Friday, September 30, 2011

BALASUNGKAWA - PENGHULU TAUFIK ABDULLAH

DALAM  sebulan dua ini , sudah dua rakan sekerja Tok Nal yang meninggal dunia .

Bulan lalu Penghulu Ridwan Jaafar dan sekarang Penghulu Taufik Abdullah .

Kedua-duanya rakan yang Tok Nal kenal sejak 16 Oktober 1996 dan kemudian bekerja bersama-sama di Pejabat Daerah Kuala Pilah .

Banyak yang berkata , Tok Nal dan Penghulu Taufik sering berlaga pawang , sebenarnya tidak , adat orang berkawan , ada pasang surutnya .

Begitu lah , Tok Nal maaf kan semuanya .

Tok Nal doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh .

Amin .....

Tuesday, September 20, 2011

TAHNIAH TOK DIN

TOK Nal ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Tok Din Ketua Kampung Tenai Air Gelugor kerana menerima anugerah berganda sempena syawal ini .

Pertama , pada 1 oktober ini , Tok Din akan menerima menantu , kalau tak silap menantu kedua , moga berbahagia dan kekal sepanjang hayat .

Kedua , Tok Din salah saorang yang terpilih menunaikan fardu haji ke Makkah al mukaramah tahun ini dan yang paling syahdu sekali , pemergian Tok Din taja oleh IMD , siap dengan duit poket sekali .

Tahniah lah Tok Din , siapa sangka makin tua makin menjadi , makin bertuah badan .

Moga-moga Tok-Tok Ketua yang lain juga dapat menerima anugerah saperti yang Tok Din perolihi .

Lagi satu , sekarang ini jawatan no wahid dalam persatuan ketua kampung Negeri Sembilan dah kosong , Tok Din tak ingin ke nak naik pangkat ?

Thursday, September 8, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU

BEBERAPA bulan yang lalu , beberapa rakan kita termasuk Tok Mantai dan Tok Hamzah mendapat orang baru sebagai pasangan hidup mereka .

Hebat pemimpin kita ini , dah beruban pun masih bergayo lai dan masih umph..

Tak terlambat lagi rasanya Tok Nal nak mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan kita ni dan semoga kasih sayang yang dibina akan berpanjangan dan kekal sepanjang hayat .

Biarlah panas hingga ke petang , jangan hujan ditengah hari tapi kalau musim tu musim pojo , elok juga kerana lagi sojok , lai lah gomar duduk dokek-dokek .

Yang lain tu , sabar aje lah , jangan cuba-cuba nak pasang angan-angan kerana dari angan-angan akan jadi cita-cita dan dari cita-cita adalah punca bergeloranya perasaan untuk mencapai kejayaan .

Tok Anjang pun jangan cuba-cubo yo , kok ada yang rosah nanti ...

Gurau yo ...




Wednesday, September 7, 2011

17 SEPTEMBER,RUMAH TERBUKA PEGAWAI DAERAH TAMPIN

JANGAN lupa , 17 September ini , hari sabtu , kita bersama-sama ke kediaman rasmi Pegawai Daerah Tampin Tuan Haji Razali Bakar untuk sama-sama meraikan jamuan hari raya aidilfitri dan rumah terbuka Pegawai Daerah dan Yang Di Pertua Majlis Daerah Tampin .

Majlis akan bermula jam 2.00 petang sahingga jam 5.00 petang .

Jemputlah hadir , banyak juadah yang disediakan untuk semua tetamu , jangan lambat , cendol Pilah pun ada , makan lah puas-puas .

Datang , jangan tak datang terutamanya kepada penduduk Kampung Pasir Ambor , Juasseh Tengah , Kuala Pilah kerana Pegawai Daerah ini berasal dari kampung itu .

Selain meraikan sambutan hari raya , dapat berkenalan dengan orang kampung , Tok Nal bangga juga kerana ada juga orang Kuala Pilah yang menjadi DO di Tampin ini .

Kepada Tok Dubai , bawak lah sanak saudara ramai-ramai ya , meriahkan majlis di rumah DO tu .

Insya-Allah , Tok Nal akan hadir sama .

Monday, September 5, 2011

PERKHIDMATAN PERCUMA !!!

KEPADA rakan , sahabat taulan , anak buah dan penjengah blog ini , jika ada maklumat yang hendak dikongsi bersama dengan Tok Nal dan mereka yang lain , sila hubungi Tok Nal .

Boleh Tok Nal muatkan dalam blog ini .

Jamuan hari raya contohnya , percuma , u have pay no money .

Pada 10 September ini , mari kita bersama-sama ke Majlis Sambutan Hari Raya Ahli Parlimen Tampin Dato Haji Shaziman Haji Abu Mansor mulai jam 2.30 petang .

Beramai-ramai kita kesana , sambil menikmati jamuan raya kita memberikan sokongan kepada Tok Man .

Kemudian 19 September pulak ke Felda Bukit Rokan Utara , jamuan hari raya peringkat Dun Gemencheh , jangan lupa pulak tarikh tu  Dato Kamil menunggu kita disana .

Tapi ya lah , dah ramai yang buat jamuan hari raya , kita yang makan ini pun jadi resah kerana penyakit darah tinggi , jantung dan kencing manis mula nak attack kembali .

Makan berpada-pada lah ya .