Monday, June 28, 2010

KURSUS HAJI BERSIRI

INSYA-ALLAH , tahun ini Tok Nal dan Isteri akan menunaikan haji ke  Makkah Al Mukkaramah .

Sejak tahun lalu , Tok Nal mengikuti kursus haji bersiri bagi melengkapkan ilmu dalam menunaikan ibadah haji .

Hujung minggulalu, majlis penutup kursus haji bersiri itu yang diadakan di Masjid Taman Desa Anggerik , Batu Kikir .

Lepas ini , Tok Nal dan Isteri akan mengikuti kursus haji intensif di Komplek Rakan Muda Kuala Pilah dan salepas itu kursus haji perdana .

Doakan moga Tok Nal dan Isteri selamat pergi dan balik dari menunaikan haji , selamat dan sihat tubuh badan semasa berada disana dan mendapat haji yang mabrur .

Tok Nal dan Isteri juga nak mohon maaf , halalkan makan dan minum kepada semua pihak yang mengenali Tok Nal dan Isteri .




AMIN.

SHOWCASE SDSI ZON TENGAH

Pameran atau showcase SDatu Daerah Satu Ibndustri ( SDSI) peringkat zon selatan diadakan di Komplek Belia dan Sukan  Paroi dimana Pejabat Daerah Tampin menghantar 10 usahawan untuk menyertai showcase tersebut .

Antara usahawan yang mewakili daerah ialah NFC , Laiman Enterprise , Rafiq Enterprise , Perkumpulan Wanita FBR , Perkumpulan Wanita Felda Sungaui Kelamah , PPK Gemencheh .

Yang lain nya ialah Herba Razak Maladapahit . homestay Gemas dan Syarikat Sanabil yang mengeluarkan kek muffin Sri Ani .

Moga-moga produk SDSI Tampin mendapat sambutan baik dari pengunnjung ke pameran SDSI itu .