Thursday, May 20, 2010

MESYUARAT MOA INC . TAMPIN

Mesyuarat MOA Inc. daerah Tampin diadakan di Pejabat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB) di Jelebu semalam .

Mesyuarat di pengerusikan Pegawai Pertanian Tampin dan dihadiri sebahagian besar jabatan yang dijemput hadir .

Tok Nal turut hadir mewakili PDT dan juga jawatan hakiki Penghulu Gemencheh .

Salepas mesyuarat , ada pulak lawatan ke ladang nanas di Jelebu .





PENYAMPAIAN SIJIL KRT PILAH

Program penyampaian sijil kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) zon Dun Pilah telah diadakan di Dewan MDKP .

Semua Pengerusi dan jawatankuasa KRT kawasan masing-masing hadir , hadir sama ialah ADUN Pilah YB Tuan Haji Adnan Abu Hassan .

Majlis yang julong kali diadakan itu berjaya dan YB Adun bermurah hati menyumbangkan RM 1,000 kepada setiap RT bagi menjayakan aktibiti dikawasan masing-masing .

Terima kasih YB .




MAJLIS MENDENGAR PERMASALAHAN RAKYAT KG BARU GEDOK

Majlis Mendengar Permasalahan Rakyat Kampung Baru Gedok baru-baru ini mendapat sambutan yang baik .

Kira-kira 80 penduduk kampung itu hadir , Pegawai Daerah Tuan Razali Bakar turut hadir  .

Setiausaha Sulit kepada Dato Shaziman Abu Mansor , Encik Shamsudin Adam pun  hadir sama .

Walau pun tak banyak isu utama yang dibangkit , setidak-tidaknya majlis mendengar permasalahan rakyat telah menjadi media utama untuk rakyat menyuarakan masalah mereka .

Moga majlis saperti ini dapat diadakan dimasa-masa akan datang .