Monday, August 8, 2011

ARAHAN NO. 1 2010 MAJLIS TINDAKAN NEGARA

BERCAKAP tentang Arahan No 1, 2010 Majlis Tindakan Negara sebagaimana yang disentuh oleh Tok Din , disini Tok Nal catatkan serba sadikit perkara yang berkaitan dengan arahan itu .

Untuk lebih mudah , arahan No. 1 ini adalah arahan dari pemimpin utama kita iaitu Perdana Menteri Malaysia dan sebagai orang No, 1 , arahan ini dikeluarkan dengan jodol Arahan No. 1 2010 Majlis Tindakan Negara .

Arahan ini dikeluarkan oleh setiap Perdana Menteri , Tunku Abdul Rahman mengeluarkan arahan No. 1 ,1971 dengan tajuk untuk menyelaras dan mengawasi perlaksanaan DEB dan ancaman komunis .

Manakala Arahan No. 1 , 1991 dan 1996 , dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan maksud untuk disesuaikan dengan jentera penyelarasan dan senerio pembangunan 1990 an serta DPN manakala Arahan No. 1 , 2001 pula untuk disesuaikan dengan DWN dan RRJP3 serta strategi RMK-8 dan perkembangan era ICT masa kini .

Tun Abdullah Ahmad Badawi melalui Arahan No. 1 , 2004 pula untuk disesuaikan dengan fungsi dan tanggungjawab Majlis Tindakan Negara kearah negara cemerlang.gemilang dan terbilang .

Dan Arahan No. 1 , 2010 , arahan yang terbaharu ialah bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020 selaras dengan usaha-usaha tranformasi menerusi GTP,ETP serta MBE .

Prinsip utama dalam Arahan No. 1 , 2010 ialah pertumbuhan keluaran negara kasar (GDP) sebanyak 6 % setahun sahingga 2015 , pertumbuhan pelaburan swasta sebanyak 12.8 % ( RM115 bilion) setahun , pendapatan perkapita sebanyak USD 12,139 menjelang 2015 dan perlaksanaan RMLT secara berkesan .

Majlis Tindakan Negara di pengerusikan oleh YAB Perdana Menteri sendiri dimana ahli-ahlinya ialah YAB Timbalan Perdana Menteri , menteri-menteri , KSN , Ketua Pengarah ICU dan ahli tetap lain yang dilantik oleh Perdana Menteri .

Dibawah MTN , wujud Majlis Tindakan Negeri (MTNg) yang di pengerusikan oleh YAB Menteri Besar atau Ketua Menteri , Majlis Tindakan Persekutuan Negeri ( MTPNg) yang dipengerusikan oleh anggota pentadbiran kerajaan persekutuan yang dilantik oleh PM , Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara (JKTN) di pengerusikan oleh KSN dan Majlis Tindakan Wilayah Persekutuan (MTWP) di pengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar .

Dibawah jawatankuasa tersebut ada Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri (JKTNg) , Jawatankuasa Kerja Tindakan Persekutuan Negeri ( JKTPNg) , Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JKPK) dan Jawatankuasa Tindakan Wilayah Persekutuan (JKTWP) .

Di peringkat paling bawah ialah Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah / Bahagian (JKTD/JKTB) dan Jawatankuasa Tindakan Zon / Jajahan (JKTZ/JKTJ) .

Di peringkat JKTD , Pegawai Daerah dilantik sebagai Pengerusi manakala Pejabat Daerah (Bahagian Pembangunan ) dilantik sebagai urusetia .

Ahli-ahli Tetap JKTD ialah ahli Parlimen dan Dun , Ketua Polis Daerah , Jurutera JKR , JPS , Pertanian , Pelajaran , MARA , Kesihatan , Pihak Berkuasa Tempatan , Pejabat Agama , Kemas , Belia dan Sukan Pengurus Felda / Felcra Wilayah , Risda dan Penghulu Mukim .

Tugas dan bidang kuasa JKTD ialah memantau dan menilai impak perlaksanaan projek-projek pembangunan , memantau program pembangunan swasta , memastikan kumpulan sasar mendapat impak maksimum dari pembangunan , menyelaras dan mengemukakan cadangan pembangunan , memastikan perlaksanaan projek penyertaan bumiputra dan pembasmian kemiskinan , memastikan perlaksanaan projek pembangunan yang tidak dapat diselesaikan dan juga memastikan pematuhan sepenuhnya pemakaian SPP 11 , ekasih , emerah di peringkat daerah .

Walaupun ahli tetap telah ditentukan , sekiranya perlu Pengerusi boleh memanggil ahli lain untuk turut hadir dalam mesyuarat di peringkat JKTD ini .

Ini adalah jawatankuasa tertinggi di peringkat daerah yang membuat sebarang keputusan dan memantau perlaksanaan di peringkat daerah .

Dengan sadikit penjelasan ini , Tok Nal harap semua Ketua Kampung paham serba sadikit tentang Arahan No. 1, 2010 saperti yang dimaksudkan oleh Tok Din kita itu.

Jika tak paham juga , rujuk kat Tok Nal sendiri kerana Tok Nal memang mempunyai salinan arahan tersebut .

No comments: