Sunday, March 14, 2010

KEMUDAHAN TELEFON SELULAR DI ULU ROKAN

USAHA sedang dijalankan oleh kerajaan bagi mendirikan pusat pemancar dan penerimaan gelombang telefon selular di Kampung Ulu Rokan , Gemencheh bagi memberi kemudahan kepada kira-kira 500 penduduk disitu .

Rata-rata penduduk di kampong itu mempunyai telefon selular di rumah masing-masing tetapi hanya dapat menggunakan kemudahan tersebut bila berada di luar kampong kerana penerimaan gelombang telefon di kampong itu terlalu rendah .

Usaha ini dirintis oleh Adun Gemencheh Dato Mohd Kamil A Aziz kerana menyedari betapa pentingnya sistem perhubungan kepada anggota masyarakat walaupun mereka terletak dikawasan luar Bandar .

Kawasan Ulu Rokan biarpun terletak kira-kira 10 kilometer dari Gemencheh dan 5 kilometer dari Pekan Dangi ketinggalan dari segi perkhidmatan telefon selular kerana keadaan sekeliling yang berbukit-bukit dan terletak agak jauh dari stesen pemancar di Felda Bukit Rokan .

Tambahan lagi , di kampung itu , hanya sebahagian kecil yang mempunyai telefon talian tetap sedangkan di bahagian hujung kampong , perkhidmatan itu tidak dapat disediakan kerana ianya membabitkan kos yang sangat tinggi .

Sama-sama lah kita berdoa , semoga usaha Dato Kamil dan Exco Kerjaraya Dato Ismail Lasim untuk menyediakan kemudahan talian telefon selular itu menjadi kenyataan .

26 March ini , satu tinjauan secara menyeluruh yang membabitkan pihak dari SKKM , Exco , Adun , Pejabat Daerah dan pengendali Rangkaian Minang akan hadir untuk membuat penilaian kesesuain projek tersebut .

Amin .