa di pertemukan salepas dikeluarkan dari syurga

Sedang melontar di Jamrah

Tok Nal pun melontar sama pada hari tasrik


Pemandangan di jalan antara Muassim ke Jamrah

Bergambar dengan Haji Omar dari Pahang yang membuat haji ifrad dan Haji Zakaria dari Rembau


Gambar apabila selamat sampai ke tanahair di KLIA pada subuh 26 November 2010


Di Midanahtul Hujjah , tempat transir untuk pulang ke tanahair
Berbaris di lapangan terbang Jeddah , Arab Saudi
Sakeping lagi gambar di Jabal Rahmah

Bergambar dengan Tuan Haji Dr Shaharudin A Razak dari Universiti Malaya , Kuala Lumpur

Semasa di padang Arafah , tempat langit terbuka

Sedang berdoa di Arafah

Menunggu bas dari Arafah ke Muzalifah

Menikmati makan malam di Muzalifah


Lagi pemandangan di Muzalifah


Bercukur di sebelah Jamrah , Mina saalepas tahlul


Pemandangan Mina dari atas bukit