Monday, March 29, 2010

MAJLIS MENDENGAR - JELAWAI


Gambar-gambar sekitar Majlis Mendengar Permasalahan Rakyat , JKKK Jelawai Gemencheh .

Ybgh Tuan Razali Bakar , Pegawai Daerah Tampin antara ketua-ketua jabatan kerajaan yang hadir dalam majlis itu .

Terima kasih kepada Tok Anjang yang berjaya mengadakan majlis itu dengan meriahnya .

GOTONG ROYONG TAMAN DESA MELANG


Sabtu lalu dengan kerjasama antara Majlis Daerah Kuala Pilah , Jawatankuasa penduduk , Taman Desa Melang dan Kawasan Rukun Tetangga Melang , satu gotong royong memberishkan kawasan Taman Desa Melang telah diadakan .

Sambutan yang diberikan agak baik juga cuma daripada kira-kira 1000 penduduk , yang hadir tak sampai pun 100 orang .

Komitmen MDKP amat baik dan kerjasama saperti perlu di teruskan dilain masa .

Tok Nal dapat bersama sekejap sahaja kerana terpaksa ke Masjid Desa Anggerik Batu Kikir kerana mengikuti kursus haji bersiri .

Jika tidak tu , Tok Nal pasti akan bersama-sama hingga tamat .

Kepada yang telah menyumbangkan tenaga , bagi Pihak KRT Melang , Tok Nal rakamkan ucapan terima kasih .

Friday, March 26, 2010

TINJAUAN BENCANA DI SERI REPAH


Sejak beberapa hari ini , hujan turun sepanjang masa dan beberapa tempat di Tampin dinaiki air .

Antaranya di Kg Keru , Tampin Tengah dan Seri Repah

Beberapa kemudahan awam saperti jambatan , pembetung serta kejadian tanah runtuh berlaku yang telah menimbulkan kesulitan kepada orang ramai .

Tuan Pegawai Daerah amat prihatin tentang perkara itu telah melawat kekawasan yang di timpa bencana dan melihat kerosakan yang berlaku selain berusaha untuk memperbaiki kerosakan itu untuk kemudahan orang ramai .


Tok Nal yang sekarang menanggung kerja untuk Mukim Repah turut sama dalam lawatan tersebut dan turut memberikan pandangan bagaimana untuk mengatasi masalah yang timbul .

Tok Nal yakin dengan kemampuan Tuan Razali Bakar menyelesaikan masalah rakyat dan kehadiran beliau mendapat pujian daripada mereka yang terjejas akibat bencana itu .

Usaha sedang di buat untuk mengatasi masalah yang timbul , cuma iaanya memerlukan masa dan mereka yang terbabit perlu bersabar .

Beri sokongan padu kepada kepimpjnan Ketua Kampung Seri Repah yang ada sekarang kerana dengan sokongan padu sahaja Ketua Kampung dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna dan berkesan .

KUNJUNGAN HORMAT DO KEBALAI UNDANG JOHOL


DENGAN di iringi oleh Setiausaha Majlis Daerah Tampin Encik Zulhilmi Marzuki , Tok Nal serta dua lagi kakitangan Majlis Daerah Tampin , Tuan Razali Bakar Pegawai Daerah Tampin membuat kunjungan hormat ke Balai Undang Johol , di Kampung Renggoh Johol .

YTM Dato Undang  Johol ,Dato Johan Pahlawan lela Perkasa Setiawan Dato Haji Mohd Jan Bin Abdul Ghani berkenan menerima rombongan dalam kunjungan hormat Tuan Do tersebut .



Dalam pertemuan kira-kira 45 minit itu , banyak nasihat dan pandangan yang di berikan oleh Dato Undang kepada Tuan DO dalam menjalankan tugas selaku pentadbir utama di Tampin .

Ini kerana , sebahagian daerah Tampin terletak dalam jajahan Undang Johol .

Thursday, March 25, 2010

BANTUAN KEPADA PENDUDUK RUMAH TERBAKAR


Saorang penduduk daripada Felda Bukit Jalor , Ayer Kuning yang kebakaran rumah nya baru-baru ini , menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Tuan Razali Bakar .

