TOK Nal mengenali Penghulu Ridwan atau lebih dikenali sebagai Wan sahaja apabila melapurkan diri untuk bertugas sebagai Penghulu di bangunan SUK Seremban . Disana , Tok Nal berjumpa dengan Penghulu Wan dan 17 rakan yang lain dan kami bersama-sama mengikuti kursus induksi khusus selama tiga hari .
Kadang kala tu berbulu juga bila melihat Penghulu Wan begitu kerek sekali , maklumlah semua orang di SUK dia kenal dan kerana perwatakannya yang agak serius menjadikan kami rapat tetapi agak geram .
Pada hari terkhir kursus pada 18 Oktober 1996 , kami mendapat surat arahan melapurkan diri bertugas dan tanpa disangka , Tok Nal dan Penghulu Wan diarahkan bertugas di Pejabat Daerah Kuala Pilah bersama-sama dua rakan yang lain iaitu Penghulu Mat dan Penghulu Taufik .
Dari situ lah mulanya , Tok Nal rapat dengan Penghulu Wan dan beliau sering memberikan pandangan yang biasanya selari dengan pendapat Tok Nal dan Tok Nal dapat rasakan Penghulu Wan adalah saorang yang kritis tetapi agak tegas pendiriannya .
Beliau aktif dalam sukan terutamanya bowling , bola tampar dan pernah menjadi setiausaha persatuan bola sepak Kuala Pilah sementara Tok Nal pernah menjadi bendahari PBSKP sekejap .
Kemudian pada tahun 2004 , Tok Nal dan Tok Wan diarahkan berpindah dimana Tok Wan ke Seremban dan Tok Nal ke Tampin tetapi hubungan kami tetap erat dan sering bertukar pandangan .
Dan apabila berjumpa kali terakhir pada majlis persukuan adat perpatih di Seri Menanti , Tok Nal dapat rasakan yang Penghulu Wan agak kurang sihat dan beliau memaklumkan bahawa pernah satu ketika beliau diserang penyakit angin ahmar yang menyebabkan sebelah tangannya tidak boleh diangkat tetapi pada ketika itu telah berasur-ansur baik .
Tok Nal doakan semoga roh Penghulu Wan di cucuri rahmat dan di ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh , Penghulu Wan adalah antara rakan-rakan yang sentiasa mendoakan keselamatan Tok Nal semasa hendak mengerjakan haji tahun sudah .
Ramai yanag tidak mengetahui bahawa Penghulu Wan adalah master mind di sebalik cita-cita Tok Nal untuk memimpin kesatuan dulu walaupun beliau jarang menghadiri mesyuarat agung tetapi banyak idea yang Tok Nal lontarkan adalah hasil perbincangan antara Tok Nal dan Penghulu Wan .
Semoga keluarga Penghulu Wan berada dalam kesejahteraan dan bersabar menghadapi dugaan Allah .
No comments:
Post a Comment