Monday, November 30, 2009

KENANGAN DI JAKARTA , BANDUNG DAN BOGOR

Bergambar dalam kapalterbang air asia

Dilapangan terbang Sukarno-Hatta , Cengkerang Jakarta

Di salah sebuah gedung kraftangan di Jakarta

Juga di lapangan terbang Jakarta

Terminal 3 Jakarta

Di depan hotel Tugu Asri Jakarta


Pulang dari membeli belah di Pasar Tanah Abang , Jakarta

Bergambar dihadapan salah sebuah sekolah rendah / sekolah dasar di Indonesia

Di depan MONAS atau Monumen Nasional , Jakarta


Pertama kali menaiki bajai di Jakarta



Kudin tertidur dalam keretapi eksekutif Argo Gede dari Bandung ke Gambir , Jakarta


Vivi dan Ibu dalam keretapi yang sama


Di stasiun keretapi Bandung

Juga di stasiun keretapi yang sama
Menikmati aiskrim di mall , Bandung

Bergambar di Puncak , Bogor

Menikmati breakfast di warong tape uli cikalak


Dalam kapalterbang nak pulang ke KLIA


di Jakarta

Bandung


Pulang semula ke KLIA

Sunday, November 29, 2009

UNAS , SATU KENANGAN SILAM

UNAS atau Universitas Nasional,Jakarta adalah pusat pengajian tinggi dimana Tok Nal pernah belajar dan lulus pada tahun 1990 di fakultas Sastra.

Berkesempatan berkunjung ke Jakarta baru-baru ini , Tok Nal berkunjung kesana , ingin bertemu dengan dosen atau pensyarah Tok Nal dulu macam Prof Ghazali Dunia , HB Jasin , Dra Haryati , Drs Sidi Gazalba atau pun rektor UNAS Prof Sultan Takdir Alaisyahbana .

Malangnya , hampir keseluruhannya sudah tiada lagi , sudah kembali ke alam barzah kerana Tok Nal lulus UNAS pada tahun 1990 dan sekarang tahun 2009 , bermakna sudah 19 tahun dan sebahagian lainnya sudah bersara .

Ketika itu kesemua dosen falkultas Sastra Unas rata-rata berumur lebih 50 tahun tetapi UNAS dulu dan UNAS sekarang tidak banyak bedanya .

Bangunannya macam dulu juga cuma kemudahan untuk berkunjung ke UNAS lebih mudah dengan menggunakan angkot atau ojek tetapi ongkosnya sudah meningkat .

Kalau naik angkot , cuma 2,000 rupiah tetapi jika menaikan ojek , kosnya meningkat kepada 7,000 rupiah , walaupun begitu , macetnya Pasar Minggu tetap saperti dulu juga .

Moga UNAS terus berkembang dan UNAS juga sudah khabar telah menjalin kerjasama dengan Universiti Malaya , Kuala Lumpur( UM ) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Univeriti Teknologi , Selangor dan Universiti Malaysia sabah ( UMS ) .

Bagi mereka yang ingin melayari website UNAS , sila tulis http://www.unas.ac.id/


Bergambar kenangan di pintu masuk utama UNAS



Papan tanda dalam kampus

Pintu gerbang masuk ke UNAS


WARNA WARNA JAKARTA

Masalah pengangkutan menjadi isu utama di Jakarta

JAKARTA mungkin tidak asing kepada kita tambahan lagi jika kita sudah sering berada disana .

Dengan penghuni kira-kira 14 juta manusia , Jakarta begitu sesak atau macet .

Mobil , speda , angkut , bajai mahpun bis dan ojek , semuanya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan penduduk di Jakarta .

Tidak ada yang mudah di Jakarta , semua memerlukan biaya , tukang angkut juga perlu dibayar , tukang pandu perlukan bayaran malahan jika kita meminta tolong untuk menunjuk arah , juga di perlukan bayaran .

Bedanya dengan Malaysia , penduduk Jakarta ramah , mesra dan tidak mudah marah walaupun jika keadaan yang sama berlaku di Malaysia , pasti akan ada yang maut atau ditimpa kemalangan dahsyat .

Begitu lah Jakarta .

Kotanya hidup begitu meriah diwaktu siang tetapi kedainya tutup menjelang petang dan malam .

Jika ada pun yang buka cuma pasararaya utama ataupun kedai makan atau pusat hiburan .

Tetapi penduduknya hidup 24 jam .

Berkunjunglah ke Jakarta .

Pemandangan jakarta dari udara

Gelagat penjual di puncak , Bogor
Pemandangan puncak dari puncak tertinggi sekali
Di pusat pameran lukisan

Bergambar didepan sebuah kedai di Bandung

Kambing turut diletakan di tepi jalan untuk dijual

Satu keluarga menaiki bajai dengan sewa 20,000 rupiah

Lembu juga turut dijual ditengah-tengah kita Jakarta
Salah sebuah sekolah dasar di Indonesia

Wednesday, November 11, 2009

UCAPAN UJANG MEMUKAU





TOK Nal jarang dapat mendengar Shamsudin Adam @ Ujang , Setiausaha Sulit kepada menteri Kerja Raya Dato Shaziman Abu Mansor berucap dalam majlis , tetapi ucapan Ujang semasa majlis penilaian Anugerah Desa Cemerlang ( ADC) peringkat negeri di Kg Tengah , semalam memukau para hadirin .