Rombongan dari Pejabat Daerah itu , di sertakan sama KPPD ( khidmat pengurusan) Anirwan Fauzi Mohd Ani dan Tok Nal sendiri selain  daripada pegawai Jabatan Pertanian Tampin .

Rombongan kami disambut oleh Ketua kampung Felda Bukit Jalor dan juga penduduk yang terbabit dengan kebakaran itu .

Buat masa ini , mangsa ditempatkan dirumah jiran yang terletak bersebelahan sementara rundingan dijalankan bagi membina baru rumah yang terbakar .

Pihak JKKK sedang berusaha dengan waris mangsa untuk mencari jalan bagi membina sebuah rumah dengan kerjasama Felda , Pejabat Daerah dan juga Kerajaan Negeri .

Diharap mangsa kebakaran dapat bersabar dan menunggu dengan tabah proses membina rumah itu yang tentunya memakan sadikit masa .

Wednesday, March 24, 2010

TKPM GEMAS


Gambar-gambar sekitar lawatan MB ke TKPM Gemas .

Sebelum itu Tok Nal dan Tuan Do Tuan Razali Bakar melawat tempat yang sama bagi meninjau persediaan bagi tujuan lawatan  MB itu .

Keprihatinan Tuan DO meninjau sebelum lawatan dibuat menjadikan majlis lawatan kerja MB ke TKPM berjalan lancar dan mendapat pujian MB .

MB berpuas hati dengan persediaan dan aturcara lawatan walaupun bilangan peserta TKPM yang hadir agak kurang mencukupi .

Moga-moga TKPM Gemas akan mengeluarkan hasil nangka yang bermutu dan setanding dengan penghasilan nangka di tempat-tempat lain .

Mudah-mudahan .

Tuesday, March 23, 2010

GEMAS GOLD MEAT


Produk Gemas Gold Meat bukan sahaja akan memberikan pulangan yang baik kepada syarikat NFC tetapi tetapi bakal menjadi jenama pepulor sadikit masa lagi terutamanya di Gemas sendiri .

Ini kerana produk daging keluaran syarikat NFC itu akan memasuki pasaran terutamanya melalui pasaraya hypermarket dimana orang ramai dapat membeli daging lembu yang berkhasiat dan sihat yang dikeluarkan syarikat itu .

Tok Nal dah dua kali merasa makan daging di NFC dan Tok Nal dapat rasakan betapa enaknya menikmati makanan percuma di sulami masakan daging segar dari keluaran ladang disitu .

Pelancaran Gemas Gold Meat di laksanakan oleh MB Tok Mat Hassan dan dengan pelancaran itu , nama Gemas bakal terpahat dihati setiap rakyat .

Tok Nal berharap semoga syarikat NFC akan terus berjaya yang bukan sahaja dapat membekalkan daging segar yang bermutu kepada rakyat malahan sekali gus dapat menaikan nama Gemas itu sendiri .

SERI ASAHAN

Gambar-gambar Majlis Mendengar Permasalahan Rakyat , Kg Seri Asahan , DUN Repah , Tampin .

Monday, March 22, 2010

SELAMAT BERJUANG FIRDAUS


Firdaus sedang interview makcik yang kebakaran rumah di Felda Bukit Jalor , Gemencheh

TIADA yang kekal didunia ini .

Apa lagi jika kita manusia baisa yang sentiasa patuh kepada arahan .

Rakan Tok Nal , Firdaus dari akhbar Sinar Harian , telah diarahkan bertukar ke Johor Bahru hujung minggu ini .

Selamat bertugas di tempat baru Firdaus .

Tok Nal pada mulanya kurang selesa dengan Sinar Harian kerana keberaniannya mendedahkan sesuatu tetapi satelah mengenali dan memahami Firdaus , Tok Nal paham , Firdaus saorang yang baik , berwibawa dan berjaya menarik hati penduduk Tampin dan Gemencheh .

Tak salah kalau Tok Nal katakan Firdaus PERMATA HATI PENDUDUK TAMPIN ,GEMENCHEH DAN GEMAS .

Semoga Firdaus berjaya di tempat baru dan pengganti beliau berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai pemberita Sinar , kalau tidak lebih pun sama dengan komitmen yang di laksanakan oleh Firdaus selama ini  .

