Wednesday, May 12, 2010

JAMBATAN ROSAK

TOK Nal mendapat aduan  daripada penduduk , bawah jambatan di Kampung Seri Asahan  jalan ke tanah pinggir dah rosak kerana hakisan air .

Petang itu juga Tok Nal pergi tengok dan jumpa Ketua kampung  , memang betul aduan  yang dibuat itu .

Besoknya Tok Nal minta Juruteknik pergi tengok dan buat anggaran peruntukan untuk mohon daripada kerajaan .

Bila lulus pertuntukan nanti , kerja-kerja membaiki tebing dengan memasang gabion baru akan dibuat .

Minta mereka yang membuat aduan berpuas hati kerana aduan yang dibuat telah diambil tindakan .

Terima kasih  semua termasuk kepada Juruteknik yang bertugas ..

MAJLIS MENDENGAR PERMASALAHAN RAKYAT FBR

Gambar-gambar sekitar Majlis Mendengar Permasalahan Rakyat , JKKK Felda Bukit Rokan Gemencheh .

Majlis mendengar di pengerusikan oleh Penolong Pentadbir Tanah ) Hasil Puan Boon Li Min .

Ketua Cawangan Encik Malek Shamsudin dan Ketua kampung Encik Mohd Zin Ghani hadir sama .

Tok Nal pun hadir juga dalam majlis tu

MAJLIS MENDENGAR PERMASALAHAN RAKYAT FBRU

Gambar-gambar sekitar Majlis Mendengar Permasalahan Rakyat di Felda Bukit Rokan Utara .

Kehadiran orang ramai , mak oii hebat , lebih 200 orang hadir , yang teramai setakat ini di Tampin .

Ketua Kampung Tok Talib senyum manjang kerana jemputan JKKK menghadiri majklis itu mendapat sambutan baik .

Tahniah dari Tok Nal , teruskan usaha ...