Friday, April 9, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN CEK BANTUAN

BERTEMPAT di balairaya JKKK Jelawai , YB Dato Mohd Kamil A Aziz Adun Gemencheh telah menyampaikan sumbangan cek bantuan kepada JKKK dalam Dun Gemencheh , PIBG sekolah , persatuan-persatuan termasuk KRT bagi menampung pentadbiran dan mengadakan aktibiti-aktibit yang telah dirancangkan .

Dalam ucapannya , Dato Kamil meminta supaya semua Ngo's dan badan bukan kerajaan yang lain termasuk persatuan-persatuan supaya sentiasa menjadi mata dan telinga kerajaan dalam memantau dan menyalurkan maklumat semasa kepada ahli-ahli mereka .

Dengan cara itu , maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada rakyat melalui aktibiti yang mereka adakan dan membantu mengurangkan kekeliruan disebabkan maklumat yang tidak tepat .

Katanya kerajaan sentiasa peka dengan keperluan rakyat dan sentiasa menyalurkana bantuan kepada mereka termasuklah bantuan kemiskinan , subsidi dan sebagainya .

Selain itu , Dato Kamil juga meminta perpaduan antara kaum dan dikalangan kaum mereka sentiasa di pertingkatkan sejajar dengan hasrat kerajaan mewujudkan 1 Malaysia  .

Katanya , negara akan hancur jika rakyat mengabaikan perpaduan disebabkan majoriti penduduk negara ini adalah terdiri dari berbilang kaum .

Dibawah ini sebahagian gambar-gambar di majlis tersebut

Sesiapa juga yang menjadi warganegara di iktiraf peranan mereka dan semangat perpaduan adalah kayu pengukur yang dapat melonjakan pembangunan di negara ini .

YB Dato juga meminta supaya bantuan kewangan itu dimanfaatkan sepenuhnya dan digunakan untuk urusan pentadbiran dan juga menampung perbelajaan mengadakan aktibiti-aktibiti .