Wednesday, September 9, 2009

SELAMAT HARI RAYA

TOK Nal dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog ini , semua kawan-kawan , rakan-rakan , Ketua-Ketua Kampung , Ahli JKKK dan semua anak-anak buah dalam mukim Gemencheh .

Kalau ada salah silap tu , Tok Nal nak mohon maaf .

Bagi Tok Nal , Tok Nal akan maafkan semuanya .

Kira kosong kosong lah .

Sekali lagi , SELAMAT HARI RAYA

PERBINCANGAN KESAN PEMBALAKAN

Satu perbincangan bagi mengkaji kesan pembalakan dan pembersihan kawasan untuk tujuan tanaman kelapa sawit telah diadakan di balairaya Kg Sungai Jerni baru-baru ini .

Perbincangan di pengerusikan oleh Dato Pegawai Daerah yang turut dihadiri sama oleh wakil rakyat Gemencheh , Dato Mohd Kamil A Aziz .





Perbincangan itu dibuat hasil dari kebimbangan penduduk kampung berhubung dengan kesan kerja-kerja pembalakan dan pengeluaran kayu serta pembersihan kawasan bagi mengusahakan tanaman kelapa sawit diatas tanah kerajaan di kampung itu .

Biarpun , mereka yang terbabit tidak berapa ramai tetapi bilangan kolam yang terlibat adalah kira-kira 30 buah dan kebanyakannya telah mengusahakan kolam itu sejak lama dulu .


Perbincangan merumuskan bahawa syarikat yang mengeluarkan kayu balak dan syarikat yang membersihkan kawasan untuk tanaman kelapa sawit perlu mematuhi arahan kerajaan melalui JPS dan Jabatan Hutan supaya menjaga kualiti kawasan yang dikerjakan dan meminimakan kesan kerosakan kepada pengusaha terbabit .

Mereka juga dikehendaki mengambil insuran keatas kerja-kerja mereka terutamanya jika terdapat tuntutan daripada penduduk yang mengalami kerugian atas ternakair yang rosak diakibatkan dari kerja-kerja pembalakan dan pembersihan kawasan itu .

Sementara itu , Dato Kamil meminta supaya usaha pembangunan tanah untuk tujuan tanaman kelapa sawit dijalankan secara sistematik dan bersungguh-sungguh bagi menjamin kejayaan dan dapat memberikan pulangan setimpal kepada orang asli di kampung Sg Lerek .

Katanya banyak projek kerajaan tidak menepati sasaran sahingga merugikan disebabkan sikap sambil lewa pihak tertentu dan kesannya kepada kerajaan adalah amat berat sedkali .

Beliau berharap , projek ini bukan sahaja memberikan pulangan yang baik tetapi juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada generasi muda di kampung itu .