Brovo Firdaus ....

PERTUNANGAN NURSYUHADA

HUJUNG minggu lalu Tok Nal dan Isteri menghadiri majlis pertunangan puteri sulong YB Dato Mohd Kamil A Aziz , Nursyuhada dengan pasangannya daripada Mantin .

Meriah sekali majlis pertunangan itu , ramai yang hadir dan sambutan kedua-dua pihak pun baik .

Tok Nal nak ucapkan tahniah kepada Dato Kamil dan Datin dan semoga jodoh puteri sulung beliau kekal sepanjang hayat .

Tuan Pegawai Daerah Tuan Razali Bakar dan isteri juga hadir dalam majlis itu .

Sama-sama kita doakan kebahagian keluarga Dato Kamil .

Tuesday, March 16, 2010

PENGHULU ABAD 21

SEMAKIN hari , tugas Tok Nal nampaknya makin bertambah dan sukar .

Sebagai Penghulu , Tok Nal bertugas di mukim Gemencheh , kemudian bila Penghulu Rasul berpindah ke Kuala Pilah , kerja-kerja dia terpaksa Tok Nal yang buat di mukim Repah , Keru , Tampin Tengah dan Pondoi .

Mesyuarat JKKK satu tahun 6 kali bagi setiap JKKK , kalau ada 22 JKKK di seluruh mukim Gemencheh dan Repah , makna nya ada 132 kali mesyuarat JKKK setahun .

Sekarang , Tok Nal di arahkan untuk menganjurkan Majlis Mendengar Permasalahan Rakyat dimana setiap JKKK di minta mengadakannya sekurang-kurangnya sekali setahun bagi membolehkan rakyat menyampaikan masalah mereka kepada kerajaan .

Kemudian mesyuarat di peringkat daerah , paling kurang 10 atau 12 kali sebulan , sudah 120 kali setahun saperti mesyuarat fokus group membasmi kemiskinan 2 X sebulan , mesyuarat pertanian dan MPPP , SDSI , usahawan , sosial , keselamatan , aduan awam dan banyak lagi .

Kemudian mesyuarat mewakili Tuan DO di peringkat negeri , paling kurang pun 7 atau 8 kali sebulan saperti mesyuarat SDSI di Upen , di PPN , mesyuarat JK bertindak pertanian , usahawan , kerjaraya , perlancungan , belia dan lain-lainnya .

Selain itu , ada juga sekali sekala mesyuarat di Putrajaya atau di Mines dibawah KKLW dan jika di jumlahkan semuanya , tidak kurang 300 kali mesyuarat .

Bayangkanlah , setahun ada 365 hari , jadi berapa hari sebenarnya Tok Nal benar-benar cuti dan tak buat kerja .

Itu belum masuk jemputan ke majlis yang dianjurkan badan tertentu , wakil rakyat , Ngo atau jemputan peribadi JKKK atau ketua kampung .

So , jika sekiranya ada jemputan atau mesyuarat atau majlis yang Tok Nal tidak dapat hadir atas sebab tugas , maafkan lah .

Semua kena paham tugas Penghulu di abad ke 21 ini sama saperti kakitangan kerajaan yang lain , penjawat awam , bukan macam dulu , boleh duduk di balai , pakai kain pelikat dan tunggu orang ramai datang untuk dapatkan tanda tangan atau mohon bantuan .

Tok Nal tak rasa ianya satu beban kerana ini adalah tugas dan tanggungjawab Tok Nal , kalau tak mahu buat semua itu , lebih baik Tok Nal tidak jadi Penghulu .

Tok Nal redha dan sedia menghadapinya dan berdoa moga tugas dan amanah itu berjaya disempurna kan seiklas-ikhlas nya .

Tok Nal bersyukur kerana kepimpinan di Tampin , Gemencheh dan Pejabat Daerah semuanya baik-baik belaka termasuk kepimpinan politik .

Moga kehidupan Tok Nal di rahmati Allah .

Amin ...

Sunday, March 14, 2010

KEMUDAHAN TELEFON SELULAR DI ULU ROKAN

USAHA sedang dijalankan oleh kerajaan bagi mendirikan pusat pemancar dan penerimaan gelombang telefon selular di Kampung Ulu Rokan , Gemencheh bagi memberi kemudahan kepada kira-kira 500 penduduk disitu .

