Monday, May 31, 2010

RAKAN PENGGUNA




TOK Nal dan bersama-sama beberapa rakan dari Tampin menghadiri majlis Rakan Pengguna peringkat negeri di PD awal minggu lalu .

Seramai kira-kira 200 ahli rakan pengguna dari PD , Seremban , Tampin dan Rembau telah hadir dalam kursus separuh hari itu .

YB Dato Hashim Rusdi Exco pengguna telah hadir merasmikan majlis tersebut .

Moga-moga Rakan Pengguna akan menjadi penyokong yang kuat kepada KPDNKK .

KHAIROL AZMIR & AISHAH

HUJUNG minggu ini Tok Nal sekeluarga ke rumah kakak di Paroi Seremban kerana meraikan perkahwinan anak buah Khariol Azmir dengan pasangannya Aishah Abdullah .

Meriah majlis perkawinan itu dan Tok Nal sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan berdua .

Moga kekal sepanjang hayat .

Amin .

KHAIROL AZMIR & AISHAH

HUJUNG minggu ini Tok Nal sekeluarga ke rumah kakak di Paroi Seremban kerana meraikan perkahwinan anak buah Khariol Azmir dengan pasangannya Aishah Abdullah .

Meriah majlis perkawinan itu dan Tok Nal sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan berdua .

Moga kekal sepanjang hayat .

Amin .

PASUKAN KHAS PENGUATKUASAAN HASIL NEGERI

KERAJAAN Negeri NSDK telah menubuhkan satu task force penguatkuasaan yang terdiri daripada agensi saperti PTG , Pej SUK , Pejabat Daerah , PDRM , Jabatan Hutan , Penghulu dan Pengerusi JKKK bagi membantu mengekang kejadian curi pasir dan hasil hutan yang banyak merugikan kerajaan negeri dari segi kutipan hasil .

Task force ini akan digerakkan secara aktif dan bertindak secara bersepadu memantau kegiatan pengeluaran bahan batuan dan hasil hutan  samada dari tanah kerajaan atau persendirian dengan menyalurkan maklumat yang berkaitan kepada Kerajaan Negeri .

Pasukan task force ini akan dibekalkan dengan segala maklumat berkaitan lesen-lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada syarikat tertentu dikawasan masing-masing dan jika ada pengeluaran daripada syarikat lain , pengeluaran itu boleh dilapurkan kepada Kerajaan Negeri .

Walaupun pasukan khas penguatkuasaan ini tidak mempunyai kuasa  untuk menjalankan penguatkuasaaan secara terus tetapi maklumat yang disalurkan pasukan itu dapat membendung kejadian curi pasir , bahan batuan dan hasil hutan yang merugikan Kerajaan Negeri .

Pasukan task force ini akan bertindak dibawah seksyen 425 dan 426 Kanun Tanah Negera dimana dalam syeksyen 425 ianya berkaitan pencerobohan tanah kerajaan manakala syeksyen 426 pula ialah permit pengeluaran bahan batuan .

Mereka yang melakukan kesalahan dibawah syeksyen 425 akan dikenakan hukuman denda tidak lebih RM 10,000 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syeksyen 426 pula ialah denda tidak lebih 50,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali .

Tok Nal harap dengan adanya task force ini , diharapkan masalahan kecurian hasil hutan dan batuan dinegeri ini akan dapat diatasi .