Tuesday, December 14, 2010

PERUBAHAN MAKKAH DAN MADINAH

SEPULOH tahun lalu , mereka yang mengerjakan haji dan sekarang datang kembali , banyak bezanya .

Dulu tiada jam terbesar didunia yang menjadi mercu tanda masjidil haram , sekarang mercu tanda itu dah hampir siap dan berdiri dengan megahnya .

Dari jauh dah kelihatan jam besar setinggi bangunan 5 tingkat , dan disitu lah terletaknya Makkah dan Masjidil Haram .

Lihat perbezaan gambar yang Tok Nal ambil di kedua-dua tempat itu .

Dulu Gambar Masjid Nabawi tidak seindah sekarang , sudah berkali ganda besarnya , dan senibina bangunan juga indah dan mengkagumkan .

Makkah apa lagi , sudah banyak hotel mewah dan kedudukannya juga amat strategik disamping banyak kemudahan lain .

Setahun dua lagi , perkhidmatan keretapi letrik antara Makkah ke Mini dan Arafah , Insya-Allah akan dapat digunakan oleh jemaah haji .

Sekarang perkhidmatan itu dah separuh siap dan digunakan musim haji tahun ini oleh penduduk tempatan yang hendak melontar Jamrah di Mina .

Mudah-mudah , dengan kemudahan yang semakin baik , lebih ramai jemaah haji dapat kesana dan menunaikan ibadat mereka .

Mudah-mudahan juga Tok Nal dapat pergi menunaikan haji sekali lagi .

Amin .


Gambar Masjidil Haram masa lalu

Gambar Masjidil Aqsa

Masjid Nabawi di Madinah yang asal , bandingkan dengan keadaan masjid itu sekarang

Gambar terbaharu Tok Nal , 2 minggu salepas menunaikan haji


Pemandangan dalam Masjid Nabawi masa Tok Nal mengerjakan haji dan ziarah ke masjid itu

Pemandangan dalam Masjidil Haram dan keadaan Kaabah sekarang

Begini lah keadaan bila jemaah melakukan tawaf pada musim haji

Pemandangan di Mina dari atas bukit