Tidak cukup dengan pujian yang dilemparkannya kepada Pengerusi JKKK Tok Jo , Ujang juga memuji kepimpinan kampung itu yang sentiasa peka dengan kehendak penduduk setempat dan juga pemimpin tempatan yang lain .

Katanya , Kg Tengah bakal menjadi contoh kepada JKKK dalam daerah Tampin dan wajar dijadikan sebagai bench mark dan KPI dalam menilai pencapaian JKKK didaerah ini .

Ucapan selama kira-kira 15 minit itu disulami dengan gaya bahasa yang indah , teratur serta lancar bukan sahaja memukau penduduk Kg Tengah tetapi juga panel hakim yang datang untuk membuat penilaian .
Ramai panel yang memuji ucapan Ujang dan ada diantaranya menyifatkan ucapan itu sebagai bonus khas untuk penduduk Kg Tengah bagi memperolihi mata kemenangan mereka dalam ADC kali ini .

Tok Nal bangga , kerana Ujang begitu berjaya menyampaikan ucapan dan mempengaruhi hadirin sahingga kan mereka mendengar nya dengan penuh minat
Bravo Ujang ......

KLINIK DESA TERBAKAR







5000 penduduk di Felda Bukit Rokan , Gemencheh kehilangan klinik desa tempat dimana mereka mendapatkan rawatan dalam satu kebakaran yang memusnahkan sama sekali bangunan klinik itu beberapa malam yang lalu .

Walau pun begitu , beberapa usaha telah diambil bagi menyediakan bangunan baru klinik desa untuk kemudahan orang ramai terutamanya ibu mengandung dan kanak-kanak bagi mendapatkan rawatan kesihatan dimana balairaya lama JKKK FBR akan di baik pulih bagi tujuan tersebut .
Bangunan tersebut asalnya sebuah balairaya lama yang sudah diubahsuai untuk dijadikan Pusat Jalur Lebar dibawah KTAK tetapi memandangkan peruntukan untuk pembekalan komputer belum dilaksanakan lagi , bangunan itu boleh digunakan sementara untuk tujuan tersebut .

Wakil Rakyat Gemencheh , Pengarah Kesihatan Negeri serta Ketua Penolong Pegawai Daerah (pembangunan ) Tampin bersama-sama dalam lawatan meninjau kebakaran klinik dan mengadakan perbincangan kecil bagi menyediakan kemudahan klikik desa sementara itu .

Penduduk setempat tidak perlu bimbang kerana kerajaan sentiasa peka dengan kehendak dan masalah mereka serta sentiasa berusaha bagi memberikan kemudahan yang setanding di tempat mereka .

Tok Nal nak ucapakan tahniah kepada semua pemimpin termasuk Pengerusi JKKK FBR yang sentiasa berusaha tanpa mengenal jemu untuk membantu rakyat sesuai dengan slogan , rakyat didahulukan ,pencapaian diutamakan .
Pemimpin saperti ini lah yang menjadi taruhkan negara kita dimasa hadapan .

Wednesday, November 4, 2009

MAKAM TUN TEJA DI MELAKA

MELAKA memang terkenal dengan banyaknya tempat sejarah .

Rugi jika tidak dikunjungi dan mengambil kesempatan ke Muar minggu lalu , Tok Nal singgah sebentar di makam Tun Teja .

Anak-anak dan isteri masuk ke makam tu untuk melihat-lihat dan membaca sejarah makam tersebut .

Tok Nal duduk luar sahaja kerana bagi Tok Nal yang perlu diketahui ialah sejarahnya bukan makam itu , sebab itu tengok dari jauh saja .

Kalau yang belum berkunjung kesitu , berkunjung lah .




BANG LANG TUNAIKAN HAJI TAHUN INI










ABANG sulong Tok Nal , Zulkeflee Saleh atau Bang Lang dan isteri menunaikan haji tahun ini .

Bang Lang adalah anak kedua dalam keluarga seramai supuloh orang dimana Tok Nal adalah anak ketiga .
Baru-baru ini , kenduri doa selamat telah diadakan di rumah Bang Lang di Muar bagi memohon restu Allah supaya perjalanan Bang Lang ke Makkah selamat pergi dan balik serta memperolihi haji yang mabrur .

Insya-Allah tahun hadapan kalau diizinkan Allah , Tok Nal juga akan kesana untuk menunaikan haji .

Tok Nal dan keluarga merakamkan ucapan tahniaah dan selamat mengerjakan haji dan mendoakan kesejahteraan Bang lang dan Kakak Hamimah pergi dan balik .

Amin ......