Rata-rata penduduk di kampong itu mempunyai telefon selular di rumah masing-masing tetapi hanya dapat menggunakan kemudahan tersebut bila berada di luar kampong kerana penerimaan gelombang telefon di kampong itu terlalu rendah .

Usaha ini dirintis oleh Adun Gemencheh Dato Mohd Kamil A Aziz kerana menyedari betapa pentingnya sistem perhubungan kepada anggota masyarakat walaupun mereka terletak dikawasan luar Bandar .

Kawasan Ulu Rokan biarpun terletak kira-kira 10 kilometer dari Gemencheh dan 5 kilometer dari Pekan Dangi ketinggalan dari segi perkhidmatan telefon selular kerana keadaan sekeliling yang berbukit-bukit dan terletak agak jauh dari stesen pemancar di Felda Bukit Rokan .

Tambahan lagi , di kampung itu , hanya sebahagian kecil yang mempunyai telefon talian tetap sedangkan di bahagian hujung kampong , perkhidmatan itu tidak dapat disediakan kerana ianya membabitkan kos yang sangat tinggi .

Sama-sama lah kita berdoa , semoga usaha Dato Kamil dan Exco Kerjaraya Dato Ismail Lasim untuk menyediakan kemudahan talian telefon selular itu menjadi kenyataan .

26 March ini , satu tinjauan secara menyeluruh yang membabitkan pihak dari SKKM , Exco , Adun , Pejabat Daerah dan pengendali Rangkaian Minang akan hadir untuk membuat penilaian kesesuain projek tersebut .

Amin .

Saturday, March 13, 2010

SERI GEMENCHEH

Diatas ialah gambar-gambar yang diambil sempena majlis mendengar permasalah rakyat di Kg Seri Gemencheh , Gemencheh petang khamis lalu .

Seramai kira-kira 20 penduduk kampung hadir menyampaikan masalah mereka kepada kerajaan .

Masalah utama ialah pemilikan geran kekal , tanah terbiar , longkang dan masalah perizaban tanah kepada Tanah Rizab Melayu yang masih ada belum selesai .

Timbalan Pentadbir tanah Encik Zahirin Adnan berjanji , segala permasalahan itu akan diambil tindakan segera untuk diatasi .

Friday, March 12, 2010

DESA E KASIH , LONDAH


LIMA puloh lot banglo Sekim Pembangunan Rakyat Termiskin (SPKR) Tampin di kampong Londah mungkin adalah salah satu penempatan paling tersusun dan indah buat keluarga termiskin didaerah ini kerana selain dilengkapi kemudahan perumahan , bekalan air dan eletrik , jalan raya malahan mempunyai kemudahan taman permainan kanak-kanak .

Terletak diatas sebidang tanah kerajaan , kesemua lot perumahan itu akan menjadi tempat tinggal paling selesa untuk mereka kerana berdekatan dengan jalan utama Passir Besar – Gemas , selain bersebelahan dengan rumah rakyat Londah .

Dibina dengan peruntukan kerajaan , peserta di pilih dari senarai E Kasih dan senarai SPKR daerah dimana mereka yang benar-benar layak dan tersenarai sahaja di tempatkan disitu .

Di kenali sebagai Desa E Kasih , bakal di rasmikan oleh YAB Menteri Besar sadikit masa lagi , dibina semasa Tuan Razali Bakar , Pegawai Daerah Tampin menjadi KPPD Gemas .

Buah tangan Tuan Razali begitu indah sekali dan wajar menjadi kebanggaan bukan sahaja kepada rakyat Tampin dan Gemas malahan penduduk Negeri Sembilan sendiri .

Moga penempatan ini akan menjadi satu contoh keprihatinan kerajaan membela nasib rakyat terutamanya dari gulongan termiskin untuk memperbaiki kehidupan mereka .

Peserta yang di tempatkan disitu wajar berterima kasih kepada kerajaan atas daya usaha itu dan menjadikan kawasan Desa E Kasih sebagai tapak kekuatan utama menyokong kerajaan .