Wednesday, February 4, 2009

BOTA DALAM INGATAN


Mengimbau kenangan 30 tahun lalu di Bota Kanan , Perak , mengingatkan Tok nal kepada deretan kedai papan di pekan kecil itu .

Hujung minggu lalu Tok Nal singgah sekejap di pekan itu dan apa yang ada 30 tahun lalu masih sama dengan sekarang , dan kalau berubah pun bangunan kedainya yang dah dinaikan batu .

Lagi satu sudah wujud pusat pembiakan tuntung spesies yang seakan-akan labi-labi atau penyu , yang lain masih sama .

Tidak banyak pembangunan disitu , kilang getah Mardec yang terletak dijalan Parit masih macam tu juga .

Cuma sungai Perak yang pernah Tok Nal mandi manda satu ketika dulu terutamanya bila hostel ketiadaan bekalan air paip , sudah semakin cetek .

Mungkin kerana kerja-kerja mengorek pasir telah dihentikan .

Tahun 1978 bila Tok Nal belajar disana , Tok Nal dapat merasakan betapa dekatnya Bota dengan Tok Nal kerana seakan-akan sama dengan kampung Tok Nal di Jempol .

Sekarang Bota telah agak berubah tetapi perubahan itu masih dalam bentuk lama , entah bila penduduk Bota dapat menikmati pembangunan yang seimbang saperti pekan-pekan lain .

Walau pun begitu , Tok Nal masih merasakan hangatnya Bota di hati Tol Nal , satu pekan koboi yang menimbulkan berbagai kenangan pahit manis .


Tok Nal - berkata kepada anak-anak bahawa pembangunan tidak sepenting nostalgia .