Monday, June 28, 2010

KURSUS HAJI BERSIRI

INSYA-ALLAH , tahun ini Tok Nal dan Isteri akan menunaikan haji ke  Makkah Al Mukkaramah .

Sejak tahun lalu , Tok Nal mengikuti kursus haji bersiri bagi melengkapkan ilmu dalam menunaikan ibadah haji .

Hujung minggulalu, majlis penutup kursus haji bersiri itu yang diadakan di Masjid Taman Desa Anggerik , Batu Kikir .

Lepas ini , Tok Nal dan Isteri akan mengikuti kursus haji intensif di Komplek Rakan Muda Kuala Pilah dan salepas itu kursus haji perdana .

Doakan moga Tok Nal dan Isteri selamat pergi dan balik dari menunaikan haji , selamat dan sihat tubuh badan semasa berada disana dan mendapat haji yang mabrur .

Tok Nal dan Isteri juga nak mohon maaf , halalkan makan dan minum kepada semua pihak yang mengenali Tok Nal dan Isteri .




AMIN.

SHOWCASE SDSI ZON TENGAH

Pameran atau showcase SDatu Daerah Satu Ibndustri ( SDSI) peringkat zon selatan diadakan di Komplek Belia dan Sukan  Paroi dimana Pejabat Daerah Tampin menghantar 10 usahawan untuk menyertai showcase tersebut .

Antara usahawan yang mewakili daerah ialah NFC , Laiman Enterprise , Rafiq Enterprise , Perkumpulan Wanita FBR , Perkumpulan Wanita Felda Sungaui Kelamah , PPK Gemencheh .

Yang lain nya ialah Herba Razak Maladapahit . homestay Gemas dan Syarikat Sanabil yang mengeluarkan kek muffin Sri Ani .

Moga-moga produk SDSI Tampin mendapat sambutan baik dari pengunnjung ke pameran SDSI itu .

Monday, June 21, 2010

PERTUNANGAN MALEK


ADIK Ipar Tok Nal , Abd Malek Mokhtar melaqnsungkan pertunangan di Felda Kepis hujung bulan yang lalu .

Tok Nal dan Isteri serta ahli keluarga yang lain hadir dalam majlis itu .

Bersama-sama ini ada beberapa gambar sekitar majlis pertunangan itu .

MAJLIS KAHWIN AZMIR

ANAK buah Tok Nal Khairol Azmir bin Ahmad , selamat melansungkan perkahwinannya hujung bulan lalu dengan gadis cina Islam , Aisyah Abdullah .

Meriah majlis perkahwinan dan ramai jemputan yang datang .

Tahniah lah kepada Azmir dan pasangannya dan semoga kekal ke akhir hayat .

Amin ...


MESYUARAT UMNO TAMPIN


TUAN Pegawai Daerah Tuan Razali Bakar meminta Tok Nal mengiringi beliau ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Tampin di Dewan Majlis Bandaran Tampin malam semalam .

Sebagai kakitangan yang menurut perintah , Tok Nal hadir bersama-sama dengan JD JKR Tampin dan SU Majlis Daerah Tampin .

Majlis dirasmikan oleh Menteri Pertaanian Dato Seri Noh Omar yang merupakan rakan karib Tuan DO kita semasa beliau bertugas di Selangor dulu .

Begitu lah kalau berbuat baik ditempat orang , dimana pun berada sentiasa dikenang orang .

Tahniah lah Tuan .

Monday, June 7, 2010

KENDURI RUMAH MB MERIAH

MERIAH sungguh majlis perkahwinan anakanda MB di Rantau semalam .

Tok Nal pergi dengan Pezal dan sambutan yang diberikan oleh MB dan keluarga amat baik sekali .

Sambutan orang ramai lagi-lagi lah baiknya , berduyun-duyun mereka datang ke majlis itu .

Malangnya , Tok Nal terlupa bawa kamera , jadi dapat rakam dalam kepala saja lah .

Tok Nal nak ucapan Tahniah kepada Tok MB yang majlis kenduri kahwin di rumahnya mendapat sambutan baik .

Begitu lah , kalau dah jadi MB kesayangan rakyat .

Thursday, June 3, 2010

MESYUARAT YB ADUN DENGAN JKKK GEMENCHEH

PETANG rabu  lalu , mesyuarat bulanan antara YB Adun Gemencheh Dato Mohd Kamil A Aziz dengan Pengerusi-Pengerusi JKKK Dun Gemencheh telah diadakan di rumah Ketua Kampung Sungai Jernih .

Sebahagian besar Pengerusi JKKK hadir dalam mesyuarat itu dan dimajlis yang sama , diadakan majlis penyerahan cek JKKK kepada pengerusi JKKK yang hadir .

Tok Nal yang dijemput , hadir sama dan dapat merasakan bertapa akrabnya hubungan antara wakil rakyat dengan ketua kampung dan juga Tok Nal sendiri .

Mudah untuk wakil rakyat menjalankan tugas jika hubungan baik dapat dijalinkan dan sewajarnya JKKK menyokong setiap aktibiti ADUN kerana kewujudtan JKKK sebahagian darinya adalah atas sokongan YB kawasan .


Tok Anjang adalah antara Ketua Kampung yang macam tak perlu elaun pengerusi JKKK aje ?