Tuesday, March 16, 2010

PENGHULU ABAD 21

SEMAKIN hari , tugas Tok Nal nampaknya makin bertambah dan sukar .

Sebagai Penghulu , Tok Nal bertugas di mukim Gemencheh , kemudian bila Penghulu Rasul berpindah ke Kuala Pilah , kerja-kerja dia terpaksa Tok Nal yang buat di mukim Repah , Keru , Tampin Tengah dan Pondoi .

Mesyuarat JKKK satu tahun 6 kali bagi setiap JKKK , kalau ada 22 JKKK di seluruh mukim Gemencheh dan Repah , makna nya ada 132 kali mesyuarat JKKK setahun .

Sekarang , Tok Nal di arahkan untuk menganjurkan Majlis Mendengar Permasalahan Rakyat dimana setiap JKKK di minta mengadakannya sekurang-kurangnya sekali setahun bagi membolehkan rakyat menyampaikan masalah mereka kepada kerajaan .

Kemudian mesyuarat di peringkat daerah , paling kurang 10 atau 12 kali sebulan , sudah 120 kali setahun saperti mesyuarat fokus group membasmi kemiskinan 2 X sebulan , mesyuarat pertanian dan MPPP , SDSI , usahawan , sosial , keselamatan , aduan awam dan banyak lagi .

Kemudian mesyuarat mewakili Tuan DO di peringkat negeri , paling kurang pun 7 atau 8 kali sebulan saperti mesyuarat SDSI di Upen , di PPN , mesyuarat JK bertindak pertanian , usahawan , kerjaraya , perlancungan , belia dan lain-lainnya .

Selain itu , ada juga sekali sekala mesyuarat di Putrajaya atau di Mines dibawah KKLW dan jika di jumlahkan semuanya , tidak kurang 300 kali mesyuarat .

Bayangkanlah , setahun ada 365 hari , jadi berapa hari sebenarnya Tok Nal benar-benar cuti dan tak buat kerja .

Itu belum masuk jemputan ke majlis yang dianjurkan badan tertentu , wakil rakyat , Ngo atau jemputan peribadi JKKK atau ketua kampung .

So , jika sekiranya ada jemputan atau mesyuarat atau majlis yang Tok Nal tidak dapat hadir atas sebab tugas , maafkan lah .

Semua kena paham tugas Penghulu di abad ke 21 ini sama saperti kakitangan kerajaan yang lain , penjawat awam , bukan macam dulu , boleh duduk di balai , pakai kain pelikat dan tunggu orang ramai datang untuk dapatkan tanda tangan atau mohon bantuan .

Tok Nal tak rasa ianya satu beban kerana ini adalah tugas dan tanggungjawab Tok Nal , kalau tak mahu buat semua itu , lebih baik Tok Nal tidak jadi Penghulu .

Tok Nal redha dan sedia menghadapinya dan berdoa moga tugas dan amanah itu berjaya disempurna kan seiklas-ikhlas nya .

Tok Nal bersyukur kerana kepimpinan di Tampin , Gemencheh dan Pejabat Daerah semuanya baik-baik belaka termasuk kepimpinan politik .

Moga kehidupan Tok Nal di rahmati Allah .

Amin ...