Wednesday, January 11, 2012

IMMARAHKAN MASJID

ADA masjid yang akaun nya penuh tetapi tidak mempunyai penyata akaun yang tersusun malahan ada yang tidak pernah menghantar penyata kewangan masjid ke pihak JHEAINS atau MAINS untuk semakan dan simpanan pihak tersebut .

Adun Gemencheh Dato Mohd Kamil A Aziz berkata biarpun setiap tahun kerajaan memperuntukan jumlah yang besar untuk aktibiti dan pembangunan masjid diseluruh negeri tetapi masih ada masjid yang mempunyaia kewangan yang teguh tetapi tidak menghantar penyata kepada kerajaan negeri .

Kata , secara purata tidak banyak masjid yang mendapat anugerah di peringkat cemerlang dan kebanyakan nya adalah di peringkat menengah .

" Saya harap jawatankuasa masjid dapat mengemaskinikan penyata akaun masjid masing-masing dan menghantgar laporan kewangan apabila diminta ," katanya  .

Beliau berkata demikian sewaktu berucap dimajlis tahlil dan bacaan yassin serta penyampaian bantuan kepada warga emas di masjid Kg Tenai Air Gelugor dekat sini malam tadi .

Tok Nal turut hadir sama sementara yang lain ialah penduduk Kg Tenai Air Gelugor sendiri yang diketuia oleh Tok Din , Isam Ketu Pemuda , Malik Jawatankuasa bahagian , guru besar Sekolah Kebangsaan Sungai Dua , ketua-ketua kampung dalam Dun Gemencheh dan juga penerima bantuabn dari kalangan warga emas kg Tenai Air Gelugor .

Saranan dan teguran Dato kamil itu wajar diberi perhatian memandangkan ada masjid yang mempunyai akaun yang banyak tetapi tidak mahu membelanjakan untuk tujuan amal di masjid itu sendiri dengan alasan untuk menjaga amanah derma orang ramai dan memastikan kewangan masjid sentiasa teguh .

Tok Nal fikir , tidak ada penderma termasuk Tok Nal sendiri yang mahukan wang derma itu terperap begitu sahaja sebaliknya gunakan lah ianya untuk kebaikan bersama dan kepentingan  ahli dalam kariah tersebut .

Penyelaras masjid dan Surau Daerah sewajarnya memantau perkara ini dan mengambil tindakan jika masih ada masjid menjadikann wang derma orang ramai sebagai simpanan tetap untuk dimegah dan ditunjukan kepada orang ramai yang masjid mereka mempunyai kewangan yang baik .

Tahun baru ini , Tok Nal harap Nazir mengambil perhatian kepada teguran Dato Kamil itu supaya pernajalan institusi masjid lebih teratur , berkembangan dan memberikan banyak manfaat kepada seluruh umat islam .

Amin ....